Selasa, 18 Oktober 2016

Fiske Steak House

Assalamualaikum...


Ini kali ke2 saya dan famili makan di Fiske Steakhouse yang terletak di Taman Desa Keramat. Kalau dah datang kali ke2 tu... maknanya, kena la dengan selera saya tahap orang2 biasa ni kan.


Saya datang sejurus selepas solat maghrib, jadi tak susah sangat nak cari parking. Kalau datang lewat sikit, kena susah payah sikitlah nak mencari parking.

Saya suka suasana restoran ni dan decorationnya pun cantik. Boleh pilih nak duduk dalam restoran yang ber ekon atau pun duduk di luar. Selesa jugak duduk luar tu sebab kipasnya merata.... insyaaAllah tak panas.




Air kosong free flow. Kalau tak salah saya, mereka guna Coway. Servisnya pun pantas.... dalam 5 minit dah sampai. Cuma kalau order salmon steak tu, lambat sikitlah... tapi tak la lama sangat. Sementara tunggu salmon tu sampai, boleh ngap2 makanan yang lain2 dulu... hahahah. 

Makanannya? Bagi tahap saya orang2 biasa ni - sedap! Tak lah setanding dengan restoran2 mahal, tapi berbaloilah dengan apa yang dibayar. Harga makanan pun ok... paling mahal pun RM25 (mix grilled). Kalau macam fish n cips, steak, chicken chop dll tu harganya dalam RM14 - RM15. Harga kek RM10 each... kek sedap cuma tak lah moist sangat.... tapi bagi saya tetap sedap. Ooopps... ada jual set asam pedas jugak... RM12 kalau tak silap, consists of nasi, asam pedas, ulam dan sirap selasih.

Masa datang kali pertama, staff yang ambil order tu macam tak best sikit. Tapi yang kali ke2 ni, staff yang entertain kami tu bagus.



Okkeh. Antara makanan yang saya order..... (ada yang tak disnap gambarnya)

Spagetti

Lamb chop

Salmon steak



Nutella cheese

Waffle

Cookies n cream (tak ingat)

Apple cheese
Keseluruhannya, saya puas hati lah dengan restoran ni. Tak keberatan untuk repeat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan