Ahad, 2 Oktober 2016

Cuti-cuti Taiping | Jalan-jalan

Assalamualaikum...

Sambungan dari Cuti-cuti Taiping | Wedding Yap


Tepat jam 11 am, kami checked out from Tune. Aktiviti pertama yang nak dibuat pada hari ini adalah mencari medan selera Cashier Market as recommended by my officemate. Cashier market? Kenapa dinamakan sebegitu? Ramai sangat cashier kah? Kali ni tak nak cari mee udang Mak Jah Kuala Sepetang dah sebab sebelum ni dah pergi. Rasanya? Hmmm... biasa-biasa je.

Cuba cari guna waze type perkataan cashier market, memang tak jumpa. Tapi jumpa perkataan Casual Market. Confused ai kejap. Takkan tempat famous tak listed in waze kan? Akhirnya lokasi dikenal pasti melalui laman FB cashier market, yang terletak di Jalan Panggung Wayang.

Bila tengok waze dan compare dengan FB, cashier market was named as casual market in waze. So I assumed cashier market = casual market. Mungkin nama asalnya adalah casual market but when pronounced with different dialect, maka jadilah cashier market.



We parked our car here

Di sinilah Casual Market aka Cashier Market


Memang ramai orang

Meriah - macam2 makanan ada... nak cuba yang mana ni

Finally saya order mee combat
Excited nak tengok macam mana rupa mee combat ni

Dan juga popia basah Ella


So inilah rupanya mee combat. Mee goreng mamak rupanya.....
Rasanya boleh tahan... cuma kalau campur cili kicap dan asam limau, mesti lebih terangkat! Sepinggan RM4.00.

Popia Ella... memang sedap. 50 cent each.

Air tembikai laici gelas besar RM2.50
Air kelapa gelas besar RM2.00

Nak rasa sate Basri tapi masih tutup. Nak rasa pasembor tapi perut dah kenyang. Lepas kenyang.... kami ronda-ronda sekitar pekan Taiping. Kawan2 ada cadangkan pergi cari kuay teow Doli, tapi perut ni rasa dah kenyanggg je.. Malam tadi kenyang makan yong tau foo... Siang ni kenyang makan kat casual market. 

Pusing2 kat lake garden lagi... semalam nak pusing2 dah senja

Memang sesuai untuk berpiknik di sini

Ada banyak kawasan yang luas dan redup

Pemandangan pun cantik

Sejuk mata memandang

Nampak orang ramai berjalan kaki menuju ke suatu arah...
Rupanya nak masuk Zoo

Parking memang susah nak cari

Penuhhhhh je...

Bestnya rehat2... santai2

Panas-panas cam ni pun ada yang main sampan

Destinasi seterusnya adalah Taiping War Cemetery yang terletak berhampiran kaki Bukit Larut (Bukit Maxwell), tak jauh dari taman tasik tadi. Kawasan kubur ni, menempatkan jasad-jasad tentera yang gugur semasa perang dunia ke2. 

Mulanya, saya agak pelik bila melihat kawasan kubur ni seolah terbahagi kepada 2 yang dipisahkan oleh jalan raya. Kubur di sebelah kanan saya, tersergam jelas lambang salib. Manakala kubur di sebelah kiri, terdapat tulisan jawi. Binaan kubur pula sama saja semuanya, cuma susunan berbeza.

Tiba-tiba, ada seorang pengunjung lain bercerita pada saya, mengatakan yang sebelah kanan ini, semuanya kubur Kristian yang mungkin menempatkan para pembesar British. Yang sebelah kiri pula, bercampur... kubur Islam (Gurkha) dan bukan Islam (India / Sikh). Kubur Islam di tempatkan menghadap kiblat.   


Taiping War Cemetery
Di sebelah sini, kubur Islam 
Tulisan di kubur menggambarkan kepunyaan umat Islam

Di sebelah sini - kubur Kristian.
Ada salib besar di tengah2 yang tidak kelihatan dalam gambar ni

Terus ke depan, sampai ke kaki bukit Larut aka Bukit Maxwell

Kalau nak naik, kena naik kenderaan yang disediakan (berbayar) dan kalau nak bermalam di atas, kena bawa makanan siap-siap. Kemungkinan besar tiada restoran di atas sana. 

MRSM Taiping - juga berdekatan dengan Lake Garden



Kami ber4 je... tak cukup korum

Stesen keretapi lama Taiping

Bila melihat stesen keretapi lama Taiping, saya teringat stesen keretapi lama di Dunedin, NZ yang pernah kami lawati bulan Mei yang lalu. Di sana, kami beria sakan bergambar, tak kan di sini tak nak pulak kan?

Stesen keretapi lama Taiping ni, kebanyakan dah jadi gerai makan yang tak begitu ramai pengunjung. Hanya ada sebuah kawasan kecil yang dijadikan galeri yang bercerita dan menyimpan gambar-gambar lama berkenaan sejarahnya. Bangunan stesen ni, masih kukuh mungkin disebabkan telah dibaik pulih untuk pemuliharaan kesan sejarah. Bayangkanlah, ia dibina pada tahun 1882 dan dirasmikan pada tahun 1885, yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang).






kantasaya.blogspot.com
Mesin jahit lama yang diberi nafas baru

Stesen keretapi sekarang terletak bersebelahan dengan stesen keretapi lama
Masih menggunakan laluan yang sama tapi track yang berbeza (of course)
  
Di seberang jalan stesen keretapi ada warung yang menjual kuih muih
Saya beli cucur udangnya.... sedap!

Bentuk cucur udang macam udang goreng tepung... serius!
Dengan harapan, bila gigit... adalah seekor udang di dalamnya.... hahahah
Jangan harap la. Ini cucur udang... bukan udang goreng tepung


Perjalanan diteruskan ke Muzium Perak


Muzium Perak ni, adalah muzium pertama yang ditubuhkan di Malaysia tau. Saya baru tau... hehehe. Di sebelah luar muzium, ada pelbagai koleksi warisan khazanah negara seperti pesawat F-86 Avon Sabre milik TUDM, koc keretapi, meriam Long Jaafar, kereta antik Rolls Royce dan sebagainya.

F-86 Avon Sabre
Kereta antik 

Info penting. Murah je tiketnya.
Muzium ni ada 4 galeri iaitu Galeri Pameran sementara, Galeri Alam Semulajadi, Galeri Pameran Kebudayaan, Galeri Pameran Masyarakat Orang Asli dan Koleksi Tembikar. 
  
Galeri Pameran Sementara menempatkan pameran sementara mengikut jadual berkala based on tema

Di Galeri Alam Semulajadi - ada banyak koleksi spesimen rangka
Ini rangka primat - spesis yang berkaitan lemur, monyet dan beruk





Rangka Gajah




Galeri Pameran Kebudayaan  



Pameran masyarakat orang asli

Pelbagai Koleksi Tembikar


Souvenir shop mesti ada

Teringat masa di Te Puia, Rotorua dulu juga ada dipamerkan canoe 
Sekian sahaja buat kali ini. Ingat tadi nak pi jenguk Equine Park tapi dah tak sempat dah. Dah pukul 3 pm ni, masa untuk balik ke KL. Ingat sampai sana nanti, nak pi singgah jenguk kakak kejap. InsyaaAllah.....

Terima kasih Allah atas rezeki dan kesempatan yang diberi. Alhamdulillah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan