Sabtu, 1 Oktober 2016

Cuti-cuti Taiping | Wedding Yap & Jalan-jalan Zoo

Assalamualaikum...


Hari ni, pukul 7 pagi kami sefamili dah bertolak dari rumah nak ke Taiping sebab nak attend majlis perkahwinan Yap (anak buah). Ooopps.. not sefamili sebab kakak couldn't join us sebab she'll be having final exam next week. Akad nikahnya semalam, tapi disebabkan Erin ada exam PSRA, makanya kami hanya bertolak hari ni...majlis resepsi sebelah pengantin perempuan.

Jam 9.30 am, dah hampir sampai ke homestay yang disewa oleh Along (sepupu saya ie ibu pengantin lelaki aka Yap). Tapi, perut dah berkeroncong nak breakfast, makanya kami pun sarapan dulu kat kedai Hj. Midin Murtabak ni.

Kat homestay pun ada breakfast, tapi takut dah abih lak
Dalam jam 10.00 am, dah selesai makan... makanya perjalanan diteruskan ke homestay. Nama homestay - Leisure Home Taiping, beralamat di No 8, Lorong PS 16/39, Kampung Tersusun, Kampung Boyan Baru, Taiping.

Ni homestaynya

Along sewa sampai 4 buah 

OK... ready nak hantar Yap

Majlis Perkahwinan Yap dan Fatin

Diadakan di dewan sekolah Dr Burhanuddin

Selamat Pengantin Baru....

Selesai semua, saya sefamili ke Tune Hotel, tempat kami bermalam. Ini kali ke2 kami menginap di sini. Saya suka dan puas hati. Saya booked satu malam sahaja. Harga yang saya bayar adalah RM219 untuk sebuah family room yang besar (ada 2 katil bersaiz queen). Of course ini bukanlah tempahan yang dibuat last minute. 



Hotel Tune, Taiping - tiada konsep add-on. Bermakna, harga yang dibayar dah termasuk towel, toiletteries, aircond, hair dryer dan wifi. Semuanya untuk 4 orang. Sangat sesuai untuk mereka yang travel budget2 macam saya ni. Anak-anak pun dah besar, tak minat nak masuk swimming pool dah... I mean, swimming pool is no longer as one of the main criteria when choosing hotel room.  

Tune Hotel, Taiping

Cozy lobby

2 queen size beds

Spacious room

Neat and tidy

Spacious bathroom

Got sofa bed some more

View from our room

Semuanya best melainkan ada 2 benda je yang saya kureng sikit iaitu towelnya agak kepam / lusuh (tapi still berbau wangi) dan dustbin hanya ada dalam bathroom. So, kalau ada orang guna bathroom, maka kenalah tunggu untuk buang sampah ye.

Okkeh. Lepas rehat2 dan solat, jam 4.30 pm kami keluar ke Zoo Taiping. Susah nak cari parking, semua tempat penuh. Mintak Allah je yang tolong kami agar semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah, akhirnya dapat parking nearby zoo area, and paid RM3 for parking fee. Almost 5 pm baru dapat masuk zoo.. Hehe, memang purposely nak masuk petang2 pun supaya tak panas. 



Senang je nak cari zoo ni, dalam kawasan Taman Tasik Taiping yang popular tu. Mulanya berkira-kira jugak... nak masuk zoo time siang ke... malam ke... Kalau masuk siang, kot panas (time ni memang panas). Kalau masuk malam nanti (Night Safari), tak nampak sangat pulak. Selepas ditimbang tara oleh diri sendiri, maka saya memilih untuk masuk siang. Dah petang-petang macam ni, mesti tak panas dah.  



Harga tiket - RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Katanya, zoo tutup jam 6 pm, tapi kalau dah masuk... paling lewat kena keluar before 7.30 pm. Masuk2 je zoo.... nampak que panjang untuk naik mini train. Maka, kami pun beratur la nak naik train jugak....

Dah petang2 pun ramai gak

Semakin ramai

6th trip, baru kami dapat naik. 

Best wo naik tren ni... adalah dalam 20-30 minit. Bawak pusing keliling zoo... Tapi, tak puas la naik tren ni sebab tak dapat nak tengok dan bergambar dengan haiwan-haiwan ni secara dekat. Kena jugak jalan kaki... barulah puas hati. 



Besar gak zoo ni. Menurut website Zoo Taiping, keluasannya 34 ekar, menempatkan 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Yang bestnya, ada banyak pokok-pokok besar, tasik-tasik, anak sungai... so insyaaAllah tak la terasa sangat panas membahang jika berkunjung ke sini. Ada banyak monyet ke beruk ke atau yang sewaktu dengannya.... berkeliaran merata-rata. Agak mengerikan sedikit la jiwa famili saya ini kan sebab ada sejarah silam dengan spesis mereka yang mengganas.  


Jom layan beberapa keping gambar di sini.



Memang buaya ni kaku beku macam batu....
standby je nak melibas mangsa agaknya


Binturong




Redup je






Amboihhhh... rehatnya dia


Merata-rata ada spesis ni








Ini badak sumbu - rhinoceros (agaknya la)



Abang Aji, tungguuuuu

Sedang kami dok memerhati badak air yang sedang berendam dalam air (nampak sikiiitttt je belakang dia), tiba-tiba dengar ada orang memanggil-manggil.... and these two creatures moved slowly to the lakeside.





Beso nya nganga

These are hippopotamus I guessed

Besarnya la hai mulut dia, and look at the canine tooth

Aaaaaa syiannya... dia ingat kita nak bagi food ke apa

Beratur masuk kandang



Ok... pukul 7 kami dah keluar
Rasa tak cukup masa been there from 5-7 pm

Tinjau sebentar kawasan sekitar

Looking for yong tau foo behind just balai bomba

packed with people





Memang sengaja suruh asingkan kuah sambal
tapi tak sangka pulak begini kejadiannya... hihi
Bersambung di Cuti-cuti Taiping | Jalan-jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan