Jumaat, 6 Mei 2016

Percutian ke New Zealand (8)


Assalamualaikum...


Post shop - Kelly Tarlton’s Aquarium – Memorial Park (tak sengaja) - Victoria Park Market - Auckland Night Market

Plan asal nak ke Waitomo Glowworm Caves yang terletak di Waikato – 191km dari Auckland, dan mengambil masa dalam 2.5 jam. Bila saya gugel2, macam payah je nak tengok gua tu bercahaya sebagaimana dalam gambar2 yang dilihat dalam internet (cahaya yang dihasilkan oleh glowworm tu). Kawan saya pernah pergi ke Waitomo… dia kata…. Tengok kelip2 je… Ha? Entahlah, saya pun tak pasti.

Selain Waitomo, saya juga bercadang untuk ke Coromandel Peninsula… tapi tak jadi jugak sebab perjalanan mengambil masa 3 jam @ 189km. Esok dah nak balik, so… nak free n easy sahaja di Auckland (Akl). Rehat2 aja… nanti sampai Malaysia hari Ahad. Isnin nanti, anak2 dah start sekolah…. Exam pulak tuh… Hmmm. Lagipun, tak berkesempatan lagi nak pusing2 Akl. Masa sampai hari tu, hari dah gelap dan bertolak ke airport (utk ke Chc) pun pagi2 buta. So… masa ni lah nak pusing2 Akl.  

Tapi, kalau ada masa… why not kita pergi untuk experience kan….

Hmm… dalam itinerary, banyak tempat nak pergi hari ni. Nak pergi Auckland Indoor Market @ Onehunga, Victoria Park Market, Kelly Tarlton’s Aquarium dan Auckland Night Market. So, inilah salah satu sebab saya decide untuk sewa kereta je. Kalau tak, payah lak nak ke sana sini. Tapi disebabkan berlengah2 keluar dari hotel, makanya tak sempat nak ke Auckland Indoor Market @ Onehunga sebab gugel kata dia tutup jam 2.00 pm.

Oh ya! Nak dijadikan cerita… entah siapa la yang ter masukkan remote tv dari Cumberland Hotel, Dunedin dalam bag bosa den ni. Yang pastinya bukan saya la kan… Dah jadi satu kerja pulak nak kena courier balik remote tu ke Cumberland. So, 1st thing yang dibuat pada hari tu (selain isi perut) adalah mencari tempat untuk pos remote ni. Kena cari post shop dulu. Kami cari guna waze je.

Baru la nampak muka hotel ni waktu siang
Sebelum2 ni, keluar pagi balik malam

Kereta yang disewa last minit, tak de pilihan lain
Inilah yang paling murah pada waktu kejadian

Harga yang dibayar: +/-NZD238 

Mulakan pencarian post shop untuk post remote tv ke Dunedin


Dah jumpa dengan bantuan waze

Suasana dalam post shop. Staffs sangat2 helpful

Inila remotenya. Kos mengepos lebih kurang NZD5 (tak ingat actual amount)
Saya pilih yang ada tracking number, kalau tak... harga lebih murah

Kalau kat Malaysia, nampak cam semak je

Siang nampak mcm cantik, malam macam scary la pulak
Next - ke Kelly Tarlston's Aquarium. Beli tiket via online dapat harga lebih murah. Family tix boleh dapat NZD91 (late tix after 3 pm Mon to Fri only)... tapi masa saya nak booking tu, late tix dah sold out. Makanya kena la ambik pakej biasa berjumlah NZD110 (ini bukan late tix). Apa2pun, memang kena book secara online untuk dapat harga yang lebih murah. Yang senangnya, tak perlu print pun tix tu... just bagi reservation number je.

Lebih kurang Aquaria je…. Cumanya kat sini ada penguin yang gomok2… geram tengoknya… Kalau nak lagi best, boleh pergi ke International Antartic Centre kat Christchurch tapi harganya lebih mahal la kan (online price untuk saya sekeluarga - NZD168). Saya tak sempat nak visit yang kat Chc, so saya pergi yang kat Akl je…

Ini view opposite the aquarium


Parking bay

Direction from parking to entrance

Dipamerkan suasana penginapan di Antartika sana






Bagi saya, main attraction adalah penguin2 ni

Gemuk2 dan sihat2 belaka

Geram nengoknya



Tengah meeting agaknya


Celup tangan dalam tu... rasa sejuk beku kebas semua ada






Lebih kurang Aquaria KLCC je





Souvenir shop harus ada

Di seberang aquarium, ada restoran ni... tapi tutup
Mungkin bukak pada waktu malam je 

Ambil peluang untuk bersantai2 di sini

Cuaca gelap macam nak hujan

Tapi perjalanan tetap diteruskan


Ada yang memancing



Kemudian kami waze untuk ke Victoria market,
tapi waze bawa kami lalu di kawasan ni

Singgah sebentar di Michael Joseph Savage Memorial Park
A tribute to the first NZ's Labour Prime Minister



Boleh nikmati panoramic views over Whenua Rangatira, bandar Auckland dan Waitemata Harbour

Bahagia melihat mereka gembira


Sky tower - tak sempat nak pergi.
Kalau rasa2 nak buat aktiviti extreme sky walking, sini la tempatnya.

Otw ke Victoria Park Market di Victoria Street West

Keadaan di sini, macam hidup segan mati tak mau
Korang tak yah lah pergi sini sebab tak ada apa yang menarik pun. Dulu2 mungkin tempat ni happening kot. Saya bertanya pada salah seorang peniaga di situ, katanya faktor utama tempat ni sepi sebab pengunjung susah nak cari parking. Hmm.. mungkin jugak.





Saya tengok website, tempat ni tutup jam 5, tapi masa kami sampai di situ (dalam jam 3 lebih), peniaga dah mula nak tutup kedai. Tetiba saya ternampak perkataan `Mie Jawa' ditulis dalam menu sebuah kedai. Hmmm... macam kedai Melayu je ni. Macam best je sebab perut dah mula rasa lapar. Bila diperhatikan betul2, memang restoran ni menghidangkan makanan halal dan pemiliknya Indonesian.

Pucuk dicita ulam mendatang. Beliau tak jadi nak tutup kedai sebab kami nak makan. Alhamdulillah....





Mercu tanda Victoria Park Market



Sebelah malamnya, kami ke Auckland Night Market @ Papatoetoe
Auckland Night Market, Papatoetoe... terletak di bawah K Mart. Kedudukannya di lower ground parking lot. Kenapa dibuat di situ agaknya eh? Mungkin juga untuk mengelakkan suhu yang sejuk (Akl tak la sejuk manapun)... ataupun kat atas tu memang dah tak de tempat dah.


Bila masuk kawasan parking ni, suasananya sama je macam kita masuk kawasan parking kat Aeon Big ke.. Parkson ke... yang parking2 underground tu. Kat sini la dorang buat pasar malam.


Saya tengok, kebanyakan peniaganya macam bukan dari penduduk tempatan tapi dari Asean... tapi pengunjungnya macam ramai orang asli NZ (hahahah... pepandai je saya ni). Product2 yang dijual pun, mostly bukan local products.

Ada juga dijual makanan halal




Tengah2 saya menengok2 tu, ada pulak seorang lelaki menyapa saya dalam BM. Errr... Hahahaha... rupa2nya dia memang Malaysian yang menetap di sana.. dah 2 tahun dah. Dia berniaga dengan seorang perempuan daripada China.



Apa je yg saya beli di sini? Hanyalah buah kiwi dan feijoa.


Otw balik hotel, kami singgah di Pak N Save beli barang nak masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan