Ahad, 7 Oktober 2018

Assalamualaikum....

Blog... Saya rindu awak. Banyak yang saya nak cerita dan kongsikan di sini, tapi asyik tak sempat je....

Kak Youne.

Rabu, 11 Januari 2017

Warded: Fisio

Assalamualaikum...

Sambungan dari Warded: Pengalaman Pertama MRI dan Prosedur MUA
Hari ni saya dapat sarapan bubur oat, roti, sliced honey dew dan air teh. Tekak saya tak boleh terima bubur oat tu dan saya rasa nak milo... Saya cuba request untuk tukar bubur oat tu kepada yang lain (tak kisah apa) dan tukar air teh kepada milo.... tapi kakak penghantar makanan tu tak dapat memenuhi permintaan saya sebab semuanya dah disediakan cukup2 untuk patient. Hmm tak pe lah. Salah saya pun sebab ntah macam mana, semalam saya lupa nak tanda untuk menu breakfast.

Bila kakak tu collect balik tray, dia tengok air teh tu cam tu jugak...saya tak bancuh pun. Agaknya dia kesian, dia bagi saya milo... Alhamdulillah...
Dapat saya minum milo
Aktiviti pagi ni... fisioterapi untuk frozen shoulder ni. Cik misi pun bawa saya ke 1st floor untuk menjalani fisio.
Saya nampak ada notice yang mengatakan tak boleh bawa handphone dalam bilik rawatan. Saya tanya nurse, perlukah saya off atau flight mode kan hp saya ni. Dia kata tak payah. Maka saya pun jalankan lah hobi saya iaitu mengambil gambar.
Ini bilik fisio untuk exercise bahu
Alatan fisio 
Alatan fisio
Mula2, bahu saya diletakkan 4 electromagnetic pad dan bermula lah proses massage melalui aliran elektrik. Best sangat rasanya... rasa diurut2 dan ada rasa mencucuk-cucuk sedikit. Lepas beberapa ketika, diletakkan pula alat untuk memancarkan laser ke dalam bahu saya. Pesannya, jangan pandang cahaya tu sebab bahaya. Selesai laser treatment, heat pad di letakkan di bahu saya. Kemudian, menthol cream disapukan. Akhir sekali... saya diajar untuk membuat senaman ringan untuk frozen shoulder.
Selesai fisio, naik ke ward dan tadaaaa.... hidangan telah tersedia. Nyum2. Hahaha... perangai cam bukan orang sakit! Apa lagi... bersantap lah.
Hmm... kurang satu benda la... tak de sos
Alhamdulillah ada sos McD lebih semalam
Tak lama kemudian, Mak Su datang melawat saya dengan Azwan, Pak Pen, Khaira dan Kica.... Hilang rindu kat budak berdua neh. Dah lama tak jumpa... makin sihat nampaknya, alhamdulillah.
Susah betul nak ambik gambar dorang ni
Mak Su datang bawak donut Gloria Jeans... Makacihhh
Sebelah petang, buat fisio yang kedua. Kaedah yang sama diulang. Tapi, kali ni ada tambah satu lagi senaman bahu.... main tarik-tarik tali.
`Dewan' Fisio
Alhamdulillah... tak lama lepas saya naik, nurse inform saya akan dipindahkan ke single room. Aisey, lupa lak nak tangkap gambar bilik yang sebelumnya.
Actually, que untuk single room memang panjang. Semua nak masuk single room. Of course untuk lebih selesa, kan... kalau saudara mara datang, tak la mengganggu jiran tetangga.
Dan ini dinner saya malam ni... ngeh2
Tapi tak sampai hati nak makan, nak tunggu anak2 datang makan
Bersambung di...


Selasa, 10 Januari 2017

Warded: Pengalaman Pertama MRI dan Prosedur MUA

Assalamualaikum...

Sambungan dari Warded

Hari ni saya perlu berpuasa, mulai selepas breakfast sampai la ke saat dan ketika untuk menjalani prosedur. Ntah bila la prosedurnya nak bermula... dan saya hanya diberikan sarapan yang ni. Ini sahaja. Kenyangkah saya? Dah la saya memang tak lalu nak makan cornflakes dengan susu putih ni.
Akhirnya, saya turun ke cafe untuk beli something yang tekak saya nak... dan saya beli kuay teow goreng... Alhamdulillah... kenyangggg.
Saya warded memang bertujuan menjalani prosedur untuk frozen shoulder. Tapi, masa jumpa doc sebelum ni, doc ada kesan something kat lumbar (tulang belakang) saya.... maklumlah, tulang saya ni tak cukup bekalan kalsium. So... tadi saya pun buat MRI.

Setelah menukar pakaian yang sesuai, saya pun diarahkan berbaring di `katil bergerak' tu @ patient table. Pengendali mesin kata, saya kena dendiam kat dalam terowong tu nanti... jangan bergerak dalam tempoh setengah jam. Saya tanya... kalau gatal cam mana? Hahahah... dia gelak je.

Saya diselimutkan dan dipakaikan headphone. Saya agak... mungkin saya akan mendengar ayat2 suci/lagu2 melalui headphone ni bagi membolehkan patient relax. Kemudian, secara perlahan-lahan, saya dimasukkan ke dalam terowong tu. Perasaan saya? Agak gementar sebab terbayang2kan kuburan. 

Bila semua in place, keluarlah macam-macam bunyi bising... macam2 bunyi ada. Ohhhh... baru saya tahu, rupanya headphone tu berfungsi untuk mengurangkan efek bunyi bising tersebut. Tapi... lama kelamaan, keluarlah jugak ayat-ayat suci sebagai peneman. Yang saya perasan, surah pertama yang didengarkan adalah Surah An Naba. 

Bacaan surah belum habis, saya dah tertidur dulu... Lenyaplah perasaan gementar yang saya alami awal2 tadi. Hehehe...

Tu cerita tadi.... sekarang dah hampir pukul 7pm, saya belum di`apa-apa'kan lagi. Bila nak buat ni... Akak dah lapooo ni. Menu lunch tadi dah diselamatkan oleh Abg Aji.... dinner dah sampai ni.
 Bila boleh makan ni.... huhu

Selepas Maghrib saya di bawa turun ke OT untuk menjalani prosedur Manipulation Under Anesthesia (MUA). Tapi kena que dulu kat patient bay tu. Tunggu punya tunggu sampai terlelap... hahahah. Akhirnya, 9.45 pm barulah masuk ke dewan OT. Mulut saya ditekapkan gas.... dua tiga kali sedut, terus hanyuttt tak tau apa terjadi.

Tetiba kedengaran sayup-sayup nama saya dipanggil. Nurse panggil2 nama saya, kejutkan saya. Bila bangun, nampak muka Abang Aji... hehe. `Kol brapa dah ni bang?' Tanya saya... 10.25 malam. Ohhh... Dan tidak lama kemudian, saya ditolak ke dalam ward.

Mata rasa berat nak tido. Bahu kanan saya ni rasa lemah sangat. Mungkin kesan injection, atau kesan ubat bius ataupun sebab tangan kanan saya di di`exercise' masa saya pengsan tadi. Wallahualam.

Alhamdulillah.... selesai prosedur.

Nak tengok ke macam mana prosedur tu? Saya share dari youtube ye

Bersambung di Warded: Fisio...

Isnin, 9 Januari 2017

Warded

Assalamualaikum...


Dah berbulan, tangan kanan saya rasa sakit untuk diangkat, kadang-kala sakit berdenyut apabila terjaga dari tidur, nak garu belakang pun tak sampai, nak ikat rambut pun terasa sakit. Setiap kali nak pin tudung (belakang) pada baju, saya pasti meminta bantuan rakan sepejabat sebab tangan saya tak mampu melakukannya sendiri. 

Abg Aji dan rakan-rakan pejabat selalu suruh pi jumpa doc untuk check tapi saya ingat sakit ni sekejap je. Mulanya saya ingat sakit sebab salah tidur, tapi dah berbulan2 tak baik2 juga. Saya dah cuba berurut dan berbekam... pun tak jalan juga.  Masa berbekam pun saya ada jalani physio juga. Jurubekam beria2 cuba yang terbaik untuk saya... tapi macam tu jugak. Dia nasihantkan saya supaya berusaha untuk memulihkannya sebelum bahu saha menjadi `frozen shoulder'. Ngerinya dengar!

Akhirnya, saya mengalah... dan berjumpa dengan ortopedik Dato' Dr. Abd. Wahab Ghani, di Ampang Puteri (APSH). Masa jumpa doc tu... dia suruh la buat itu ini begitu begini. Lepas tu dia terus cakap - `frozen shoulder'. Hah? Saya ni datang nak buat rawatan sebab nak mengelakkan dari frozen shoulder tu la... alih2 doc cakap memang dah kena. Huhu. Sebelum jumpa doc, saya bayangkan saya hanya perlu ikuti fisio je... tapi kini saya dah membayangkan OT (operation theater).

Doc ada explained, nanti dia akan pengsankan saya... pas tu dia inject... pas tu dia akan `betulkan' tangan saya. Balik rumah saya tengok youtube... eeiioouuwwww macam ngeri je...aduhhh.

So, here I am. Esok mula lah prosedurnya... Ya Allah... semoga tak sakit... hahaha...   


Khamis, 17 November 2016

Alhamdulillah... Tahniah Adik!

Assalamualaikum...


Adik dapat 3A 3B. Sebenarnya ibu dan ayah dah tahu terlebih dahulu melalui khidmat sms. Mula-mula terima mesej tu, ibu terkejut jugak... bukan jugak.... memang terkejut dan tak percaya. Ibu doa2 agar adik tak sedih... agar adik tak kecewa.... Ibu dan ayah redho, inilah yang ketentuan Allah yang tidak pernah salah.

Alhamdulillah... tahniah adik, atas keputusan UPSR yang adik terima tadi. Walaupun tak dapat straight As, adik tetap cemerlang di mata ayah dan ibu. Ibu tengok adik cool aje... so ibu pun cool. Tapi ke`cool'an ibu tu tak dapat bertahan lama bila ibu  lihat....
  • kawan-kawan adik yang dapat 6A menangis mensyukuri keputusan cemerlang yang mereka dapat... Ibu menangis sebab ibu tumpang bangga...
  • kawan-kawan adik yang lain menangis kekecewaan.... Ibu menyelami kekecewaan mereka...
Lebih menyedihkan bila ibu lihat cikgu adik menangis. Mungkin cikgu juga rasa kecewa, sedih dan terkejut dengan keputusan ini.

Ibu nak ucap terima kasih pada cikgu2 adik semua sebab menganggap anak2 ini seperti anak2 sendiri, menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab, mendidik mereka dengan penuh dedikasi, membimbing mereka tanpa rasa jemu, menyayangi mereka seikhlas hati dan sabar dengan karenah mereka yang berwarna warni. Sebab itulah cikgu turut menangis bersama anak2 semua. Ya Allah, tersentuh sungguh hati ibu. InsyaaAllah.... saham akhirat buat cikgu-cikgu semua.

Cikgu yang sama mengajar kakak dulu
Terima kasih cikgu.... 

Isnin, 7 November 2016

Doa Buat Anakanda Yang Akan Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum...

Sempena peperiksaan SPM yang akan bermula esok, saya kongsikan doa yang dikongsikan oleh sahabat saya melalui whatsapp.

#Perkongsian dari aplikasi whatsapp.

Gambar dari Google
Mulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah..

Allah  Allahurobbi, Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' (Yang Maha Mendengar),  Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan), Ya Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan) , Nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya.

Ya Allah Ya Haadi (Maha Beri Petunjuk), berikan petunjuk jawapan-jawapan bagi soalan peperiksaanya.

Ya Allah Ya Nuur (Maha Bercahaya), pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan peperiksaan dan persoalan kehidupannya

Ya Allah Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.

Allah ya 'Alim, Ya Hakim Ya Rashid
Ya Allah, kurniakan kepada anakku kefahaman  ilmu-Mu yang luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang di akhirat dan dunia ini...

Semoga anakanda ( nama anak kita) tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya. Aamiin Ya Rabb.

Jumaat, 4 November 2016

Percutian ke Melbourne (8)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Melbourne (7)

Tepat jam 8am, kami memulangkan kereta yang disewa. Setelah diperiksa, alhamdulillah semuanya ok. Risau oooo kot2 ada yang tak kena... mahal bayarannya. Doa2 juga mudah2an tak de saman tersembunyi yang akan dikenakan kepada kami... Amiin. Kawan saya cerita, adiknya perlu membayar saman berjumlah hampir RM2k dan saman tersebut dihantar ke alamat di Malaysia.

Setelah selesai semua urusan, kami pun ke airport. Tiba waktunya untuk pulang ke gagang. Seriously memang best datang sini. Ada scenery yang Subhanallah memukau mata memandang dan ada jugak tempat shopping yang happening. 6 hari + 2 hari perjalanan tak cukup nak cover semua... banyak tempat yang kami tak pergi. 
Melbourne airport
Bubye... Terima kasih Suriati atas segala-galanya...
Tengah que untuk claim VAT
hanya untuk pembelian bernilai Aud300 dan ke atas
Hmmm... 1st time saya order longevity noodle dari Air Asia... sedap gak
Selama ni saya asyik order nasi lemak Pak Nasser je
Selesai sudah travelog percutian ke Melbourne saya... Alhamdulillah, terima kasih Allah...