Rabu, 2 November 2016

Percutian ke Melbourne (6)

Assalamualaikum....


Hari ni, jam 11.30 baru keluar rumah. Saya bercadang nak shopping2 dan jalan2 kat city je. Kalau bercuti di Melbourne, yang bestnya... ada banyak scenery cantik2 dan jugak boleh shopping2.

Di Melbourne je ada 3 Direct Factory Outlet (DFO). Kalau boleh saya nak pergi kesemuanya. Tapi, baru cover beberapa kedai dalam satu outlet pun dah makan separuh hari.... macam mana nak tour semua outlet. Anak2 pun naik boring layan ibu window shopping... agagagagaga.

Makanya... saya hanya pergi DFO Essendon je... yang paling dekat dengan rumah Suriati. 

Kat sini saya beli henbeg, corelle dan juga few things yang menarik perhatian anak2. Corelle kat sini murah giler2. Konsepnya, beli 2 set percuma 1 set. Pendek kata beli 3 sets lah... ada yang berharga Aud180 dan ada yang Aud120 utk 3 set. Yeahhhh... betul... 3 set! Kalau convert lebih kurang RM580 atau RM386 untuk 3 set. Tapi... saya beli satu set jaaaa sebab malas nak tambah kg untuk luggage.... Memang berbaloi2 beli Corelle kat sini, geng!

Selepas round2 cuci2 mata kat DFO ni, kami ke The Good Guys depan ni je sebab nak beli iron Phillip yang macam Amway jual tu. Kat sini tengah ada offer Aud299 then ada cash back Aud100. Wowowowowowwww. Tapi malangnya out of stock.... Tak pe la, esok cari kat outlet lain.

OK lah. Jom terus pi city.
Abang Aji park kereta di bangunan Southbank dengan rate Aud10 per hour (phewwww). Per hour tu... bukan per entry. Mula-mula sampai city, kami cari Mercy Mission Madinah untuk menunaikan kewajipan kepada Pencipta.
Malangnya, ia dah tutup. Tutup???? Adoi la... mana pulak nak solat ni. Boleh la solat di mana2 saja asalkan bersih... tapi dah tahu ada tempat yang proper, maka better cari sampai dapat. Maka Abang Aji pun google la... Rupanya, Mercy Mission Madinah dah berpindah 10 hari lepas. Alhamdulillah Abg Aji jumpa alamatnya yang terkini dalam google.
Mercy Mission Madinah yang dah tutup
Maka kami pun menapak la ke alamat yang baru.... dalam city ni jugak. Menapak sejauh 1.6km.... lenguh kaki akak anak beranak tauuuuu. Masa ni tak teringat pasal boleh naik tram foc within `free tram zone' ataupun naik city circle tram yang jugak free.

Tapi actually, bagus lah menapak ni... barulah dinamakan tour.. masuk jalan sana, keluar jalan sini... Kalau naik tram, laju je jalannya.... So... inilah beberapa keping gambar yang sempat saya snap sepanjang penapakan ini...
Yarra River
Melbourne CBD
Boleh naik free tram dari sini... hanya di kawasan free tram zone
Aaaaa.... memang ada dalam itinerary untuk mencuba Lord of The Fries ni
Tapi... balik kang lah sebab tengah rushing nak solat ni
Federation Square
Alhamdulillah... AKhirnya jumpa
Masih belum proper lagi sebab baru pindah, kan...
Ruang solat wanita
Bahagian luar bangunan
359, Exhibition Street, Melbourne
Kalau nak masuk city selfdrive, pastikan dah faham dengan `hook turn',
Kalau tak memang serah diri untuk dilanggar oleh tram.
Sejukkkk... tengok view ni pun dah teringat2 kesejukannya
Restoran Nelayan - Ada cert halal
`Gerai'
Tunggu tram percuma kat sini
Maka kami pun turun naik free tram ni hingga sampai ke destinasi
Tak larat nak menapak dahhh
Singgah sebentar membeli fries yang di target tadi... hehhe
Certified halal
Bersantai di tepi Yarra River dan....
... menikmati Lord of The Fries.....
Gambar satu @ Evan Walker Bridge 
Tengok tu... dia punya parking rate
Aaaa... ni lagi satu rate
Bersambung di Percutian ke Melbourne (7)....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan