Sabtu, 11 April 2015

Percutian ke Bandung (2)

Assalamualaikum...

Kisah ini merupakan sambungan dari Percutian ke Bandung (1)

11 April 2015 (Sabtu)


Gambar siang hari

Pepagi, bila nak keluar sarapan je, kelihatan Imam dah tunggu kami. Aik... awalnya dia datang... janji jam 8am. Masa tu baru jam 7am. Rupanya dia sengaja datang awal... Ohh, kalau macam tu, bolehlah kami bersarapan secara berhemah dan tak tergopoh gapah. Silalah tunggu kami ye...

Tempat sarapan di tingkat bawah, sebelah kanan

Imam ni anak Pak Yayat. Siapa Pak Yayat tu? Pak Yayat adalah supir yang ditempah awal2 dari Malaysia. Pak Yayat ni supir tetap family Cik S yang dah beberapa kali ke datang Bandung. Disebabkan hari ni Pak Yayat kurang sihat, makanya dihantarnya Imam untuk menyupirkan kami... hehehe. 

Hmmm... kenapa tak nampak orang lain pun kat tempat makan ni... selain 2 orang gegurl yang sedang menikmati sarapan. Mana pergi orang lain ye? Kami2 ni je ke yang dok kat Orange ni? Musykil la pulak. Hmmm.... Ambik makanan dululah. Ada... nasi goreng... suun gorang (saya ingat bihun), roti dan buah. Sedapppp ko! Nampak biasa jeeee....








Sambil2 makan,... kami pun berborak2lah dengan 2 orang gegurl tadi. Seorang dari Gombak dan seorang lagi dari Bangi. Dorang nak balik dah.... 

Destinasi 1: Tangkuban Perahu
Hari ni plan nak ke Tangkuban Perahu... dalam 1 jam perjalanan dari hotel. Saya dan Cik M tak pernah sampai Bandung, makanya wajib pergi menjejakkan kaki ke sana. Tapi Cik S dah pernah sampai.... Terima kasihlah sebab sudi menemankan kami2 ni ye... Muahhh2x. 

 On the way ke Tangkuban Perahu


 Pokok tinggi2...


Unik

Sampai di sana, Cik S dah terkejut! Saya terkejut jugak bila tengok Cik S terkejut... hahaha... Rupa2nya entrance fee naik harga dengan tinggi sekali. Dulu2, harganya IDR75k (RM21) tapi skang ni dah jadi IDR300k (RM84). Memang wajarlah Cik S terkejut. Memang wajar jugaklah saya ikut Cik S terkejut. Cik M peduli hapa.... yang penting dah sampai.... hahahahaa... 

Katanya.... harga naik sejak Nov 2014 lagi. Sudah tukar management... dulu kerajaan dan skg pihak swasta yang maintain tempat ni.... dengan harapan, tempat di dapat dimajukan dengan lebih maju lagi. Bila Cik S dan saya menunjukkan muka terkejut dalam tempoh yang agak lama, maka orang tu suruh alihkan kereta ke tepi sikit agar tak menghalang lalu lintas.... Bila dah parking tepi, orang tu kata boleh bincang... Dia kata, kami cuma perlu bayar untuk 2 orang je... supir tak payah... dan sorang lagi dilantik sebagai tour guide tak berdaftar... kehkehkeh.... Makanya, redalah sudah keterkejutan tadi.... sbb bayar utk 2 orang je.... Bolehlah....


Okkeh.... jom nikmati kawah Tangkuban Perahu...


 





Itu je pun benda yang nak ditengoknya....


Ada ramai peniaga kecil di sekitar kawasan ni. Sebelum ni, saya ada terbaca di blog2 lain, mengatakan yang dorang ni akan approach kita dan merayu2 agar kita membeli barangan jualan mereka. Tapi... masa saya pergi ni, tak de la pulak yang macam tu. Memang ada yg approach, tapi bila kita kata tak nak, dorang pun tak memaksa.... Agaknya dorang dah penat kot (?).

Banyak jugak gerai2 souvenir di sini... tapi kami tak beli pun... just tangkap2 gambar je...








Ramai bloggers suggest mkn jagung manis dan tahu susunya.... Kami pun cubalah... Wahhh, memang enak bangettt... panas2 gituh

 Cicah dengan sambal itam tu... perghhh


Nyum.. nyum...

 Comel sungguh gerai bakso nih


Pulut bakar

Inilah kenderaan yang kami naiki sepanjang berada di Bandung

Kami spent dalam 1jam 15 minit je kat Tangkuban Perahu.... tangkap2 gambar.... makan2... tu je.. Shopping2 tarak.

Destinasi 2: Ladang Strawberry
Kemudian, kami ke ladang stroberi pulak. Kami singgah di Natural Strawberry farm. Ada banyak tempat penanaman stroberi yang boleh disinggahi. Kalau tak silap saya, entrance fee nya pun sama je semua iaitu IDR10k (RM2.80). Yang bestnya, tiket tu boleh ditebus semula dengan jus stoberi yang sangat2 sedap.... MasyaaAllah.... tak puas minum. Cik S sampai order jus tambah lagi.... sedap sangatlah katakan... 


Tiket2


Strawberry juice for 3






Selain stroberi, banyak juga bunga2an di tanam... teringan kat Cameron :P








Nak naik donkey pun boleh

Destinasi 3: Floating Market
Stengah jam di ladang stroberi, kami ke Floating Market pula. Kata Imam, ni tempat pelancongan yang baru di buka... dalam 2 tahun kot. Cik S tak pernah ke sini... sebab dolu2 lom ada lagi. Punnn... ada entrance fee i.e. IDR15k (RM4.20) sorang.... tapi... boleh claim balik dgn free drinks.... Ok lah cam tu kan... kira beli air je la.


 Tiket masuk


Masuk kawasan je, nampak ada benda bulat ni terpampang dan ramai yang bergambar dengan benda bulat ni. Awak pun sama la jugak tak melepaskan peluang untuk bergambar. Walhal tak tau apokobondo eh bondo bulat tu... ada tulih 10,000 dan 5,000 pulak tu. Dah lama2 baru tau... rupanya benda tu coin yang digunakan untuk membeli belah dalam kawasan ni. Maknanya dorang tak guna cash, tapi kena tukarkan dulu kepada coin... then barulah boleh soping makanan. Total tukaran coin kami bertiga adalah IDR100k (RM28).




Nampak pulak orang naik sampan.... teringin jugaakkkkk. So, kami pun tanya2lah cam mana nak naik sampan tu... brp hrg tiket.. nak beli kat mana.... Rupa2nya, tiketnya cumalah IDR1k (RM0.28) je sorang.... (terkejut lagi... hahahaha). Murah sangat2... Tapi kami bagi je IDR5k utk 3 org sbb tak sampai hati nengoknya berpenat lelah mengayuh sampan utk hantar kami ke seberang. Al-maklumlah, Cik M sorang je yang kurus..... Ops, ada lagi sorang yg kurus iaitu encik pendayung.... huhuhu
 Ini bukan kami yang sebenar


Agak jauh jugak nak sampai ke seberang


Alhamdulillah sampai juga tanpa ada kejadian yang tak diingini


Kemudahan surau dan tandas yang bersih... Cuma, suraunya terlalu open...
Mcm susah sikit utk wanita menggunakannya


Inilah coin pengganti cash


Semua peniaga berniaga atas sampan. Ada macam2 makanan dan minuman dijual di sini. Semuanya kelihatan sedaaaappppp je.... Perut pun dah terasa lapar sebenarnya. Pengunjung pun ramai. Pada hemat saya, mcm separuh dipenuhi oleh Malaysian dan separuh lagi local.










Inilah camera yg saya gunakan sepanjang di Bandung
Tak bawak DSLR pun






Ala2 setabak gituuuu 


Ada mesin ala2 chatime tu.... canggih!


 Bismillahirrahmanirrahim


Sodaqollahulazim...


Lepas selesai menjamu selera, maka kami pun nak keluar lah kan... Kali ni nak jalan kaki pulak, tak mo naik sampan sebab nak menikmati suasana taman. Walaupun nampak jauh je nak berjalan kaki tapi disebabkan landscape kawasan ni cantik, bersih.... ada banyak pokok2 menghijau, bunga2an, ikan2an... makanya tak terasa lah kejauhan itu.....









Cantik, kan.....

Keluar floating market, kami mencari si Imam.... tapi nampak lak kedai ni...


Teringat kat Air Asia... hahahah

Destinasi 4: D'Fashion
Dari floating market tadi, jam 12.35 pm tapi kami tiba di D'Fashion jam 2.30 pm sebabnya jalan jem sesangat. Nyenyak sungguh saya dan Cik S tido dlm kereta. Hujan pulak tu...


 Macet dan hujan lebat


Masuk2 je D'Fashion, waaahh... cam tempat mahal je... cam ekslusif je... Mcm takut2 je nak berbelanja. Apa2pun, kami pi solat dulu.... suraunya kat tingkat atas skali. Suraunya bersih dan selesa, cuma agak terbuka sikit.... tapi bolehlah nak berselindung2 compared to surau di floating market tadi.... Tandas pun bersih dan wangi je.... 

D'Fashion  tempat yang paling sesuai nak shopping kain lace... banyaakkkk sungguh dan bertingkat2. Harga kain2nya reasonable jugak tetapi harga lace murah sangat2... Cantik2 lak tu. Cik M yang nak pergi sini... saya dan Cik S cuma layankan aje... Tak de la pulak keinginan untuk shopping di sini... 

Di sini, kami dilayan oleh Arsip.... katanya namanya Arsip... ntah betul ntah tidak. 


Saya dan Cik S hanya memandang2 Cik M ke hulu ke hilir mencari kain yang dia berkenan. Dari tingkat bawah ke atas, atas ke bawah, bawah ke atas balik. Lama-lamaaaaaaa.... apa yang dah terjadi? Saya dan Cik S pulak yang dah kemaruk mencari kain... nangishhhh... huhu... Kami pulak yang bawah ke atas, atas ke bawah, bawah ke atas balik... huwaaaa...










Sebelum bayar, dorang ukur balik kain tu....
Dorang check balik... betul ke tak ukurannya...


Akhirnya..... total damage utk saya shj adalah IDR1.33 juta... Ayoyo... ai ingat tak mo pakai kad kredit, tapi ai tak ingat apa yang ai dah ingat itteww...

Destinasi 5: Toko 3

Keluar dari D'Fashion jam 5.40 pm... terus menuju ke Toko 3 pulak. Ada apa kat sini? Sini jual jeans berjenama dengan harga yang murah. 



Ayoyo... ai benar2 dah hilang ingatan... Ai swipe lagi kad kredit kat sini.... beli jeans anak2 sorang satu, beli baju.. total damage IDR2.5 juta.... hang kira sendirilah berapa dalam RM. Tak koso den doh! Swipe kad kredit... Fengsan! Dah keluar.... jom keluar....

Oopps... kat sini boleh potong kaki seluar yang dibeli dengan percuma. Tapi kalau nak ambik balik kaki seluar yg original (yang belah bawah skali tu, yg ada penjahit tu), ada charge IDR10k sepasang. Kiranya, kalau buat lagu ni, seolah2 tak nampak yang kaki seluar tu dipotong... 



 Alteration

Destinasi 6: Simpang Raya
Keluar Toko 3 jam 7.10pm, terus lapar. So, kami dinner di Restoran Simpang Raya, makan nasi padang. Sedap jugak... alhamdulillah... kenyang.... Dinner utk 3 orang eh 4 orang termasuk Imam berjumlah IDR238k.






Selesai dinner, terus balik Orange. Sampai Orange, saya terus call rumah.... menggunakan wifi free Orange. Mesej whatsapp pun masuk berdesup2 termasuklah notification mesej yang saya dah swipe kad kredit 2x. Bila ckp dengan en. suami dia tanya.... ada guna kad kredit 2 kali. Betul ke?

Bersambung di Percutian ke Bandung (3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan