Assalamualaikum...
Sambungan dari Percutian Ke New Zealand (5)
6th day – Te Anau –
Milford Sound – MirrorLake – Dunedin
Lupa nak cerita. Semalam, masa saya
checked in, ada juga guest lain yang baru nak check in. Couple. Dorang bayar dlm
NZD60 je…. Saya punya??? NZD176! Hehe… ye la… saya tempah bilik yang lengkap
semua ada – ada shower, water heater, cooking facilities dll. Kalau nak murah
boleh ambik yg cabin style atau dorm…. tapi kena share la bilik air dan kitchen
dengan guest2 lain. Ada tu, setiap kali nak guna shower, nak kena bayar lain.
Makanya…. utk kesihatan mental dan fizikal (berjalan tak mo stress2) dan juga
untuk memelihara aurat, tak de la saya mengetatkan budget utk accomodation.
Sama macam Lake Tekapo Motels &
Holidays Park, Te Anau Lake View Kiwi Holidays Park & Motel juga menawarkan
pelbagai jenis penginapan…. bermula dari harga NZD29 p/nite hingga ke NZD225
p/nite.
Okkeh. Hari ni nak ke Milford Sound
(MS) atau dlm bahasa Maorinya - Piopiotahi. Tak sah kalau ke NZ tapi tak jejakkan
kaki di MS. Jam 6.45 am kami dah keluar. Sedih sebab semalam sampai sini dah gelap…
keluar pun masih gelap. Dalam hati saya, asyik mohon pada Allah agar cuaca hari
ini baik…. tak hujan seperti yang receptionist cakap malam tadi.
Paginya keluar…. Ye… sebab saya nak
mengejar cruise yang paling awal iaitu jam 9.45am. Sbbnya, saya dah survey…. harga
cruise pagi2 ni adalah yang paling murah iaitu NZD45 kalau tak silap saya. Normal
price… about NZD69. Ha… dlm situasi saya ni, sila lah kali dengan 5. Banyakkkkk
bezanya tuh. Cuba lak convert ke RM…. Laaaaaagilah banyak beza. Hahahaha… Dan
juga saya dah survey, Jucy adalah operator yang menawarkan harga yang paling murah.
Lagi2 kalau kita sewa kenderaan Jucy – driver dapat 50% disc. Oh ye, sometimes
harga2 tiket / entrance fee ni differs mengikut musim.
Sebelum ke MS, sila lah check minyak
tu cukup ke tak. Perjalanan dari Te Anau ke MS mengambil masa lebih kurang 2
jam iaitu dalam 118km sehala. Dan sepanjang perjalanan tu, memang tak de petrol
station ye. Jadi agak2 le minyak tu cukup ke tak. Dan kalau target nak naik
cruise jam 9.45 am, jangan pulak bajet masa cukup2 sampai sana jam 9.45. At least
kena ada masa senggang dalam sejam ke sebab memang tak de tempat parking kereta di
area jeti tu. Kereta kena park kat satu tempat, pas tu jln kaki lenggang
kangkung dlm 8 – 10 min ke jeti. Tapi kalau nak drop kan orang, boleh la… lepas tu
kena park kat designated parking area. Dah sampai situ, nak berurus niaga pasal
tiket lagi kan…. Soooo, itulah sebabnya kami keluar pagi2.
Cuaca tak seperti yg saya harapkan.
Hujan sepanjang jalan…. Kadang2 renyai2 dan kadang2 lebat. Kadang2 berhenti. Bila hujan
berhenti, berbunga2 hati saya untuk menikmati keindahan MS dalam cuaca cerah.
Tapi…. hujan turun lagi. Maka… pujuklah hati sendiri agar tidak kecewa… Jalan
ke MS tak tutup pun, sudah cukup beruntung.
Allah dah aturkan, inilah yang
terbaik. Dapat datang sini pun (setelah 13 tahun menunggu)…. pun dah nikmat yang
tidak dapat didustakan lagi… kan.. Bila dah berjaya tune mindset tu, hati
berbunga2 semula… chewah! Saya menunggu2, apalah rahsia yang Allah nak tunjukkan pada saya
nanti. Dalam internet, saya dah banyak menikmati pemandangan MS dalam cuaca cerah...
so dlm situasi live ni, bukankah lebih bagus jika saya dapat lihat dari keadaan
yang berbeza?
Jom… ikuti cerita bergambar saya.
|
Jam 6.45 am dah keluar. Gelap gelita. Apa pun tak nampak Motel ni pun disuluh dengan lampu kereta |
|
Bilik betul2 mengadap tasik... tapi tak nampak sebab gelap Check in and check out in darkness... huhu Sedih la jugak sebab tak dapat menikmati view kat sini kan... |
|
Reception pun tak bukak lagi, drop kan je kunci Percaya betul dorang kat kita kan... |
|
Isi minyak dulu |
|
Rupa2nya, view beginilah yang Allah nak tunjukkan kepada saya |
|
Ada banyak waterfall halus yang menuruni bukit |
Kalau kita google gambar2 di Milford Sound, mostly ditunjukkan scenery pada waktu cerah.... memang cantik. Inilah rahsia yang Allah nak tunjukkan, yang mana saya dapat nikmati sendiri pemandangan begini. Kalau nak sangat tengok pemandangan di waktu cerah tu, google sahajalah. Bila hati dan perasaan sudah positif, barulah tak rasa frust disebabkan hujan ni. Alhamdulillah.
Yang peliknya, tak pulak rasa seram / gusar atau fikir yang bukan-bukan bila tengok view yang macam ni... Maksud saya, tak de la nak terfikir tanah runtuh ke apa... Kalau kat rumah saya macam ni, mesti hati dah tak tenteram... bimbang jika berlaku kejadian tanah runtuh.
|
Subhanallah |
|
Tengok je dah tau yang air ni sejuk membeku |
|
Ada banyak temporary waterfalls, yang ada hanya pada waktu hujan |
|
Kena masuk melalui terowong ni mengikut giliran. Patuhi lampu isyarat. |
|
Lampu isyarat yang dimaksudkan |
Disebabkan masa ni hujan, abang dropkan kami di sini, kemudian pergi park kereta. Seperti yang saya katakan sebelum ini, dari parking area ke sini kena jalan kaki dalam 8-10 min. Lupa lak nak pinjam payung dari Jucy ni (mesti dorang ada payung... agaknya laaa).
|
Ada banyak operator di sini. Pilih mana yang berkenan. |
|
Saya berkenan yang paling murah... hohoho
Harga yang dibayar: Nzd147.50 (selepas 50% diskaunon Jucy's driver)
Website: Jucy Cruise |
|
Dah tiba masanya menaiki cruise |
|
Suasana dalam cruise... Free coffee and tea Makanan pun ada.. tapi tak halal rasanya |
|
Subhanallah cantiknya, masih terserlah walaupun berkabus |
|
Hujan on and off |
|
Ya Allah, indah sungguh bumiMu Jika di sini pun dah cantik macam ni, macam mana lah di syurga nanti |
|
Kami sekeluarga Masa ni angin punyalah kuat, rasa nak tercampak pun ada... Tengoklah baju abg aji saya |
|
Cruise lebih kurang 1 jam 40 min. Dibawa mengelilingi Milford Sound dan menjengah sedikit ke Tasman Sea |
|
Melalui semula jalan yang sama untuk kembali ke jeti |
|
Kalau bernasib baik, boleh melihat singa laut berenang2 atau berehat2 atas batu di tepian |
|
Air tak sempat jatuh ke bawah sebab ditiup angin |
|
Cruise mendekati air terjun |
|
Cruise memasuki kawasan air terjun... Basah lencun baju kami Kalau tak nak basah, boleh berlindung di lower deck
Kami memilih untuk basah |
|
Kembali ke Te Anau, melalui jalan yang sama dan terowong yang sama |
|
Air sungai agak deras sebab baru lepas hujan |
|
On the way balik, singgah di Mirror Lakes Kalau singgah sini masa pergi, takut tak sempat nak kejar cruise 9.30 am |
|
Jika air tenang, air tasik ini seolah2 cermin yang memantulkan pemandangan gunung-ganang sekitar kawasan ini |
|
Tapi disebabkan hujan (air sedikit berkocak dek titisan hujan) dan keadaan yang berkabus, maka pantulan tersebut tidak kelihatan di air tasik |
|
Nampak tak refleksi tulisan `mirror lake' tu |
|
haiiii... awaks tak sejukkk ke |
|
Memang lalu semula kawasan motel yang kami menginap malam tadi
Maka, kami pun ambil kesempatan untuk menikmati pemandangan sekitar |
|
Haa... inilah view depan bilik kami |
|
Cantik dan tenang je |
|
Perjalanan diteruskan |
Kami meneruskan perjalanan ke Dunedin yang mengambil masa dalam 4 jam 15 min (340km). Dalam itinerary yang saya prepared, saya masukkan persinggahan ke Tunnel Beach... tapi masa kami sampai, dah gelap... jadi... terpaksa cancel.
|
Singgah makan di Turkish Kebab ni |
|
Nikmati kebab cara lain pulak - unwrapped |
|
Kami tiba di Cumberland Motel, Dunedin dalam jam 7pm. Biliknya ok la...
Harga yang dibayar: NZD195 (for 5 pax)
Website: Cumberland Motel |
Kali ni tak de gambar dinner sebab tadi dah kenyang makan kebab.
Kak tumpang tanya, kalau hujan je ke yg nampak air terjun kecil2 tu? kalau x ujan x de ke @ ada ckit?
BalasPadamAda jugak tapi sikit sangat...
Padam