Rabu, 11 Januari 2017

Warded: Fisio

Assalamualaikum...

Sambungan dari Warded: Pengalaman Pertama MRI dan Prosedur MUA
Hari ni saya dapat sarapan bubur oat, roti, sliced honey dew dan air teh. Tekak saya tak boleh terima bubur oat tu dan saya rasa nak milo... Saya cuba request untuk tukar bubur oat tu kepada yang lain (tak kisah apa) dan tukar air teh kepada milo.... tapi kakak penghantar makanan tu tak dapat memenuhi permintaan saya sebab semuanya dah disediakan cukup2 untuk patient. Hmm tak pe lah. Salah saya pun sebab ntah macam mana, semalam saya lupa nak tanda untuk menu breakfast.

Bila kakak tu collect balik tray, dia tengok air teh tu cam tu jugak...saya tak bancuh pun. Agaknya dia kesian, dia bagi saya milo... Alhamdulillah...
Dapat saya minum milo
Aktiviti pagi ni... fisioterapi untuk frozen shoulder ni. Cik misi pun bawa saya ke 1st floor untuk menjalani fisio.
Saya nampak ada notice yang mengatakan tak boleh bawa handphone dalam bilik rawatan. Saya tanya nurse, perlukah saya off atau flight mode kan hp saya ni. Dia kata tak payah. Maka saya pun jalankan lah hobi saya iaitu mengambil gambar.
Ini bilik fisio untuk exercise bahu
Alatan fisio 
Alatan fisio
Mula2, bahu saya diletakkan 4 electromagnetic pad dan bermula lah proses massage melalui aliran elektrik. Best sangat rasanya... rasa diurut2 dan ada rasa mencucuk-cucuk sedikit. Lepas beberapa ketika, diletakkan pula alat untuk memancarkan laser ke dalam bahu saya. Pesannya, jangan pandang cahaya tu sebab bahaya. Selesai laser treatment, heat pad di letakkan di bahu saya. Kemudian, menthol cream disapukan. Akhir sekali... saya diajar untuk membuat senaman ringan untuk frozen shoulder.
Selesai fisio, naik ke ward dan tadaaaa.... hidangan telah tersedia. Nyum2. Hahaha... perangai cam bukan orang sakit! Apa lagi... bersantap lah.
Hmm... kurang satu benda la... tak de sos
Alhamdulillah ada sos McD lebih semalam
Tak lama kemudian, Mak Su datang melawat saya dengan Azwan, Pak Pen, Khaira dan Kica.... Hilang rindu kat budak berdua neh. Dah lama tak jumpa... makin sihat nampaknya, alhamdulillah.
Susah betul nak ambik gambar dorang ni
Mak Su datang bawak donut Gloria Jeans... Makacihhh
Sebelah petang, buat fisio yang kedua. Kaedah yang sama diulang. Tapi, kali ni ada tambah satu lagi senaman bahu.... main tarik-tarik tali.
`Dewan' Fisio
Alhamdulillah... tak lama lepas saya naik, nurse inform saya akan dipindahkan ke single room. Aisey, lupa lak nak tangkap gambar bilik yang sebelumnya.
Actually, que untuk single room memang panjang. Semua nak masuk single room. Of course untuk lebih selesa, kan... kalau saudara mara datang, tak la mengganggu jiran tetangga.
Dan ini dinner saya malam ni... ngeh2
Tapi tak sampai hati nak makan, nak tunggu anak2 datang makan
Bersambung di...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan