Jumaat, 28 Oktober 2016

Percutian ke Melbourne (1)

Assalamualaikum,

Sambungan dari Percutian ke Melbourne (Persediaan)

Tibalah tarikh yang dinanti-nantikan. 28 Oktober dah tiba. Hari ni saya sekeluarga akan berangkat ke Melbourne jam 10.10 am menaiki pesawat Air Asia D& 212. Abg Aji dropkan kami di KL Sentral dan terus parking kereta di opisnya (@Menara TM). Then abg ke KL Sentral dengan menaiki LRT. Selesai menunaikan solat Subuh di KL Sentral, saya membeli tiket Skybus ke KLIA2. Memang banyak penjimatannya berbanding menyewa cab dari rumah ke KLIA2.

Kali ni bas fenuhhh
Tiba di KLIA2 jam 7.45 am
Masa saya buat web check in, agak pelik juga bila saya diminta untuk menyatakan bilangan luggage yang akan di check in dan diminta untuk printkan luggage tag. Saya pun tak pasti berapa banyak luggage yang saya nak check in. Macam mana pulak la nak tampal luggage sticker ni kat beg nanti sebab saya bukannya print kat kertas perpelekat. Haih... poning acik. Nak tanya kat AA pulak, mesti banyak buang masa nak tunggu giliran nak live-chat dengan staff AA. Dorang mana ada guna telepon2 bagai ni.

Bertambah2 pelik bila perjalanan balik dari Melbourne ke Malaysia - tak de pulak arahan untuk berbuat demikian. Rupa2nya, hanya direct flight dari Malaysia je diminta berbuat demikian. Jika ke Malaysia, tak perlu.    

Saya beli luggage 40kg pergi dan 40kg balik. Maklumlah, dah serik sebab masa kat NZ tu, beg hand-carry saya telah dipilih untuk ditimbang bagi memastikan beratnya tidak melebihi 7kg. Saya ingatkan, kali ni beli 40kg consider banyak sangat dah tu. Masa pi NZ dulu saya beli luggage 25kg je (pergi dan balik). Tapi kali ni, 40kg pun tak cukup jugak... Ada gak lebihan 1.5kg. Alhamdulillah staff AA tak cakap apa2pun.

Masa beratur nak check in luggage, nampak notis ni terpampang
Sian... Beli henpon mahal2 tapi tak dpt pulak nak bawak masuk flight
Syukur alhamdulillah... selepas 8 jam dalam flight, kami tiba di Melbourne lebih kurang tepat jam 9pm waktu tempatan. Perbezaan waktu dengan Malaysia adalah 3 jam lebih awal. Urusan di imegresen juga berjalan lancar dan pegawai imegresen pun tak banyak soal. 

Sebenarnya kami tersilap masuk laluan keluar (selepas collect luggage) dan ditahan oleh salah seorang pegawai bertugas. Mesra orangnya dan tanya lebih kurang, semak senarai makanan yang kami bawa dan terus cop declaration form. Maka kami boleh terus exit tanpa perlu beratur panjang. Anjing pun tak ada. Dulu, masa kami datang sini (1999), luggage kami hampir dicium oleh anjing2 pengesan ni. Tapi kali ni, alhamdulillah... tak nampak pulak anjing-anjing ni. Mungkin sebab dah malam.


Dah berapa kali pusing daaaa... kotak kami tak jugak keluar2
Cuma... kotak keropok kering kami hilang entah ke mana. Puas ditunggu namun tak kunjung tiba. Puas abg aji cari ke hulu ke hilir, rupanya tersesat nuuunn di kejauhan sana. Disebabkan itulah kami lewat nak ambil kereta yang telah dibook awal dari Malaysia. Company tu tutup operasi jam 10pm. 

Alhamdulillah akhirnya ketemu juga dengan kotak keropok kering tersebut
Keluar je dari arrival hall, terus beli sim card Optus $30 untuk 3GB data, with unlimited call and sms. Nak guna waze je pun....




Sejukkkkk... suhu below 10 degree

Tiada ulasan:

Catat Ulasan