Ahad, 1 Mei 2016

Percutian ke New Zealand (3)

Assalamualaikum...


3rd day – Auckland – Christchurch (Chc) – Ashburton – Geraldine – Lake Tekapo

Jam 4.30 pagi jugak dah bangun main masak2 dan bergilir2 menggunakan bilik air. Hari ni kami akan ke Chc dengan menaiki Jetstar sebab nak jimat masa. Kalau guna jalan darat…

Auckland ke Wellington – Dalam 8 jam drive
Wellington ke Picton – 4 jam by ferry
Picton ke Chc – 4.5 jam drive

Hmm… kalau stay NZ sebulan (wow), boleh la nak jalan santai2 kan…. Tapi ini budget travel namanya. Disebabkan web check in hanya boleh dibuat 48 jam before departure, kami hanya check in malam tadi. Since saya tak de booking seat, saya dah bayangkan kami akan duduk merata2 (kalau AA mesti kami duduk bertebaran), tapi alhamdulillah… kami dapat duduk sederet, sebelah-menyebelah.

Ok, jom layan cerita bergambar…. 


Breakfast pagi ni makan nasik dan kurma ayam dan telur goyang
Mengancam tengok telur goyang tu kan


Jam 7am, kami dah sampai airport dan tiba masanya untuk pulangkan Nissan Travella. Abg dropped kan kami di airport dan terus hantarkan kereta ke branch Jucy. Dari situ, abg jalan kaki je ke airport... tak sampai 10 minit pun.

Pagi yang sejuk dan nyaman
Alhamdulillah tak delay.
Harga yang dibayar untuk flight Jetstar returned: NZD682 (incl 30kg luggage)
Perjalanan lancar, tanpa delay. Penerbangan bermula jam 8.20 am dan tiba di Chc tepat seperti dijadualkan i.e. 10am. Sebelum ni, banyak yang saya baca... Jetstar ni selalu delay. 

Keluar je dari flight, bila lalu aerobridge… kami tercium bau yg amat dikenali… iaitu bau kambing… Seriously! Dimeriahi dengan bunyi mengembekkkkk… mmbbeekkkkk…. Mmbbekkkk… Hahahahah. Terpinga2 jugak eden ni ha. Tapi bila masuk bangunan airport yg sebenarnya, bunyi2an tak kedengaran, bau2an pun hilang. 

Airport Christchurch
  

Kemudian, call Jucy branch untuk ambik kami. Bila diingat2kan pasal Shoestring, ada la rasa kecewa sikit (tu la, tak sabar kan…). Tapi, kekecewaan tu agak terubatlah jugak sebab Jucy bagi kami GPS without extra charges. Bayangkan… sewa GPS tu NZD15 sehari…. Kali dengan 5 hari? Tak ke lebih kurang dengan different price between Jucy dan Shoestring? Alhamdulillah… Lepas tu kan, Jucy driver can get 50% disc utk tiket Milford Sound… Syukur2. Tapi… kami setia guna Waze jugak.


Kami menaiki shuttle Jucy yang membawa kami ke Jucy's branch


Shuttle Jucy
Jucy's branch @ Chc Airport


Masuk2 je... fuhhh punyalah panjang beratur
Harga yang dibayar untuk mpv: NZD402.90


Rental Rate and Fees
May 2016 5 days @ $60.00 (per day)            : $300.00
1. StressFree
Cover (no excess / no bond), Daily at $17.00 : $85.00
Credit card fee, Fixed at $7.90                     : $7.90
Premium Location Fee, Fixed at $10.00          : $10.00
Total Cost                                                  : $402.90


(All Prices GST Inclusive)
Saya lihat staff Jucy memang peramah, melayan customer dengan begitu mesra sekali. Tapi dalam situasi macam ni, tak perlu lah ramah sangat kan.... Ramai tu yang tengah beratur. Sabar... sabar ye... Pukul 11.50am baru la dapat mpv. Lari dah jadual akak ni.

Cadangnya, 1st thing to do in Chc adalah menaiki tram pusing keliling Chc. Tapi disebabkan lama sangat nak ambik mpv tadi, maka perancangan menaiki tram terpaksa dibatalkan dan proceed dengan next itinerary iaitu aktiviti punting @ Avon River. Jika berminat, boleh ambil combo pakej di Chc ni iaitu pakej punting + tram + botanic garden + gondola... boleh pilih2 gak, refer di website Chc Attractions 


On the way to Avon River



Ok dah sampai

Harga aktiviti... boleh pilih nak pakej yg mana
Harga yang dibayar: NZD93
Website: Punting On The Avon


Agaknya ni koleksi jaket si pendayung sejak zaman berzaman
Belum tiba masanya giliran kami... maka kami pun berjalan2 di sekitar kawasan tersebut.
  
Dedaun berwarna keemasan, gugur ke bumi...
Tenangnya suasana.... 

Cetek je sungainya....
  





  
Ok... dah tiba giliran kami menikmati keindahan sekeliling. Kami dibawa menyusuri sungai Avon, melihat keindahan warna-warni musim luruh di taman botani Chc.

































Next destination adalah mencari tempat makan yang halal. Dengan bantuan aplikasi Zabihah, kami makan di Mediterranean Taste yang terletak dalam shopping complex New World. Puas jugak mencari sebenarnya sebab tak sangka pulak ianya dalam shopping complex... hahaha.


Ni la restorannya


Makan pasta je... tapi sedap dan harganya reasonable


Lasagna


Kebab


Bila dah kenyang, cari tempat solat di Masjid An-Nur.... 
juga located by Zabihah.


Besar masjidnya... alhamdulillah


Sebelah dalam masjid




Lepas tu singgah Pak N Save Hornby beli barang2 basah untuk masak dinner nanti


Kalau macam ni - parking untuk 10 min sahaja
Biasanya yang sekejap2 cam ni, parking yang paling berdekatan dengan bangunan
Perjalanan diteruskan ke Lake Tekapo, suatu destinasi sejauh lebih kurang 224km merentasi Ashburton dan Geraldine yang memakan masa hampir 3 jam untuk sampai. Di sini, tu lah... dari satu destinasi ke satu destinasi yang nak dituju amat jauh.... tapi view sepanjang perjalanan, subhanallah sungguh mengasyikkan. 

Cumanya... disebabkan hari mulai gelap, kami tak dapat menikmati keindahan sepanjang perjalanan daripada Chc ke Lake Tekapo. Musim ini, waktu siang adalah pendek.


Sampai di Lake Tekapo Motels & Holiday Park, dah hampir jam 8 malam. Alhamdulillah reception masih bukak. Kalau lewat sedikit, dorang akan tinggalkan kunci di luar dan kita kena ambil sendiri.

Selesa dan bersih
Harga yang dibayar: NZD215 (for 5 pax)
Website: Lake Tekapo Motels & Holidays Park


Master bedroom


2nd bedroom... tak nampak apa pun kat luar, gelap gelita 

Bathroom


Dinner malam ni. Rajin sungguh saya masak kat sini... Nak jimat punya pasal.


Bersambung di Percutian ke New Zealand (4)....

3 ulasan:

  1. bestnya.. saya nak ke sini juga.. sebulan lagi. tgh kumpul maklumat..

    BalasPadam
  2. Cantik-cantik gambarnya. Pakai kamera apa ye?

    BalasPadam