Isnin, 31 Oktober 2016

Percutian ke Melbourne (4)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Melbourne (3)

Hari ni.... lagi lambat kami keluar rumah. Selain dari menyediakan bekal, saya juga minta tolong Abg Aji untuk cuci baju dan terus keringkan. Abg aji jalan kaki je dari rumah Suriati ke kedai2 depan tu.... bawak trolley bag dan isi baju2 yang hendak dibasuh. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Cuaca tengah sejuk2 manja gituuu. Saje nak jalan2 kaki fefeeling Australian... hahaha. 

Bila sampai rumah, saya raba2 baju banyak yang tak kering... padahal abg kata tadi semuanya dah kering. Pelikkkk... Saya buat kesimpulan sendiri, agaknya masa abg balik ke rumah jln kaki tadi, baju yang dah dikeringkan ni, jadi sejuk balik sebab udara sejuk dah meresap semula dalam baju2 ni. Boleh ke cam tu?

Dah satu kerja pulak nak bentang2kan baju ni, sidai balik kat luar jap... sementara tu kemas dapur, siap bekal... then simpan balik baju tu. Haaaaa... semua ni lah yang menyebabkan kami lambat lagi keluar hari ni.

Hari ni, Suriati ke uni... Fateh (anak lelaki Suriati, 13) cuti sekolah tapi tak nak ikut kami jalan2. Nak main game katanya... Tapi, Fatin (anak perempuan Suriati, 10) nak join kami jalan2... Alhamdulillah... Seronok budak2 ni.

Pukul 11.45 am baru kami keluar rumah. Target hari ni, nak ke Warratina Lavender Farm - Rayner's Stonefruit Orchard - Grant's Picnic Ground - Puffing Billy Steam Train - Brighton Bathing Boxes - St. Kilda Beach. Nampaknya macam tak sempat je nak cover semua sebab dah keluar lambat.

Perjalanan ke Warratina Lavender Farm mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih (70km) dari pekan Glenroy (rumah Suriati). Kawasan ni terletak di kaki bukit Dandenong Ranges, Yarra Valley. Dibuka setiap (melainkan hari Selasa) hari dan masuk adalah percuma. Saja nak jalan2 sini nak tengok lavender.   
Muka depan
Dari parking dah kelihatan bunga lavender keunguan.
Masa kami datang, hanya sebaris ni je bunga levender yang ada. Mungkin yang lain belum berbunga ataupun dah di`petik'. Saya rasa, dah dipetik sebab musim bunga baru je berlalu. Baguih jugaklah dorang tinggalkan jugak sebaris ni untuk visitor2 tengok. Skang nak masuk summer dah. Kalau tak, kawasan batas ni, akan penuh dengan bunga2 lavender ni.
Cantik, kan
Tapi... kenapa saya cium tak wangi pun baunya...
Dah sampai M'sia, barulah ada kawan kata... kena picit2 sikit, baru keluar bau wanginya tu... Laaaaa, ye ke... Nampaknya kena datang balik la ye
Kawasan ni macam taman bunga... Selain lavender, ada banyak bunga2an lain. Jom kita tengok bunga apa yang ada... Saya bukannya reti nama-nama bunga ni. 
Unik daun bunga ni kan...
Selain tarikan utama iaitu bunga lavender dan juga bunga2an yang lain, ada juga cafe, souvenir shop yang menjual barangan berasaskan lavender dan juga kemudahan untuk berpiknik di sini... 
 
Perancangan asal, selepas Warratina kami akan ke ladang buah2an di Rayner's Stonefruit Orchard. Tapi disebabkan kesuntukan masa nak mengejar Puffing Billy, kami terpaksa membatalkan hajat tersebut. Mengikut jadual, last train trip adalah pukul 2.30pm. Perjalanan dari Warratina ke Belgrave (stesen Puffing Billy) dalam 45 min. So, pukul 1.30 kami dah bergerak ke Belgrave. Sampai Belgrave, tepat jam 2.15 pm. 

Apa istimewanya Puffing Billy ni... Kita boleh naik steam train tu sambil julur2 kaki keluar... sambil menikmati pemandangan indah dan menghirup udara nyaman sepanjang perjalanan di Dandenong Ranges. Mesti buat aktiviti ni kalau ke Melbourne, ok. Anak2 pasti enjoy.
Parking kereta di sini dulu dan berjalan kaki ke stesen
Stesen2 yang dilalui... 
Kami beli tiket ke stesen terdekat sahaja iaitu Menzies Creek
Stesen Belgrave... Ramai dah naik train
Kalau naik tren ni, seat paling bagus adalah di hujung train (paling belakang skali), seat sebelah kanan. Supaya nanti bila train lalu atas jambatan kayu yang melengkok tu, kita dapat dapat tangkap gambar yang paling best dan cantik... masa train tu membengkok, nampak wap steam berasap2 keluar dari kepala train. Ha... gitewwww.

Tapi, masa kami sampai... train hampir penuh... dah tak de pilihan tempat dah. Kami scattered around tapi still berdekatan. Ada yg mengadap kiri, ada yang mengadap kanan. Saya agak frust di situ. Nak buat macam mana, kan... dah sampai tepat2 pada masanya... dah tak ada pilihan tempat duduk. Dan trip ini adalah trip yang last pada hari itu.

Bila sampai di Menzies Creek, kami turun dan ambil train untuk balik semula ke stesen Belgrave. Alhamdulillah, Allah bagi peluang dapat seat yang better. Trip balik ni adalah train dari stesen2 lain, so penumpang pun tak la penuh sangat. So, bolehlah pilih seat.

Perjalanan dari Belgrave ke Menzies Creek mengambil masa dalam setengah jam.... kami turun di Menzies Creek... dan dalam 10 minit kemudian, datang train dari arah berlawanan untuk ke Belgrave semula. So, total masa spent dalam sejam lebih la.

Banyak sangat gambar yang cantik2. Tak tau nak pilih yg mana (hihi). Bercampur baur gambar dari S6 dan DSLR.  
Ini masa perjalanan dari Belgrave ke Menzies Creek
Anak2 ni dapat seat sebelah kiri
Kalau mengadap sini, view tak begitu ohsem
Babai... babai...
Beginilah seat dalam train nya...
Kalau dok kat `tingkap' tu lama2, sakit gak la vontot
Inilah yang saya maksudkan
Abang aji yang ambik gambar ni
Kalau duduk di belakaaannnnggg skali, lagi nampak tren melengkok cantik 
Stop di sini 10 minit... tunggu train nak patah balik
Okkeh, boleh jalannn
Yeay... View ni la yang saya nak capture
Lagi
Dan lagi
Alhamdulillah.... puas hati. Walaupun mulanya macam frust, tapi Allah bagi juga sebagaimana yang saya mohon. Syukur, alhamdulillah. Padahal, boleh je tengok gambar dari orang lain punya, kan. Tak boleh... tak sama... Tak sama dengan gambar yang diambil sendiri.
Saya doa, anak2 seronok dan hargai semua pengalaman2 ni 
Stesen dah clear... Visitor semua dah beransur pergi
Babai Belgrave
Okkeh! Waktu ni dah dalam pukul 4pm. Memang tak sempat nak pergi Rayner's Stonefruit Orchard, walaupun dia tutup pukul 5. Sebabnya, saya nak bawa anak2 menaiki tractor untuk fruit tasting di sana.... tapi tractor tu hanya beroperasi mulai 9.00 am hingga 4.00 pm. So... lupakan je la.

Kita teruskan perjalanan, eh patah balik ke belakang sikit dalam 20 minit... kita gi bukak bekalan makanan di Grant's Picnic Ground. Otw ke Puffing Billy tadi, dah lalu sini dah... nampak macam ramai orang. Agaknya sebab masa tu lunch time, so memang ramai orang berpiknik di situ. So, theoretically, masa kami datang harapnya tak ramai orang sebab dah petang. 
Patah balik
Cantik2 pokok di kiri kanan jalan.... tinggi2 belaka
Ok. Dah sampai.
Tempat parking
Alhamdulillah, ada tempat kosong
Kawasan ni dah tak ramai orang seperti yang kami lalu tadi
Bismillahirrahmaanirrahiim
Kat sini pun ada cockatoo... banyakkk dan jinak2
Tong sampah memang tak disediakan di sini... kena buang kat tempat lain
Saya dah tahu... sebab pernah terbaca di blog2 lain
Selesai makan, kami bersolat di masjid Indonesian Muslim Community, di Clayton South. Perjalanan lebih kurang sejam dari Grant's Picnic Ground tadi dan sememangnya dalam perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Brighton Bathing Boxes. Ini lagi satu tempat yang mesti kena pergi kalau bercuti di Melbourne.
Dah sampai. Mulanya kami parking di luar... tapi disuruh parking kat dalam ni sebab kat luar tu parking untuk tempat shoping

Dah sampai. Harga parking Aud5.30 sejam.
Coin sahaja ye. Kami ada coin Aud5 je...tak cukup.
So... abg aji ambik peluang `berehat' dalam kereta
Makanya, tak de la muka abg aji dalam ini gambar...
Bathing boxes ni sama macam beach hut la... Digunakan sebagai tempat berlindung dari panas matahari atau angin atau hujan, tukar-tukar pakaian dan juga tempat simpan barangan peribadi. 
Setiap rumah memang ada ownernya. Harga satu rumah kecik tingkap ni je hampir mencecah Aud280K pada tahun 2008 (umangaiii... ce convert dlm RM). Kalau sekarang ni, entah berapa la harganya. Memang orang kaya raya je la yang mampu nak beli.... orang yang duitnya dah tak tau nak hala ke mana... hahahaha. 
Macam tak masuk akal je rumah kecik tanpa tingkap ni mahal sampai cam tu sekali. Tapi ye la, kawasan ni memang tempat orang kaya-raya... tepi pantai lak tu kan....
Sejam lebih jugak kami di sini... (bermakna sejam lebih jugaklah abg aji `berehat' dalam kereta... hihihi). Seronok betul anak2 kat sini... berlalri-lari, melompat-lompat, bersenda-gurau, bergelak-ketawa, berposing... Saya seronok tengok mereka seronok.
Bagus jugak kami sampai sini waktu petang. Kalau tak, agaknya sunburn la kena matahari dan agaknya tak boleh nak relax lama2 sebab `panas' (walaupun cuaca sejuk, tapi matahari agak terik jugak). Lagi... hikmah datang di petang hari adalah, menikmati keindahan sunset yang sangat cantik. Rasa tak nak bergerak dari sini...
Surah Al Baqarah ayat 164:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Akhirnya kami bergerak juga meninggalkan pantai bila senja makin berlabuh. Kami menaiki kereta untuk ke destinasi seterusnya iaitu St. Kilda beach untuk melihat cik penguin.

On the way, nampak pulak Luna Park ni. Anak-anak dah teruja. Tapi saya dah buat survey dari Malaysia dan mengambil keputusan untuk tak masuk.  
Memang ada plan nak masuk Luna Park ni asalnya. Bila survey, Luna Park ni hanya di buka pada hari-hari tertentu sahaja seperti pada cuti umum atau weekend atau cuti sekolah (baguih la). Since esok adalah Melbourne Cup (public holiday)... maka malam ni Luna Park ni dibuka. Tapi yang buat saya tak jadi nak bawa anak-anak masuk tu sebab malam ni ada sambutan Halloween la pulak. Hmmm... tak payah la ye anak-anak.

Kita pi tengok penguin kat St. Kilda Pier je la. Percuma je.

Kalau nak pi sini, cari lah parking yang berdekatan dengan pier ni. Macam kami ni, parking yang berdekatan dah tak ada sebab ramai org nak masuk Luna Park (Luna Park pun kat area sini). Makanya, kami parking agak jauh.... 

Oh ya! Lagi satu... jangan sampai awal sangat kat sini... sebab penguin hanya akan naik bila hari dah gelap. Kalau sampai awal, jenuh la menunggu. 
Dah la parking jauh, perjalanan dan dari starting point pier ni hingga ke penghujung pier ni pun jauuuh. Saya risau je anak2 mengeluh... Tapi, alhamdulillah... dorang ok je... enjoy je jalan dalam kesejukan. Saya tahu kaki dorang dah letih.... sebab kaki saya pun dah letih. 
Dah sampai ke penghujung pier...
kena jalan lagi sampai habis hujung.. hihi
Walaupun masuk foc, masih ada `ranger' yang bertugas.... menjaga keharmonian penguin2 ni. Kepantangannya adalah jangan tangkap gambar penguin dengan lampu flash sebab ia boleh membutakan mata penguin tu... dan jangan buat bising (hehehe). Penguin2 ni pun, bising ya amat.
Penjaga2 ni akan suluh penguin dengan lampu merah supaya kita boleh lihat dengan lebih jelas. Kalau lampu merah, penguin tak marah... hehehe
Memang banyak penguin kat sini - bertebaran
Kat kawasan lampu merah tu - ada la penguin kat situ
Ni penguin di bawah lampu neon... hihi
Dah puas tengok penguin, kami pun patah balik...
Masa nak pergi ke penghujung jeti tadi, ternampak pak arab ni tengah solat kat tepi2 tu... (MasyaaAllah, solatlah di mana2 sahaja di bumi Allah ini). Masa nak balik, abang aji menyapa pak arab bertanyakan di mana boleh dapat makanan halal nearby. Pak arab sungguh mesra.... macam2 diceritakannya... dan beria2 mengajak kami ke rumahnya. Kalau tak silap, dia dah dok sini lebih 10 tahun dah.
Gambar satu!
Pak arab bagi kami manisan ni dan chips juga.
So hari ni tak capai satu target iaitu nak pergi ke Rayner's Stonefruit Orchard. Ok lah tu. Kami balik ke Glenroy dengan penuh keazaman untuk keluar sepagi yang boleh pada esok hari.

Bersambung di Percutian ke Melbourne (5)...


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Youne .. nak tanye ticket puffing billy sampai Menzies creek ..berapa AUD yer ..

    BalasPadam
  2. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Oyster Hotel Reviews
    In addition to 온라인 포커 추천 the full casino, it also features five restaurants, a winwinbet seasonal outdoor 프라하 사이트 swimming pool and a golf course. Harrah's 꽁 머니 토토 사이트 Cherokee Casino 골든리치 & Hotel has a

    BalasPadam