Isnin, 9 Januari 2017

Warded

Assalamualaikum...


Dah berbulan, tangan kanan saya rasa sakit untuk diangkat, kadang-kala sakit berdenyut apabila terjaga dari tidur, nak garu belakang pun tak sampai, nak ikat rambut pun terasa sakit. Setiap kali nak pin tudung (belakang) pada baju, saya pasti meminta bantuan rakan sepejabat sebab tangan saya tak mampu melakukannya sendiri. 

Abg Aji dan rakan-rakan pejabat selalu suruh pi jumpa doc untuk check tapi saya ingat sakit ni sekejap je. Mulanya saya ingat sakit sebab salah tidur, tapi dah berbulan2 tak baik2 juga. Saya dah cuba berurut dan berbekam... pun tak jalan juga.  Masa berbekam pun saya ada jalani physio juga. Jurubekam beria2 cuba yang terbaik untuk saya... tapi macam tu jugak. Dia nasihantkan saya supaya berusaha untuk memulihkannya sebelum bahu saha menjadi `frozen shoulder'. Ngerinya dengar!

Akhirnya, saya mengalah... dan berjumpa dengan ortopedik Dato' Dr. Abd. Wahab Ghani, di Ampang Puteri (APSH). Masa jumpa doc tu... dia suruh la buat itu ini begitu begini. Lepas tu dia terus cakap - `frozen shoulder'. Hah? Saya ni datang nak buat rawatan sebab nak mengelakkan dari frozen shoulder tu la... alih2 doc cakap memang dah kena. Huhu. Sebelum jumpa doc, saya bayangkan saya hanya perlu ikuti fisio je... tapi kini saya dah membayangkan OT (operation theater).

Doc ada explained, nanti dia akan pengsankan saya... pas tu dia inject... pas tu dia akan `betulkan' tangan saya. Balik rumah saya tengok youtube... eeiioouuwwww macam ngeri je...aduhhh.

So, here I am. Esok mula lah prosedurnya... Ya Allah... semoga tak sakit... hahaha...   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan