Selasa, 1 November 2016

Percutian ke Melbourne (5): Penguin Parade

Assalamualaikum...


Entry kali ni.... khas untuk menceritakan kisah cik penguin sahaja.
Comel je tengok penguin2 ni macam malu2 nak keluar dari laut. Kejap tinjau kawasan... pas tu patah balik masuk dalam laut. Aktiviti yang sama berulang2. Bila nampak penguin menghampiri pantai, masing2 teruja... tapi lepas tu penguin2 ni masuk balik ke dalam laut... dan ditolak semula ke pantai oleh ombak. Sabar je la nak menunggu mereka keluar... dan kami menggigil dalam kesejukan kerana tiupan angin di pantai. Bila hari semakin gelap, semakin ramai terkedek2 ke pantai secara berjalan secara berkumpulan. Ada banyak kumpulan. Sebab tu dipanggil penguin parade. Penguin di sini kecil2 je saiznya.

Kat St. Kilda beach boleh tengok secara percuma dan penjaganya siap suluh lampu merah lagi bagi ambik gambar. Kat sini tak dibenarkan mengambil gambar. Haih... bayar mahal2 menyerahkan diri menunggu cik penguin dalam kesejukan, tapi tak boleh ambil gambar. Apakah? Saya ambik jugak biar berbaloi. Cik penguin tak boleh kena cahaya flash sebab ia boleh membutakan matanya. Tapi kalau cahaya merah - ok. So tangkap gambar tanpa flash. Kalau security nampak, padan muka kena marah dengan security. Tapi tu org lain la... hahaha... yang tak reti nak tangkap gambar sorok2.

Cik penguin naik ke darat dengan perut (ke tembolok?) yang penuh dengan ikan. Kisahnya, nanti ikan2 tu akan dikeluarkan balik untuk anak2nya makan. Mereka akan stay di darat dalam 2 hari dan sementara itu, pasangan mereka pula akan turun ke laut mencari makanan. Gilir2 gitewww. Saya dapat ambik gambar penguin di darat (masih terang) sebab konsep gilir2 tu.

Masa briefing, pengunjung dipesan agar memeriksa bawah kereta dan pastikan tiada penguin di bawahnya. Saya ingatkan itu adalah lawak... hahahah. Rupa2nya memang ada penguin yg sesat di kawasan parking kereta... tak jumpa pasangannya la tu.

Kawasan ni ditutup masa winter sebab musim penguin bertelur dan mengeramkan telurnya.

Bersambung ke Percutian ke Melbourne (6)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan