Jumaat, 18 September 2015

3D2N di Kelantan

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak cerita pasal jalan2 di Kelantan pada 16 hingga 18 Mac 2015 yang lepas. 

Hari Pertama (16 Mac 2015)

Dari KL, kami ikut cadangan En Waze... lalu LPT. Sampai KB agak lambat... dlm jam 4.30pm sebab jalan sungguh bersantai... berhenti breakfast... berhenti lunch dan nature call. Sesampai je kat KB, terus cari roti titap kat Kopitiam Kita tapi kedainya dah tutup... hahahaha. Waktu urusniaga sampai jam 1.30pm jek. Maka, haluan pun diubah... misi mencari megi ketam.

Ada banyak tempat yang jual megi ketam. Kami pi kat Indra Tomyam, Kampung Pasir Pekan. Mula2 sampai, nampak cam kedai chayanunalif.... sebab semuanya kelihatan merah... alas meja... dinding... Hihi..

 Hmmm... Sedapnya... Kecur air liur nengoknya

 Gemuk betul ketamnya

Puas hati la makan kat sini sebab isi ketamnya banyak... ketamnya sihat2 belaka. Tapi biasalah... nak makan ketam ni, tahap kesabaran haruslah tinggi. Kami order 4 megi ketam, 1 megi tomyam dan air2... total semua RM95. 

Lepas makan, baru check in hotel. Saya booking Tune Hotel di Kota Bharu. Saya suka dok kat Tune sebab hotelnya murah dan kebersihannya memuaskan. Harga semalam untuk satu bilik biasa boleh cover harga semalam untuk 2 bilik di Tune... hehehe. So... jumlah yg dibayar untuk 2 bilik, 3 hari 2 malam adalah RM304. Ok, kan??

Hihi... kosong jek... mana orgnya

Tune hotel ni terletak bersebelahan dengan KB Mall. Kami jalan-jalan juga kat KB Mall... best jugak. Saya nampak ada bbrp gerai yg jual baaaanyaaakkkk jubah2 yang cantik2. Gerammm je nak beli tapi tahan nafsu sebab tak lama lagi nak jln2 Bandung dengan kwn2... hihi... (Ooops.. citer pasal Bandung dah published dulu). Dah penat jalan2 cuci mata kat sini, kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)... saje jalan pusing2...

Pegi PCB dah malam, kan... of course la tak nampak apa2... gelap gelita... Nampak laut yang samar2 di sinari cahaya bulan. Tapi angin.... kemain best lagi... sejuk rasanya. Kat sini, kami makan ice cream pasu (hahaha.. jakun plus pelik sat) dan ABC kelapa... total cost RM31 utk 5 orang.

Senarai harga

 Aiskrim Pasu in real life

ABC kelapa

Hmmm... cenggitu rupanya. Tak de apa yang istimewa pun, cuma airkrim tu diletakkan dalam bekas plastik dan dimasukkan dalam pasu bunga... pas tu dicucukkan sanggul eh bunga plastik. Saya belek2 bunga plastik tu.... kelihatan habuk2 halus di situ...huhu. ABC kelapa pun sama... aiskrim dimasukkan dalam buah kelapa... cuma tak dicucuk bunga plastik je. Kedua2nya... ada pulut didasarnya.

Hari Kedua (17 Mac 2015)

Nasib sempat masuk coin pepagi sebelum staf Majlis Perbandaran saman kereta kami... dia ada je selang beberapa. Oh ye, kat sini parking berbayar... tapi murah je la... MPK punya.

So, misi hari ni nak pegi Kopitiam Kita, menyambung misi yang terbantut semalam. Punyalah ramai orang... tapi seperti biasa, mulakan apa2 sahaja dengan Bismillahirrahmanirrahim... insyaaAllah Allah permudahkan urusan kita. Alhamdulillah dapat parking kat port yang paling strategik.

Parking Fennuhhh

Masuk2 je... umangaiiii.... penuh sesak... Tetiba ada somebody yg tolong sua kan tempat. Saya agak, dia tokey kedai sebab gambar dia terpampang di dinding kedai bersama-sama dengan orang2 kenamaan dan juga artis2 yg dtg ke Kopitiam Kita.

Penuh dinding dgn gambar

Suasana hingar-bingar dan servis pantas. Tapi, kalau nak tambah2.... haaaa.... lambaaattt ya amat. Rupanya memang gitu kekdahnya. Kami order 5 roti titap, 3 makaroni bakar, 2 nasi bungkus dan 5 milo ais jumlahnya RM53. Ada juga atuk hensem jual tudung naelofar kat tepi pintu masuk kdai... hikhik..

Dlm gambar... tak dengar bunyi hingar bingar

Sedapnyaaaaa.... Roti bakar, diletakkan telur separuh masak...
Dan dihiasi dengan kaya

Lepas tu, kami pergi ke Pengkalan Kubor... cuci mata. Kat sana saya beli coklat2, kuali tefal, mainan adik, baju2, drone, tempat pinggan stainless steel. Murah2 coklat kat sini, agaknya harga lebih kurang sama dengan Langkawi. Saya beli pepero, bueno, daim, ferrero, cadbury. Saya dah beli 2 kotak pepero kat SLM Niaga dengan harga RM45.80. Bila jalan2 lagi, jumpa pulak tempat yang jual pepero lagi murah... Pepero yang sama dijual dengan harga RM39.90... beli lagi.




Bila nak keluar dari kawasan shopping, saya declare semua barangan yang dah dibeli... siap tunjuk semuanya dekat kastam.. tunjuk resit sekali... hahahaha... kena cukai RM20. Saya tengok, kereta lain main lalu je.... cakap2 ngan kastam, tak keluar pun dari kereta... tak tunjuk2 pun barang...hahaha.

Perut pun lapar. Ngada-ngada lak nak makan kat tepi pantai. Makanya, kami pi ke Pantai Sri Tujuh. Tak ramai orang pun... mungkin sebab hari bekerja. Tapi pantainya cantik. Nak try drone yang dibeli tadi tapi angin kuat sangat.



Next destinasi ke Pasar Siti Khadijah. Sampai pun dah lewat. Pasar tutup dalam jam 7pm. Kain baju dijual di Tingkat 3. Kain cantik2 belaka tapi tahan tak nak beli sebab nak pi Bandung... hahaha... Tapi akhirnya tewas juga... Beli gak 2 pasang.




Malamnya, lepas bersihkan diri dan solat, kami keluar balik pi dinner kat Wakaf Bharu.... then sambung ke Wakaf Che Yeh. Jalan-jalan saja nak exercise kaki dan mata. Kat sini, saya beli dodol, serunding, mkn2 ice cream... Nampak byk tudung neelopar celup... hrg jual RM25 je... Kawan kat KL jual RM35.




Nampak tak pasu2 tu... Sedia untuk diisi aiskrim


Hari Ketiga (18 Mac 2015)

Hari ni terlewat turun utk bayar parking. Akhirnya merasa juga kena saman... hihi. Berpusing keliling kawasan mencari tempat untuk bayar saman.

Aktiviti hari ni hanyalah untuk menikmati roti cotek. Tak boleh nak merayau2 banyak tempat sebab nak kena hantar kakak balik asrama... kena sampai sebelum jam 6. Cuti sekolah belum habis tapi kakak kena balik awal sebab ada aktiviti tambahan untuk pelajar2 SPM.

Kami makan kat stadium. Roti cotek ni, roti canai yang ditampal dengan telur. Gayanya adalah ditampal.. bukan mcm roti telur tu. Alhamdulillah sedappppp.



Kami makan 5 roti cotek, 4 set roti bakar dan air2 jumlah semuaRM24.

Sekian cerita pasal percutian singkat dan tergesa2 di Kelantan. Rasanya kena ulang semula sbb tak puas hati sbb tak cukup masa sbb nak htr kakak balik asrama sbb...... hihi.... kalau rajin sambunglah sendiri.

Isnin, 27 Julai 2015

Penawar Kencing Tikus

Assalamualaikum...

Saya kopipes je tips ni dari whatsapp... Nak simpan untuk rujukan sendiri bila diperlukan...

Sumber gambar: Google

Penawar kencing tikus - Ramai yg tak tau. Penawar penyakit kencing tikus. Penawar yg mujarab yg boleh membunuh kuman kencing tikus serta menyembuhkan si pesakit.. "Ambil beberapa batang serai termasuk daunnya, basuh dan kemudian rebuskan ia dan beri minum pada pesakit yg terkena virus kencing tikus tu, dgn izin Allah boleh cepat sembuh..!  Ins sha Allah... "

Khamis, 11 Jun 2015

Assalamualaikum

Assalamualaikum...

Saya buat blog baru... semuanya serba-serbi baru. Lama dah tak blogging, rasa rindu pulak... Banyak pengalaman dan kenangan yang hendak dicatatkan dan dikongsi. InsyaaAllah, saya harap ada kesempatan untuk menyambung kembali hobi yang dah lama terhenti ini.

Wassalam.

Selasa, 14 April 2015

Percutian ke Bandung (5)

Assalamualaikum...

Kisah ini merupakan sambungan dari Percutian ke Bandung (4)


14 April 2015 (Selasa)

Hari ni adalah hari terakhir kami di Bandung. Tak ada nak ke mana-mana hari ni... just santai-santai dok dlm bilik... Ehh... sebenarnya ada hati nak mengulang ke Pasar Baru cuma takut tak sempat nak kejar flight kang.... sebab flight dlm kol 11 lebih. 

Jam 8 am kami pi sarapan. Sebelum sarapan, kami mintak receptionist call kan teksi blue cab. Hari ni kami tak booking Pak Yayat sbb hrg yg Pak Yayat lebih mahal dari tambang cab. :P

 Sarapan saya yang terakhir di sini

Kebiasaannya, setiap hari memang ada penjual perseorangan yang akan menjual mcm2 bentuk souvenirs di hadapan lobby Orange... tapi saya tak pernah ambik pot pun.... Tapi hari ni, macam tertarik pulak dgn barangan yang dijualnya... iaitu pen dakwat hitam basah yang terukir tulisan `Bandung'. Dakwatnya cantik, dan yang buat saya terlekat tu ialah, dia boleh engrave kan nama kita pada pen tu dan harganya amat reasonable iaitu IDR20k untuk 3 batang pen. Maka saya pun tempah untuk 3 orang anak dara saya.... terlupa pulak nak tempah untuk suami saya... erkk..


 Blue Cab

Naik cab, ada hati lagi bertanya2 pada Pak Supir sama ada sempat tak singgah di Pasar Baru... Sabo jek la.... Tak singgah pun...

Sampai di airport, terus angkut barang ke dalam...masuk2 je terus kaunter check in. Bersetentang dengan kaunter check in, ada la beberapa kedai yang menjual mcm2 dgn hrg yg lebih tinggi... Standard la... airort la katakan...


 Bersesak untuk check in


 Husein Sastranegara Airport

Okkeh... Alhamdulillah, akhirnya kami semua selamat pulang ke tanah air tercinta...

Ni saya nak tunjuk pisang molen ke bolen tah... yang dibeli di Kartikasari. Saya tak pernah makan tp Cik S kata sedaaappppp... Kawan kami, Cik Nad pun kirim melalui Cik S.... Hmm, memang sedap jika makan panas2... rasa pisang dia kelat2 sikit... agaknya dia guna pisang muda kott...




Yang ni pulak, beberapa jenis kerepek keropok yang saya beli dari Pasar Kosambi.






Itu lah dia... kenangan saya berlibur di Bandung bersama2 Cik M dan Cik S. Terima kasih Allah kerana en. suami memberi peluang kepada saya untuk bercuti bersama kawan2 saya. 

Alhamdulillah.


Isnin, 13 April 2015

Percutian ke Bandung (4)

Assalamualaikum...

Kisah ini sambungan dari Percutian ke Bandung (3)

13 April 2015 (Isnin)


Bangun2 pagi je... cam nak beli kain sulam lagi. Rupa2nya Cik M pun menyimpan perasaan yang sama. Suka saya sebab ada geng... hihihi...

Janji dengan Pak Yayat jam 7.30 am tapi ke mana Pak Yayat tak sampai2 lagi. Jam 8.00 am baru Pak Yayat sampai. Katanya macet aka jem... al maklumlah hari ni Isnin. Tambahan pula Timbalan Presiden dtg Bandung sbb ada ulang tahun konferens Asian African Solidarity.

Destinasi 1: Kawah Putih
Dari Orange kami ke Kawah Putih yang terletak di Ciwidey, Jawa Barat. Ia adalah danau yang terjadi disebabkan letusan Gunung Patuha. Jauhnyalah perjalanan ke sana.... tapi tak terasa sebab disajikan dengan pemandangan yang indah2 dan perkampungan yang comel2. Mungkin disebabkan kejauhan inilah yang menyebabkan pelancong prefer melawat Tangkuban Perahu berbanding Kawah Putih.

Dalam perjalanan, sambil tu... kami borak2 lah dengan Pak Yayat. Ada banyak signboard / tulisan yang menarik perhatian saya tapi tidak saya fahami... Contohnya;

patwal - patrol pengawal; 
warteg - warung tegal. Tegal tu nama pekan... maknanya orang pekan Tegal bukak warung jual nasi.
warkop - warung kopi
batagor - bakso tahu goreng
bandara - bandar udara
pisgor - pisang goreng
wartel - warung telekomunikasi

Hahahaha... rupa2nya kat sini ada banyak perkataan yang terhasil dari singkatan dan gabungan 2 atau lebih perkataan tu digabungkan. Saya nampak perkataan apotek. Saya ingatkan gabungan perkataan lagi, tapi rupanya bukan.... ce teka apa maknanya... teka la... teka la...

No..no..no... ianya bukan gabungan perkataan... maksudnya adalah farmasi... hihihi

Ada lagi satu.. RM. Apa maksud RM? Ringgit Malaysia kah? Ohhh tidak..... Ianya bermaksud Rumah Makan... Hahahaha... Makanya... bukan sahaja perkataan digabung dan disingkatkan, tapi ada yang dicantas hampir sepenuhnya.... cuma huruf pertama je yang digunakan.

Jalan sangat jem di Margahayu, Bandung Selatan... tempat latihan penerbangan.


Lalu di Ciwidey.... Cantik sangat tempat ni... banyak sawah padi di lereng2 bukit... Rumah pun comel2 je... berhalamankan kebun sayur dan stroberi. Udara pun sejuk dan nyaman je.... damainya rasa....







Perjalanan pergi ke Kawah Putih banyak mendaki menandakan Kawah Putih ni terletak di kawasan tanah tinggi. 

Jalan utama sangat sempit, 2 lorong... 

cukup2 muat untuk laluan sebuah kereta. 

Jam 9.55 am, barulah sampai Kawah Putih. Hampir 2 jam perjalanan. 

Alhamdulillah...

Kami siap sedia ke toilet dulu sebelum naik ke atas. Masuk toilet byr IDR 2k. Then pi beli tiket masuk yg berharga IDR50k per pax plus tambang angkutan ontang-anting yg berharga IDR15k per pax.

Kaunter Tiket 


Ontang-anting

Ramai jugak yang menjual stroberi dan blueberry yang segar2. Geram tengok.... Nak beli, tapi tunggu dululah kan... Tak kan nak mengangkut naik ke atas pulak... 



Mengancam, kan....

10.08 am baru kami naik ontang-anting, setelah dipenuhi oleh passenger dan perjalanan mendaki memakan masa lebih kurang 10 minit. Terhoyong-hayang gak naik dan agak thrill juga perasaan masa tu sbb ontang-anting tak berdinding, apa lagi berpintu. Dah la jalannya berbengkang-bengkok.


And finally.... we were here... 



 Pantang larang


Peringatan...

Yang di tulis... Dalam kondisi normal, kunjungan max 15 menit. Dalam kondisi darurat, mual, pusing, mulut tenggorokan kering, segera meninggalkan area pusat kawah

 Menuruni tangga untuk ke kawasan kawah


 Dah sampai


Subhanallah, cantiknya tempat dia... Air danau kehijauan tapi awas jangan disentuh sebab kandungan sulfur yang sangat tinggi. Masa kami sampai, wap sulfur tu tengah berkeliaran, maka kawasan tu nampak mcm berkabus.... Perasan jap seolah2 berada di kutub utara... kekeke. Padahal, hidung sedang menghirup udara berbau sulfur. Saya standby je `mask' yang dah siap2 bawak dari Msia tapi tak pakai pun sebab nanti nampak tak cantik dalam gambar... hahahaha






Masa kami sampai, pengunjung tak begitu ramai.... maka bebaslah masing2 bergambar tanpa berlatar belakangkan susuk tubuh manusia lain... Kalau ada manusia lain di belakang, siap boleh disuruh2 ke tepi lagi... hahaha. Kalau ada org lain kat satu2 port yang cantik untuk bergambar, boleh diminta bergerak ke tempat lain pulak sbb kami nak bergambar kat situ... wakakaka...






Sulfur di pergigian air 








Dah puas bergambar, kami pun bergerak nak balik. Hari pun nak hujan...  Elok je dah nak sampai stesen ontang-anting, hujan pun turun. Berselisih pulak dgn pengunjung2 lain yang baru sampai... Ramai.....






Lewat jugak kami turun ke bawah sbb ontang-anting belum penuh. Dah penuh baru dia jalan.... Bila sampai bawah, baru perasan ada bbrp kedai menjual souvenirs... Tapi kami tak singgah pun. Kami diekori oleh penjual stroberi pula. Memang nak beli stroberi pun dan juga blueberry sbb nak rasa cam ne rasa buah blueberry tu.




 Total belian IDR45k


Destinasi 2: Saung Gawir
Kami singgah lunch di restoran Saung Gawir yang menyediakan masakan Sunda. Selain itu, ada juga disediakan aktiviti flying fox dan memetik stroberi.




Restorannya juga sangat cantik. Sejukkk youu... pemandangan di persekitaran restoran pun cantik. Masa tu tak ramai sgt pengunjung sbb belum time lunch pun. Perut kami pun sebenarnya masih rasa kenyang lagi... Tapi disebabkan ramai yang suggest makan kat sini, maka kami pun tak nak melepaskan peluang....




Antara menu yang disenaraikan


 Cantik, kan


 Ladang Stoberi


Petik stroberi

Biji kopi 



Haaaa.... inilah acara yang ditunggu-tunggu... Acara santap menyantap.... Dimulakan dengan apa mende tah (lupa namanya) yang rupanya seolah2 pulut panggang tapi ada rasa cam otak2 sikit... rasa ikan....

 Appertizer... hihi


 Cicah dengan sambal cilinya... fuhhh


 Tak lupa juga buah blueberry yang dibeli di Kawah Putih tadi


Dan juga stroberi idaman hati

Sedap sungguh jus strawberi ni.... (baru nak eja betul2)

Dan... makanan lain yang dipesan adalah seperti yang dipaparkan... nyum2












Yang akhirnya tinggal fossil sahaja... Alhamdulillah...





So... total lunch for 3 was IDR244,700 (RM68). Okkeh la tu.... mcm2 yg kami dah bedal... Food sangat sedap dan puas hati. Kita sambung jalan-jalan ye....





Halaman rumah berhamparkan ladang stroberi 







Destinasi 3: Chibaduyut
Ada apa di Chibaduyut? Tempat jualan kasut, beg tangan dan barangan2 kulit yang tersohor di Bandung. Banyak kedai barangan kulit kat area ni, tapi Pak Yayat berhentikan kami di sebuah kompleks apa ke nama dia saya pun tak ingat. Kat kompleks ni semua ada.... tapi rasanya, kalau rajin, lebih berbaloi mencari barangan kulit ni di gerai2 tepi jalan tu...

Tiba di Chibaduyut jam 3 pm dan solat di sini. Suraunya terletak di tingkat atas sekali, se level dengan parking. 









Akhirnya dapat jugak kasut yg dikirim oleh anak ke2 saya... tak lah sama 100%.. mebbe sama dlm 50% je... ok lah tu daripada tak de langsung. Tapi tu bukan ori punya pun....



Destinasi 4: Kosambi
Kan bangun2 pagi tadi mcm ada hati nak beli kain sulam lagi kan.... Makanya, Pak Yayat bawa kami ke kedai (tak ingat nama lagi) di area Toko 3 hari tu... ala... tempat beli jeans yg murah tu. Di sini... Cik S dan Cik M sambung membeli belah kain dan telekung. Saya? Macam kurang berminat pulak dgn kain2 kat sini.... Alhamdulillah, tiada pengaliran matawang IDR saya pada kedai ni... hik hik hik.

Lepas tu, berjalan kaki ke Pasar Kosambi untuk membeli belah kerepek keropok. Mcm2 jenis ada dan sedap2 lak tu... Haish, saya ni.... semuanya sedap2 belaka. Total belanja kerepek utk saya je IDR170k.


Destinasi 5: Kartikasari
Bersambung bershopping di Kartikasari... Sedappppp semuaaaaa... Saya beli brownies, pisang molen dan 2 slices kek.








Hari pun dah malam dan kami pun dah penat. Dah terbayang2 katil dah... Sampai bilik jam 8.30 pm. Cik M terus pergi beli makanan kat warung yg kami pergi masa 1st day hari tu.... beli nasi goreng dan maggi goreng. Cik S menelefon family dan saya pi mandi. Bila semua dah selesai mandi, maka kami pun mengadap makanan depan kolam ikan depan bilik tu...

 Nyum2... pas ni tak jumpa lagi dah



Dan sekarang...... masa untuk menyusun barang2.

Ini barang saya je. 


 Dah siap susun... kami ber3


Siap kemas barang dah jam 11 pm... fuhhhh... fenat.. fenat...

Bersambung di Percutian ke Bandung (5)