Isnin, 7 November 2016

Doa Buat Anakanda Yang Akan Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum...

Sempena peperiksaan SPM yang akan bermula esok, saya kongsikan doa yang dikongsikan oleh sahabat saya melalui whatsapp.

#Perkongsian dari aplikasi whatsapp.

Gambar dari Google
Mulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah..

Allah  Allahurobbi, Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' (Yang Maha Mendengar),  Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan), Ya Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan) , Nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya.

Ya Allah Ya Haadi (Maha Beri Petunjuk), berikan petunjuk jawapan-jawapan bagi soalan peperiksaanya.

Ya Allah Ya Nuur (Maha Bercahaya), pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan peperiksaan dan persoalan kehidupannya

Ya Allah Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.

Allah ya 'Alim, Ya Hakim Ya Rashid
Ya Allah, kurniakan kepada anakku kefahaman  ilmu-Mu yang luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang di akhirat dan dunia ini...

Semoga anakanda ( nama anak kita) tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya. Aamiin Ya Rabb.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan