Selasa, 1 November 2016

Percutian ke Melbourne (5)

Assalamualaikum...


Seperti hari-hari sebelumnya, hajat untuk keluar dari rumah seawal mungkin, tak kesampaian... hahaha. Dah, lupakan je lah. Ini la istimewanya bercuti tanpa ikut tour package, boleh buat sesuka hati kita tanpa mengganggu jadual orang lain.

Itinerary pada hari ini adalah ke Maru Koala & Animal Park dan Phillip Island. Di Phillip Island, saya bercadang untuk ke Phillip Island Chocolate Factory, Churchill Island Heritage Farm, A Maze`N Things, Koala Conservation Centre, The Nobbies & Antartic Journey dan menyaksikan Penguin Parade. Hmmm... boleh ke cover semua ni sebab dah keluar lewat.

Sebelum keluar, sempat lagi round2 area rumah Suriati ni.... ada banyak bunga-bunga mekar berkembang. Dah la lewat keluar, lagi mahu menambah2 kelewatan.
Cantik, kan
Geram tengok... segar bugar
Sebelum tu, kami singgah di Woolworths Supermarket... dekat je dengan rumah Suriati. Tengah ada offer... banyak barang dijual dengan 50% diskaun. Apa lagi... memboronglah bekalan makanan. 
Abang Aji tengah memilih2
Semakin besar nilai, semakin kecil saiznya
Selesai membeli belah, kami pun meneruskan perjalanan ke Maru Koala & Animal Park, lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan dari Glenroy.
Track trem
Dalam 12.45, kami pun tiba di Maru Koala & Animal Park. Maru ni macam mini zoo la... ada macam2 binatang tapi main attractionnya adalah koala. Ada 2 bahagian - animal park dan mini golf. Saya beli tiket untuk animal park sahaja. 
Penyambut tetamu
Entrance. 
Harga tix yang dibayar adalah Aud74
Harga untuk family + 1 adult. Beli siap2 animal food di sini.
Gambaran keseluruhan park
Pondok2 tempat koala bersemayam
Kawasan untuk kangaroo bersuka ria
Awal2 masuk, kawasan ni macam tak happening... biasa2 aje
Pengunjung pun tak berapa ramai.
Kelihatan seolah2 kawasan ini kami yang punya.... hahahaha
Sebijik macam patung yang ada kat rumah
Memang jinak2 kangaroo ni...
Betullah motto Maru ni - get in touch with wildlife
Tu dia.... sekali kang kot dia mengamukkkk
Ehhh tak de la... dorang kat sini baik2 aja
Ada albino kangaroo
Phewittttttt... menggoda you
Encik koala tengah berhibernasi....
Boleh pulak statik cenggitu tak jatuh gedebuk kan
Info tentang koala
Lagi info pasal koala
Alpaca pun ada
Fuyyoh... kelihatan romeo sangat... hahaha
Ostrich ada jugak
Donkey pun ada
Bestnya kat sini ada ruang untuk solat
Alhamdulillah... settle jamak dan qasar
Peacock
Bertebaran burung merak ni berjalan
Tu dia....
Bijak parrots ni.... panggil2 nama Fatin (anak Suriati)
Tepat 2.00pm, ada sheep shearing show @ auditorium
Cian dia dah togel
Serius sangat comel gambar ni... hahahah

Seperti biasa... souvenir shop
Hanya boleh pandang2 sahaja, ye anak2
Sampai ke luar peacock ni merayau
Hmmm review saya mengenai Maru - mula2 masuk, rasa macam biasa je. Hanya nampak koala yang mengantuk 24 jam dan kangaroo je yang bertebaran. Tapi puas la anak2 ni main dan bagi makan kangaroo. Lama-kelamaan, semakin banyak binatang yang dilepaskan keluar dan berkeliaran. Ada jugak few shows berjadual yang menarik. 

Selesa sebab boleh solat dengan tenang. Walaupun open space, tapi pandai2 la bawak diri. Macam saya, dalam keadaan sejuk2 ni... memang solat tanpa telekung tapi solat dengan sweater je.

So... next destination adalah ke Phillip Island Chocolate Factory.
Macam view kat NZ - cuma yg ni versi gelap.... hehe
Dah sampai. Dalam 23km je dari Maru tadi
Free entrance
Buat hantaran kawen, bagus gak ni. Sanggup ke nak makan?
Di sini ada cafe yang certified halal
Tapi kami tak makan kat sini sebab bawa bekal siap2
Banana choclate. Sedap wooo
Seterusnya, kami ke A Maze'N Things, lebih kurang 12km dari chocolate factory tadi. A Maze'N Things ni tempat main2 magic, illusion, puzzles dan lain2... lebih kurang sama macam Puzzle World @ Wanaka, NZ. Lebih kurang la macam kat Penang tu jugak.
Muka depan A Maze'N Things
Ada cafe
Kaunter tiket... tapi kami tak beli pun
Kami masuk kawasan yang foc je
Souvenir shop
Boleh la try solve kan puzzles yang ada sini
Landscape yang menarik
Kami bukak bekal kat sini je...
Masa ni hujan.... menggigil2 kesejukan. Alhamdulillah jumpa tempat berteduh.
Boleh sewa kalau nak BBQ ke apa
Selesai makan, kami ke Koala Conservation Centre... dekat je dengan A Maze'N Things tadi... dalam 300m je. 

Sebenarnya saya berhajat nak beli combo package untuk Churchill Island Heritage Farm, Koala Conservation Centre, The Nobbies & Antarctic Journey dan Penguin Parade. Lebih jimat kalau beli combo macam ni. Tapi disebabkan keluar rumah dah lambat, maka tak sempat la nak pergi Churchill Island Heritage Farm dan Koala Conservation Centre.

Tapi singgah jugak kejap kat Koala Conservation Centre, saja tinjau2 dan beli tiket The Nobbies & Antarctic Journey dan Penguin Parade. 
Koala Conservation Centre
Ada cafe
and souvenir shop, as usual
Beli tiket di sini... Actually, tempat lain pun boleh beli jugak
Little penguin lives here
Banyak burung2 ni berkeliaran di jalan raya
Dah sampai The Nobbies
Nampak ni dulu... Subhanallah cantiknya
Hmmm... masuk Antarctic Jouerney dulu
View dari dalam bangunan
The Antarctic Journey
Tak de apa sangat.... cuma gambar/video di antartik
Aktiviti ni lah yang paling menarik di sini
Bergumbira bersama dolphin secara virtual
Abang Aji buat apa tu....
Kemudian, baru keluar menikmati keindahan panorama The Nobbies. Subhanallah... cantiknya. Kena pulak tiupan angin pantai.... sejukkkkkk. Tapi tak la sesejuk semasa berada di 12 Apostles hari tu.
Stroll along the boardwalks ni... bestnya....
Rasa macam berterbangan hormon stress dalam badan 
Kami jumpa little penguins, sedang menyorok di laluan pejalan kaki
Dengan jelas kelihatan buih2 yang terjadi akibat ombak yang menghempas pantai. Ya Allah, banyaknya dosa kami bagai buih-buih di lautan. Ampunkanlah kami, matikanlah kami dalam husnul khotimah. Lindungilah kami dari melakukan perkara-perkara mungkar.

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Ini ayam ke itik ke burung ke
Hari dah nak gelap... kami menuju ke arah audi Penguin Parade
Jumpa lagi... ni penguin yang menunggu di daratan
belum tukar shift
Ini la tempat untuk memerhati penguin parade
Sebelah sana, dah penuh
Lokasi yang strategik adalah di tengah2 tempat laluan si penguin
Lama nak tunggu si penguin ni naik
Sementara tu, nikmatilah keindahan alam ketika matahari terbenam
Setelah lama menunggu, baru la cik penguin terkedek-kedek naik ke pantai
Kisah mengenai penguin ni akan saya ceritakan pada entry yang berikutnya.
Tak payah nak dok lama tunggu cik penguin tak keluar2 dari laut
Dah la sejuk kan, malu2 pulak tu nak keluar
Kat souvenir shop ni pun ada banyakkkk... colourful lagi... hahahaha
Ha... ni nampak cam agak ori... kikiki
Tengah menggigil2 kesejukan, minum hot choc.... bestnya!
Review saya... elok juga spend satu malam kat sini. Memang ada banyak aktiviti boleh di buat di Phillip Island. Memang tak sempat nak cover semua dalam satu hari... apa lagi kalau orang yang macam saya ni yang asyik keluar rumah lewat je... Hahahaha.

On the way balik, cari tempat untuk dinner. Kami makan di McD Dandenong.
Restoran McD Dandenong ada halal cert. Memang ada beberapa fast food restaurant macam McD dan KFC yang halal di sekitar Melbourne. Tidak susah mencari makanan halal di Melbourne.
Anak2 ni pun dah tertido dalam kelaparan dan kepenatan
Mengancam betul dessert ni
Yang saya makan ni - Angus burger. Sedapnyalah haaiiii
Kat Msia tak de ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan