Khamis, 17 November 2016

Alhamdulillah... Tahniah Adik!

Assalamualaikum...


Adik dapat 3A 3B. Sebenarnya ibu dan ayah dah tahu terlebih dahulu melalui khidmat sms. Mula-mula terima mesej tu, ibu terkejut jugak... bukan jugak.... memang terkejut dan tak percaya. Ibu doa2 agar adik tak sedih... agar adik tak kecewa.... Ibu dan ayah redho, inilah yang ketentuan Allah yang tidak pernah salah.

Alhamdulillah... tahniah adik, atas keputusan UPSR yang adik terima tadi. Walaupun tak dapat straight As, adik tetap cemerlang di mata ayah dan ibu. Ibu tengok adik cool aje... so ibu pun cool. Tapi ke`cool'an ibu tu tak dapat bertahan lama bila ibu  lihat....
  • kawan-kawan adik yang dapat 6A menangis mensyukuri keputusan cemerlang yang mereka dapat... Ibu menangis sebab ibu tumpang bangga...
  • kawan-kawan adik yang lain menangis kekecewaan.... Ibu menyelami kekecewaan mereka...
Lebih menyedihkan bila ibu lihat cikgu adik menangis. Mungkin cikgu juga rasa kecewa, sedih dan terkejut dengan keputusan ini.

Ibu nak ucap terima kasih pada cikgu2 adik semua sebab menganggap anak2 ini seperti anak2 sendiri, menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab, mendidik mereka dengan penuh dedikasi, membimbing mereka tanpa rasa jemu, menyayangi mereka seikhlas hati dan sabar dengan karenah mereka yang berwarna warni. Sebab itulah cikgu turut menangis bersama anak2 semua. Ya Allah, tersentuh sungguh hati ibu. InsyaaAllah.... saham akhirat buat cikgu-cikgu semua.

Cikgu yang sama mengajar kakak dulu
Terima kasih cikgu.... 

Isnin, 7 November 2016

Doa Buat Anakanda Yang Akan Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum...

Sempena peperiksaan SPM yang akan bermula esok, saya kongsikan doa yang dikongsikan oleh sahabat saya melalui whatsapp.

#Perkongsian dari aplikasi whatsapp.

Gambar dari Google
Mulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah..

Allah  Allahurobbi, Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' (Yang Maha Mendengar),  Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan), Ya Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan) , Nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya.

Ya Allah Ya Haadi (Maha Beri Petunjuk), berikan petunjuk jawapan-jawapan bagi soalan peperiksaanya.

Ya Allah Ya Nuur (Maha Bercahaya), pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan peperiksaan dan persoalan kehidupannya

Ya Allah Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.

Allah ya 'Alim, Ya Hakim Ya Rashid
Ya Allah, kurniakan kepada anakku kefahaman  ilmu-Mu yang luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang di akhirat dan dunia ini...

Semoga anakanda ( nama anak kita) tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya. Aamiin Ya Rabb.

Jumaat, 4 November 2016

Percutian ke Melbourne (8)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Melbourne (7)

Tepat jam 8am, kami memulangkan kereta yang disewa. Setelah diperiksa, alhamdulillah semuanya ok. Risau oooo kot2 ada yang tak kena... mahal bayarannya. Doa2 juga mudah2an tak de saman tersembunyi yang akan dikenakan kepada kami... Amiin. Kawan saya cerita, adiknya perlu membayar saman berjumlah hampir RM2k dan saman tersebut dihantar ke alamat di Malaysia.

Setelah selesai semua urusan, kami pun ke airport. Tiba waktunya untuk pulang ke gagang. Seriously memang best datang sini. Ada scenery yang Subhanallah memukau mata memandang dan ada jugak tempat shopping yang happening. 6 hari + 2 hari perjalanan tak cukup nak cover semua... banyak tempat yang kami tak pergi. 
Melbourne airport
Bubye... Terima kasih Suriati atas segala-galanya...
Tengah que untuk claim VAT
hanya untuk pembelian bernilai Aud300 dan ke atas
Hmmm... 1st time saya order longevity noodle dari Air Asia... sedap gak
Selama ni saya asyik order nasi lemak Pak Nasser je
Selesai sudah travelog percutian ke Melbourne saya... Alhamdulillah, terima kasih Allah...

Khamis, 3 November 2016

Percutian ke Melbourne (7)

Assalamualaikum....

Sambungan dari Percutian ke Melbourne (6)

So... apa plan hari ni? Ikut itinerary saya, patutnya hari ni pepagi nak berkampung kat Queen Victoria Market, tapi ubah plan iaitu menyambung misi mencari iron Philip iron tu kat outlet Thomastown. Semalam tak pergi Queen Vic market sebab tutup. Isnin dan Rabu tutup. So korang kena la plan betoi2... pas tu, kalau buka, tutupnya awal lak tu... dlm kol 2, peniaga2 dah mula tutup kedai.

Suriati ikut saya hari ni... dia pun nak beli iron tu dan kemudian nanti drop dia kat city... nak gi Uni. Oh ye, Suriati ambik Phd (Medic) kat University of Melbourne. Sebelum tu... kami pi round2 kawasan perumahan ni dulu.
Caldwell Street, Glenroy
Saya dan Dr. Suriati
Kat sini pun ada sakura youuu
Uniknya bunga ni
Lepas pusing2 di area Caldwell Street, Glenroy... kami ke outlet The Good Guys di Thomastown, menyambung misi hunting for iron Philip... hehehe. Kawan saya kata... saya memang patut beli laaamaaaaa dulu sebab iron tu sangat bagus. Tapi saya kata... saya beli bukan sebab iron tu bagus, tapi sebab saya boleh dapat harga yang jauh lebih murah kalau saya beli di sini... Amway jual dalam harga 1.5k dan kat sini saya boleh dapat tak sampai 1k pun (Aud299). Itu harga sebelum cash back. Harga selepas cash back tak sampai RM650 (Aud199). Giler tak mau?
The Good Guys Thomastown
Tapi... malangnya... pun out of stock. Sedeyyy... hahahahah. Tapi, staff Good Guys yang memang good guy telah membantu kami menyemak... outlet mana yang masih ada stock. Based on record, ada dua unit lagi yang available kat outlet Northland. Maka... kami pun bergerak lah ke sana. Ni lah huntongnya sewa kereta... boleh suka2 nak pergi mana.
The Good Guys Northland
Alhamdulillah... akhirnya ketemu juga. Memang hanya tinggal 2 unit yang ditakdirkan satu untuk saya dan satu lagi untuk Suriati... ngeh ngeh. 
Wow... nampak tu? Ada cash back.
Suriati siap beli air fryer lagi kat sini. Su pun cadangkan saya beli air fryer sebab katanya murah. Masa tu saya tak tergoda nak beli pun sebab takut duit tak cukup... takut bajet lari... (saya avoid guna credit card kat overseas sebab lebih mahal chargesnya). Tapi bila dah sampai Malaysia... menyesal habis tak ikut cadangan Suriati sebab halegenya manyiak beza ooo.... huhuhu.

Tak jauh dari Good Guys tadi, ada Chemist Warehouse. Suriati ajak saya pergi kat sini sebab perfume dia murah2. Hmmm... saya bukannya pakai perfume pun... Nak beli ke tak... nak beli ke tak...
Korang kena beli sini jugak
Skali tengok harganya... wahhh memang murah laaaaa.... Aiyooo, tergoda jugak di sini. Saya beli jugak untuk bagi souvenir. Perfume N5 Elizabeth Arden only costs Aud19.99 (RM65). Eau de toilette Eliz Arden for only Aud9.99 (RM32)
Pilih... jangan tak pilih.
Dah selesai... barulah kami bergerak ke city... dan drop kan SUriati kat UniMelb. Hajat di hati mak masuk UniMelb nak jalan2, pusing2 dan posing2 bawak anak2 biar bersemangat nak study kat Uni yang gah2 ni. Tapi disebabkan masa yang sering mencemburui kami (chewah), saya terpaksa melupakan hajat tersebut sebab nak mengejar Queen Vic yang bakal tutup sebentaaaaaaarrr je lagi.
Uni of Melbourne
Agaknya, kita ni memang bebas keluar masuk buat lawatan secara suka2 kat uni2 luar negara ni kot. Tak macam di Malaysia, yang mana kat entrance dah ada pak guard tunggu dan uni dikelilingi oleh pagar... uni2 di sini (yang saya observe UniMelb dan RMIT) dan Uni of Otago (NZ)... tidak ada semua tu. Suriati kata, kita boleh masuk surau UniMelb... library.. dan jalan2 kat dalam Uni. 
UniMelb
Okkeh dah sampai parking nearby Queen Vic 
Sejam Aud3.20 (kalau tak silap)
4P bermakna 4 jam parking... tapi tu untuk OKU sahaja
1P bermaksud 1 jam parking sahaja.
Jaga2... rule parking dan lalulintas amat straight kat sini!
Di sinilah tempat membeli-belah yang paling happening. Ada macam2 makanan, pakaian, souvenirs yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Yang menyedihkan, kami sampai pada waktu yang hampir-hampir nak tutup sebabnya mencari iron Philip dan minyak wangi. 
Waktu operasi
Hari ni hari Khamis - ,arket hanya dibuka sehingga 2pm sahaja. Hari ni je la yang kami berkesempatan nak menjengah sebab hari lain dah penuh dengan macam2 aktiviti.  
Bila dah tutup... kami pun sambung jalan2 kat city... sambung semula tour semalam... hehe. 
Makan lunch di sini. Semalam lagi dah aimed.
Tengok kiri kanan, orang lain makan satu pinggan kongsi ber2
Kami... sepinggan sorang... hehe
Royal Melbourne Institue of Technology (RMIT)
City circle tram ni percuma je... silalah naik pusing2 CBD
Suasana dalam city circle tram
Pergi situ tau... Bourke Street Mall, Treasury Gardens, Fitzroy Gardens, Chinatown.... Saya hanya sempat ke Bourke Street Mall je
Parliament of Victoria
Gelandangan pun hado
Public Toilet - Abg Aji kata tak bersih sangat.
Sambung beli souvenirs yang tak cukup kat sini
Tak cukup sebab tak sempat nak pilih - Queen Vic dah tutup.
Panjangnya limoooo
Flinders Street Station
St. Paul's Cathedral Melbourne
ACMI
Salah satu tarikan pelancongan di Melbourne - Hosier & Rutlegde Lanes. Penuh dengan hasil seni grafitti. Tapi sekali pandang, macam `lorong gelap' yang menggerunkan... hahahah. Anak2 saya macam seram je nak duduk lama2 kat sini. Tapi sini memang salah satu tempat pelancongan yang boleh dilawati. Bagi mereka yang pandai menterjemahkan hasil seni, pasti menghargai grafitti di sini. 
Apa agaknya fungsi kasut yang digantungkan di atas tu???
Cantik jugak.. dan berseni. Kemas je...
Melbourne City Square
Menelaah route tram
State Library of Victoria
State Library of Victoria
State Library of Victoria
Melepak2 depan State Library of Victoria
Melbourne CBD at night
Lihat harga pertol yang berbeza2 mengikut pengeluar, walaupun terletak sebelah-menyebelah. So... saya pilih yang paling murah.
Shell
Metro
Target yang tidak kesampaian hari ni adalah Melbourne Zoo, Shrine of Remembrance dan Royal Botanic Gardens. 

Hmmm... inilah hasilnya pembelian di Good Guys tadi... Satu kotak Philips iron saya dah susun baek punya dalam luggage.... esok nak balik dah. Yang ni... Suriati punya iron dan air fryer. 
Hmm... since cash back Aud100 tu perlu hanya boleh dituntut oleh Australian residents @ those yang ada account in Aussy's bank... makanya saya minta tolong Suriati yang claim kan... Pas tu, ngorat2 Suriati kot2 boleh belikan saya air fryer satu hari nanti... ngeh ngeh...

Bersambung di Percutian ke Melbourne (8)...