Kisah ini merupakan sambungan dari Percutian ke Bandung (4)
14 April 2015 (Selasa)
Hari ni adalah hari terakhir kami di Bandung. Tak ada nak ke mana-mana hari ni... just santai-santai dok dlm bilik... Ehh... sebenarnya ada hati nak mengulang ke Pasar Baru cuma takut tak sempat nak kejar flight kang.... sebab flight dlm kol 11 lebih.
Jam 8 am kami pi sarapan. Sebelum sarapan, kami mintak receptionist call kan teksi blue cab. Hari ni kami tak booking Pak Yayat sbb hrg yg Pak Yayat lebih mahal dari tambang cab. :P
Sarapan saya yang terakhir di sini
Kebiasaannya, setiap hari memang ada penjual perseorangan yang akan menjual mcm2 bentuk souvenirs di hadapan lobby Orange... tapi saya tak pernah ambik pot pun.... Tapi hari ni, macam tertarik pulak dgn barangan yang dijualnya... iaitu pen dakwat hitam basah yang terukir tulisan `Bandung'. Dakwatnya cantik, dan yang buat saya terlekat tu ialah, dia boleh engrave kan nama kita pada pen tu dan harganya amat reasonable iaitu IDR20k untuk 3 batang pen. Maka saya pun tempah untuk 3 orang anak dara saya.... terlupa pulak nak tempah untuk suami saya... erkk..
Blue Cab
Naik cab, ada hati lagi bertanya2 pada Pak Supir sama ada sempat tak singgah di Pasar Baru... Sabo jek la.... Tak singgah pun...
Sampai di airport, terus angkut barang ke dalam...masuk2 je terus kaunter check in. Bersetentang dengan kaunter check in, ada la beberapa kedai yang menjual mcm2 dgn hrg yg lebih tinggi... Standard la... airort la katakan...
Bersesak untuk check in
Husein Sastranegara Airport
Okkeh... Alhamdulillah, akhirnya kami semua selamat pulang ke tanah air tercinta...
Ni saya nak tunjuk pisang molen ke bolen tah... yang dibeli di Kartikasari. Saya tak pernah makan tp Cik S kata sedaaappppp... Kawan kami, Cik Nad pun kirim melalui Cik S.... Hmm, memang sedap jika makan panas2... rasa pisang dia kelat2 sikit... agaknya dia guna pisang muda kott...
Yang ni pulak, beberapa jenis kerepek keropok yang saya beli dari Pasar Kosambi.
Itu lah dia... kenangan saya berlibur di Bandung bersama2 Cik M dan Cik S. Terima kasih Allah kerana en. suami memberi peluang kepada saya untuk bercuti bersama kawan2 saya.
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan