Assalamualaikum...
Hari ni, seharian siang saya dan Abang Aji mengemas rumah. InsyaaAllah Jumaat ni kami sekeluarga nak berkelana lagi. Makanya, rumah perlu dibersihkan dahulu (vacuum dan mop) sebelum ditinggalkan. PENTING untuk meninggalkan rumah dalam keadaan kemas. So, nanti bila balik rumah tak la serabut kepala tengok rumah berhabuk sana-sini.
Dah berpenat-penatan, petangnya kami ke area Masjid India untuk tukar duit. Kelihatan seperti ada pasar malam kaum India kat sana. Agaknya la... sebab saya tengok para peniaga dan 80% pengunjung adalah dari bangsa tersebut. Jalan sesak dan sukarnya mencari parking.
Dah selesai tukar duit, kami bersolat Maghrib di Masjid Kampung Baru. Subhanallah.... cantiknya masjid ni. Berubah sungguh-sungguh. Nampak sangat kami dah lama tak melalui kawasan ni.
Ruang solat yang besar dan berhawa dingin Sungguh selesa |
Selesai solat, perut pun dah lapar. Tiada spesifik tempat untuk dituju, akhirnya kami makan di restoran Chop & Steak, Kampung Baru. Restoran ni terletak kat area belakang masjid je.... Ini bukan kali pertama kami makan di sini, sudah berkali-kali tapi dah laaaamaaa tak datang sini.
Muka depan restoran |
Cashier kat dalam kapal tuh |
Dulu-dulu, masa kami datang - restoran ni penuhhhh dengan orang ramai sehingga kami pernah makan nuuunnn di ceruk belakang sana sebab tak de tempat kosong. Harga makanan pun murah dan yang paling best (bagi saya) adalah jus mangganya. Tapi kali ni, masa kami sampai ada banyak ruang kosong. Mungkin sebab awal lagi kot (sebab kami datang right after solat Maghrib kan).
Makin lama, makin ramai yang datang Tapi tak la full house macam dulu2 |
Menu |
Antara minuman / makanan yang kami order...
Air tembikai, mangga, durian belanda, milo ais |
Mix steak |
Lamb chop |
Rib Steak |
Overall... ok lah, not bad. Harganya pun berpadanan dengan makanannya. Servis pun cepat, tak perlu tunggu lama. Mungkin sebab tak ramai orang kot.
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan