Ahad, 12 April 2015

Percutian ke Bandung (3)

Assalamualaikum...

Kisah ini sambungan dari Percutian ke Bandung (2)

12 April 2015 (Ahad)

Hari ni keluar lewat sikit sebab nak soping2 ke Pasar Baru dulu... dia bukak jam 9 am, so takkan lah pepagi buta nak keluar kan... Alamatnya, lepas Subuh, saya membuta balik (ish3.. jgn tiru... tak baik). Jam 8.00 am baru keluar gi sarapan.

Hari ni baru nampak ramaiiii org bersarapan. Ada 3 group lain. Rupa2nya, semalam tak ramai org sebab pagi sangat kottt... padankan makanan pun banyak lagi semalam.... siap dalam hati macam ada rasa nak tapau pun ada... keh3x.. tak senonoh!


Hari ni ada kuew teow goreng... 
Nampak plain aje... tapi sodapppp

Hari ni, supir yang sebenar dah tiba... hehe... Pak Yayat nama diberi. Umur 52 tahun dan mula berkhidmat since 2005... (ecece)


Ini lah Pak Yayat yang tengah pilih stroberi sbg ole2 org rumahnya
Ni gambar hari ke 4, tapi tepek skg sbb nak tunjuk muka Pak Yayat punya pasal

Destinasi 1: Pasar Baru
Sampai Pasar Baru jam 9 am... Dalam kereta lagi Pak Yayat ada cakap pasal Ijol. Sapekah watak ini? Kira2nya sebagai pemandu pelancong kat dalam Pasar Baru tu la....

Pemandu pelancong?
Ye... pemandu pelancong...
Perlukah sampai ada pemandu pelancong?
Ontah!

Kami agak tercengang-cengang sikit la kan... apa kegunaan si Ijol ni... tapi disebabkan tak nak menolak cadangan Pak Yayat, maka kami diam je... Pak Yayat kata, bagi je upah sesuka hati kat Ijol ni... seikhlas hati.

Kedai pertama yang Pak Yayat `sua'kan namanya... alaaa... apa ke namanya... hilang ingatan la pulak. Kedai ni kat tingkat atas sekali... selevel dengan tempat parking. Kami tak de kedai spesifik untuk dituju, maka ikut je lah saranan Pak Yayat.






Ijol ni pun memulakan tugasnya iaitu mengekor je kami ke hulu ke hilir... Rimas gak sebenarnya. Dia boleh berbahasa loghat KL. Disebabkan Pasar Baru ni bertingkek2 dan ada baaaanyaaaakkk kedai, maka di sinilah Ijoi ni memainkan peranannya.... membawa kami ke tempat yang kami rasa nak pergi dan memastikan agar kami tak sesat jalan.... kot la tak jumpa jalan keluar, kan.... So, kami pun tour lah Pasar Baru dengan Ijol sbg tour guide nya...






Saya memang berhajat nak beli telekung sulam... MasyaaAllah, cantik2 telekung sulamnya dan harga pun murah... kain lembut, sejuk, keras, panas semua ada... pilih je mana yang berkenan. Taaaappppiiiii, masaelah nyo.....


Taraaaaaaa..... dah macam pakai topi la pulak kat bahagian muka tu

Maka kami pun round and round and round sampai jumpa yang berkenan. Akhirnya, jumpa lah jugak... tapi tak la 100% seperti yang dihajati. Bolehlah... asalkan ada...

Lepas tu kami pun sambunglah melawat dari satu kedai ke satu kedai....







Tak cukup pulak IDR saya dan Cik S kat sini... maka kami pun tukar duit lagi.... Lepas tu soping2 lagi.... tak cukup lagi IDR saya (saya mengelak utk guna kad kredit di sini)... tapi nak turun bawah tukar IDR lagi, kaki saya dah lenguh. Maka... saya pun mintak tolong si Ijol ni....

Psssttt: Ijol ni bukan saja jadi tour guide, malahan jadi penukar uang juga ada... bukan itu saja, tolong kami angkat barang2 dagangan pun ye gak... hehehehe... Ada rupanya kegunaan Ijol ni.

Jam 2.30 pm baru keluar dari Pasar Baru. Sampai 2x tukaw duit. Sanggup lunch dengan roti yang Cik S bawak dari M'sia... Sanggup makan tu je sbb masa dah abih kat soping2... Nak kata `huhuhu' ke... atau `hahahaha'... saya pun tak pasti.

Apa yang saya beli? Baju renang muslimah 2 pasang, telekung sulam 2 pasang, baju en. suami, kain2 sulam, blouses dannnnn.... beg tarik. Hehehe... sampai beli beg tarik kat Indon.

Destinasi 2: Factory Outlet Jalan Riau
Dari Pasar Baru, kami ke FO Jalan Riau. Sampai sana... hujan la pulak... Kalau dah hujan tu, menyukarkan pergerakan utk tour kawasan sebabnya kedainya terpisah2... seketul2.. tak de gajah menyusur de... hahaha...

Kedai pertama yg kami masuk... Passion... dapatlah kemeja en suami selai. Agak teragak2 nak beli sbb takut salah size. Mintak tolong Allah ajelah agar pilihan saya tepat. Benda lain yang saya beli.... kasut crocs tiruan (hiuhiu) dan yang paling best skali... makan aiskrim doyan... Mak aiii, mabelesss...







Murah den koba... IDR10k je... So, kami pun nyum2 askem doyan dalam kedinginan suasana dan hujan yang turun, sambil dihiburkan oleh penyanyi jalanan yang berkeliaran. Ramai penyanyi jalanan di sini. Suara pun best sangat... lagu2 yang didendangkan pun best2...

Destinasi 3: Factory Outlet Jalan Dago
Jam 4.30 pm, kami proceed ke FO Jalan Dago pulak. 10 minit je dah sampai. Misi mencari kasut sukan anak. Tak jadi beli lah sebab mahal... lagi pun design yang dihajati tak de... Pukul 5 kami dah keluar dari kawasan...



Sebenarnya, kaki dah agak berat nak melangkah. Dah fenat acik ni. Tak larat nak hoping from one outlet to another... hehe. Lagi pun hujan... agaknya, kalau tak hujan, mau jugak ku gagahkan kaki ini melangkah lebih jauh lagi.

Destinasi 4: Rumah Mode
Sampai Rumah Mode jam 5.05 pm. Ramai giler pengunjung tapi masih selesa utk membeli belah. Supir pun ikut masa kami kan, jadinya tak de lah tergesa2.

Okkeh. Saya beli apa kat sini? Beli baju anak2 je... 5 helai.. kiranya baju raya la tu. Cik S pun mcm bersemangat je nak soping kat sini... yg bestnya kat sini, ada banyak size... dari saiz kecik membawa ke besar, tu yang sonang tu. Cik M pulak, tak jumpa yang berkenan... window shopping je...





Hmmm... kat sini, swipe jugak kad kredit. Nampaknya, jangan mimpi lah nak tukar duit RM1k je... duit tu cukup utk makan, transport dan entrance fee... dan shopping sikit2. Kalau jenis mcm saya yg ingat kat anak2 dan en. suami yang berkorban merelakan pemergian saya ni, mmg tak cukup dohhh...

Hajat di hati nak jugak bergambar kat mercu tanda Rumah Mode tu.... tapi hujan... Hmm, lupakan je lah. Tepat jam 6.35 pm kami keluar dari Rumah Mode nak gi mamam. Cik S suggest mamam kat The Stone Cafe.

Destinasi 5: The Stone Cafe
Sampai sini jam 7 lebih. Waaahhhhh... cantik banget view dari sini. Restoran ni terletak di kawasan tanah tinggi... so dari restoran boleh nampak view Bandung city. Boleh pilih nak duduk kat mana samada dalam kawasan restoran tu ataupun dekat wakaf2 yang cantik2 tu...





Suasana dlm restoran yang ekslusif
Nampak lampu kat luar tu? Situlah kota Bandung.


Salah satu wakaf yang disediakan

Kami makan yg kat dlm restoran sbb kat luar tu seejuukkkkk.... grr.. grr.. grr...


 Aqua water... air mineral

Cantik sangat botol dia sampai nak bawak balik. Tapi kat Imegresen Bandung dah disuruh buang... Nyesal tak masukkan dlm check in luggage


 Jus apokat
Hehe... avacado... sodap (apanyelah yg tak sedap... semuanya sedap, alhamdulillah)










Tu gambar makanan2 yg kami order.

Apa lagi yang bestnya kat sini ye? Wifi dia laju... berdesap-desup masuk mesej. Pas tu ada live-band yg best.... Suara dorang ni mmg class lah!




Lepas makan... balik...

Bersambung di Percutian ke Bandung (4)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan