Assalamualaikum...
Sambungan dari Percutian ke Melbourne (1)
Hajat dari Malaysia - setiap hari nak keluar seawal pagi supaya dapat fulfill semua yang saya rancangkan dalam itinerary. Tapi... 1st day lagi dah gagal. Hampir pukul 11 am, baru keluar rumah. Ye lah kan, malam tadi dah sampai lewat dek menunggu keropok kering yang tak muncul2. Lepas tu, pagi ni baru nak packing baju dan barang2, persediaan untuk bermalam di sana. Masak2 lagi... makan2 lagi...
Oh ye, selain tu pagi ni baru ambik minivan yang telah ditempah awal dari Malaysia... yang sepatutnya diambil malam tadi. Suriati yang hantar kami pi collect kat office East Coast Car Rentals, beralamat di 2 Tarmac Drive, Tullamarine.... berdekatan dengan airport.
|
Office East Coast Car Rentals |
Alhamdulillah, urusan berjalan lancar. Staff di sana offer variety insurance tambahan (optional) yang berbayar... tapi kami tak ambik pun. Kami just ambik yang basic cover je. Company ni tak terima cash, so kena bayar melalui kad kredit. Selain tu, kami dikenakan pre-authorisation atau `bond' sebanyak $1000 dan `bond' tu akan direleasekan semula dalam tempoh 21 hari (sebab international issued credit card). Kalau local card, mungkin release dalam 5-7 business days je.
Saya pernah terbaca, kalau tak nak kena `bond' tu, kita boleh ambik insurance tambahan yg full coverage rasanya.. ala pendek cerita yang paling mahal la. Memang la hebat coveragenya (jika apa2 terjadi) tapi tak pe la... nak bajet punya pasal kan... dengan doa agar Allah sentiasa melindungi kami daripada kejadian-kejadian buruk ni.
|
So inilah dia... 8 seater minivan cap Hyundai Imax... |
Selesai urusan mengambil kenderaan, kami kembali ke rumah Suriati di Glenroy... bersiap2. Dah lewat sangat bertolak ni, haruslah tak sempat nak cover keseluruhan GOR.
|
Masuk free way |
|
Lalu ladang2 |
Perjalanan dari Glenroy ke tempat persinggahan pertama iaitu GOR Choclaterie and Ice Creamery mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Masuk adalah percuma. Ramai sungguh pengunjung di sini... nampak parking macam penuh.
|
Muka depan kawasan |
|
Kawasan parking yang luas |
|
Belum masuk dah nampak ice-cream yang mengancam dan menggoda |
|
Bila masuk... lagiiii tergoda... percuma merasa Berulang2 anak2 ni merasa |
|
Macam2 coklat ado |
|
Yang ni tak disenaraikan ingredients... tak yakin nak beli |
|
1 metre long choc bar |
|
Nyum nyummmm |
|
Lip balm berperisa coklat |
|
Tekun acik uli coklat |
Setelah hampir 45 minit kami spend time di sini, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di sebuah tasik yang cantik di Angelsea
|
Cantik... tapi airnya asidic... |
|
Tak boleh berenang di sini sebab akan mengakibatkan kegatalan kepada mata dan kulit. |
|
Nice view along the road... Subhanallah |
|
Berhenti di kawasan rekreasi Point Roadknight |
|
Sejuk2 ni pun ada gak yang nak mandi |
|
Cantiknya la haiiii.... |
|
Akhirnya sampai di Memorial Arch Eastern View |
|
Wajib posing di sini sebab semua orang pun buat... hahahah Sebagai tanda korang dah sampai sini |
|
Diceritakan sejarah Memorial Arch ni |
Memorial Arch ni dibina sebagai tanda penghormatan kepada servicemen Perang Dunia Pertama yang membina GOR ni.
"Three thousand Australian returned soldiers and sailors of the First World War (1914-1918) built the Great Ocean Road)
|
Di sinilah permulaan GOR |
GOR ni sebenarnya refers kepada perjalanan menyusuri pantai sejauh 244km bermula dari Torquay hingga ke Allansford (berhampiran Warrnambool). Sepanjang perjalanan ni, ada banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik dan memukau mata memandang. Bagi saya, tempat yang paling menarik antara yang paling menarik (hehe) adalah 12 Apostles.
Sebenarnya, kalau nak cepat sampai ke 12 Apostles, boleh je ikut jalan dalam yang mengambil masa tak sampai 3 jam untuk sampai. Tapi... rugilah kan... tak dapat nak menikmati keindahan sepanjang jalan di GOR... tak dapat nak singgah tempat2 yang best... Kalau ikut jalan sepanjang pantai ni pula, kena peruntukkan masa 5-6 jam untuk sampai ke penghujungnya (tertakluk kepada berapa lama nak ambik masa ketika pit stop)
So, kami buat macam ni... masa pergi ikut jalan sepanjang pantai GOR dan bila balik keesokannya kami ikut jalan dalam... so boleh singgah ke Sovereign Hill di Ballarat.
Tengoklah ni... kenyang dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan... cantik-cantik.
|
Berhenti di Wye River Tourist Park |
|
Ramai berpiknik di sini... Sejuk2 ni? Ye... sejuk2 ni |
|
Nampak tempat kosong di sini... ingat nak bukak bekal tapi tak jadi Sebabnya nampak anjing... huhu |
|
Berhenti pula di Kennett River |
Di Kennett River, ada hidupan liar yang jinak (apakah ayat ini?). Boleh tengok percuma je... Merata-rata ada. Ada burung2 cantik berwarna warni, cockatoo, koala... Burung2 ni jinak sangat dan bertepek je kat kita kalau kita sua kan makanan... doa2 jangan dia melepaskan hajat kat kita, sudahlah. Kalau koala pula.... nuunnn jauh di atas pokok. Tengok dari kejauhan je la.
|
Makanan burung boleh dibeli dari kedai berhampiran dengan harga $2. |
|
Encik koala di atas sana... buat apa tu.... titon ka? |
|
Seronoknya Dania... Alhamdulillah. |
Di sini, ada kawasan yang sangat cantik untuk berkelah... ada meja dan tempat duduk... ada sungai yang mengalir tenang....
Percaya atau tidak, saya dah pernah sampai ke tempat ni dalam mimpi saya lama dulu.
Bila saya tiba di sini, puas saya fikir... macam kenal je tempat ni. Rupa-rupanya saya pernah tiba di sini dalam mimpi... hihihi. Percaya tak? Dalam mimpi tu, saya sedang mencari tempat duduk untuk buka bekalan makanan (berkelah) dan tiba di sini. Malangnya, saya tak dapat nak berkelah di sini sebab ada seseorang menghalang (secara baik). Dan perkara yang sama berulang di alam nyata. Subhanallah.
Sebenarnya, ada function akan diadakan di sini. Sebab itulah kami tak boleh bukak bekal di sini sebab mereka sedang buat preparation untuk function tersebut.
|
Tempat parking di Kennett River |
|
Perjalanan diteruskan |
|
For sale. Nak beli? |
Akhirnya kami tiba di Apollo Bay... Di sini ada restoran Iluka yang menyajikan makanan halal tapi kami dah siap bawa bekal dari rumah. Kawasan ni jugak sesuai untuk berpiknik dan bersolat. Ada kemudahan tandas.... meja dan kerusi untuk buka bekalan makanan. Sekarang ni pun dah pukul 5.30 pm... memang dah melepasi waktu lunch... Hehe....
|
Makanan simple je... tapi sedap ya amat |
|
Bahagia dapat makanan |
|
GOR Walk 912 |
Dah kenyang, dah solat... maka perjalanan diteruskan tepat pada pukul 6.30 pm. Nampak gayanya memang tak sempat nak pi semua tempat ni.
|
You! Reminds me of NZ |
Pukul 7.45 pm, baru sampai di Gibson Steps - 1st tourists stopoff di Port Campbell National Park. Hari masih terang lagi... tapi dah nak malap... hahaha...
Nikmatilah pemandangan yang memukau pandangan...
Gibson steps ni merujuk kepada tangga-tangga yang membawa turun ke pantai. Saya tak turun jauh pun sebab hari dah nak gelap, badan pun dah penat. Anak-anak pulak sibuk suruh cepat sebab tak sabar nak mandi swimming pool kat homestay nanti.
|
Dalam 25 min kemudian, kami beredar mencari tempat penginapan kami malam ni. Lebih kurang 50 min drive dari sini. |
Perjalanan mencari Blue Wren Haven, agak mendebarkan sikit sebab hari dah gelap dan tak nampak apa2. Saya agak, kami melalui jalan yang ladang luas terbentang di kiri dan kanan. Kadang-kala melalui jalan yang agak berhutan. Berdoa pada Allah semoga segalanya baik dan saya juga mengharapkan en. waze baik2 sahaja dengan kami. Kiri kanan jalan tak nampak apa, melainkan setelah sampai di pekan kecil Timboon, barulah kelihatan lampu jalan yang samar2.
Alhamdulillah, tepat jam 9 pm akhirnya sampai juga ke destinasi yang di tuju. Persoalan yang pertama... kat mana la nak cari si tuan punya sebab saya tak nampak kaunter reception pun (hahahaha... ingat ni motel ke). Tak susah pun, sebab kehadiran kami memang ditunggu-tunggu. Tuan punya homestay yang bernama Andy menyambut kami dengan senyum mesra... chewah!
Saya dah siap2 memegang purse untuk membayar baki yang belum dijelaskan dan menunggu2 untuk sign apa-apa yang patut. Tapi.... tak ada apa2pun yang perlu dibuat. Andy pun tak mintak duit, saya pula yang terhegeh2 menghulurkan duit.. kekekeke. Nampak sangat tak sabar2 nak bayo hutang.
Seterusnya, Andy menunjukkan itu dan ini. Saya bertanya, paling lewat nak kena check out bila? Andy kata... it's up to you... anytime... Whoaaaaa. Padahal, saya bukannya nak check out lambat2 pun sebab banyak aktiviti bersusun menunggu untuk direalisasikan.
Ulasan saya pasal Blue Wren Haven.... Wwwwoooowwwwwww.... Syukur alhamdulillah. Selesa sangat2. Sangat sangat sangat! Ala2 country gitteewww.
|
Dapur yang besar dan lengkap |
|
Hall pun begitu jugak |
|
Laluan ke bilik |
|
Malam ni kita BBQQQQQQ! |
Lupa lak nak tangkap gambar bilik air... hahaha.
Malam tu, kami tido dengan nyenyak-senyenyaknya di tilam empuk berheater di homestay ni... berselimut tebal tebal lagi.... tak sabar nak tengok apa yang ada di sekeliling homestay ni.
Alhamdulillah... syukur padaMu Ya Rabb...
Bersambung di
Salam Aunty
BalasPadamI just came across Aunty's blog sebagai rujukan untuk bercuti di sana. Masa Aunty di Apollo's Bay tu, Aunty solat di mana? Ada prayer hall ke kat situ?
Tak de. Kami solat je kat atas rumput beralaskan tikar.
Padamassalam,
BalasPadamsaya nak Tanya , mcm mana sis book utk andy house? satu malam brp ye harganya ? tq
Waalaikumussalam... boleh book melalui airbnb atau melalui website dia.
Padam