Assalamualaikum...
5th day – Motel – Skyline
Gondola & Luge Ride – Shotover Jet – Te Anau
Kalau nak buat aktiviti popular macam
bungy jumping or sky diving, cuba buat di tempat yg bukan menjadi tumpuan
pelancong sebab kebiasaannya harga yang perlu dibayar adalah lebih murah. Kalau
tempat yang popular macam Queenstown ni, harga adalah lebih mahal. Contoh sebenar,
saya memilih untuk menaiki high speed boat di Queenstown yang mana harga family
package adalah NZD 345…. Tetapi untuk aktiviti yang sama di Taupo (north island),
harga pakej untuk family adalah NZD299. Banyak bezanya tuh. Sebab Queenstown adalah
destinasi popular dan sering menjadi pilihan traveller berbanding destinasi
lain.
Saya teringiinnnn sangat nak buat sky
diving… tapi saya tak sanggup nak biarkan badan saya melekap dengan sky diver yang
kebiasaannya lelaki….. maka, lupakan aja lah.
|
Assalamualaikum... Selamat Pagi... Kia orana 'i teia popongi |
|
Hari ni Selasa, tapi jalan raya tak sibuk |
|
Reception |
|
Tangga ni agak tinggi Kalau naik sambil angkut beg berat, lagi la rasa tinggi ya amat |
|
Colonial Village Motel - dah check out @ 8.30 am |
Aktiviti hari ni (selepas check out dari Colonial Village Motel), kami ke Skyline Gondola yang terletak lebih kurang 2km je dari situ. Pada awalnya, saya ingat nak naik gondola di Christchurch sebab harganya lebih murah…. Tapi, kat Chc tak de Luge (kalau tak silap saya la sebab tak jumpa pulak). Based on experience kawan2, anak-anak sangat enjoy naik ride ni dan tak terkecuali jugak mak dan bapaknya. So, akhirnya saya decided untuk naik gondola kat Queenstown je.
|
Otw ke Skyline Gondola |
|
Jalan sikit, nampak pemandangan yang cantik... Jalan lagi banyak, nampak semuanya cantik-cantik Kiri kanan, atas bawah, depan belakang.... semuanya cantik... Subhanallah |
|
Alhamdulillah, cuaca amat baik hari ni. Tak sejuk... tak panas... just nice |
|
Tempat parking Skyline Gondola betul2 mengadap graveyard ni |
Kami park pada parking yang bertanda P180... bermakna free parking for 3 hours. Kat bawah sana pun ada parking, tapi kena bayar. Mungkin sebab kami sampai awal, so tempat parking percuma ada banyak lagi.
|
Selamat datang. Kia Ora! |
|
Allah... cantiknya. Hati rasa tenang je melihatnya. |
|
Lihatlah dari sudut mana pun... semuanya cantik |
|
Ada cafe kat atas ni |
|
Sky lift untuk ke luge station |
|
Kena pakai helmet ni. Warna berdasarkan size kepala. |
|
Stesen luge |
|
Track untuk luge. |
|
Ada 2 track - Blue Track dan Red Track Red Track lebih mencabar dengan lebih byk selekoh tajam dan curam |
|
Ada jugak lupin sesat di sini. Rezeki saya... dapat jugak tengok. |
|
Bungy jumping. Anak2 beria nak buat tapi saya tak tergamak nak benarkan. |
|
Okey... next destination ke Canyon Rivers untuk aktiviti Shotover Jet. Tempatnya tak jauh dari Skyline Gondola |
|
Tempat parking. |
|
Kaunter tiket. Kalau naik 1st round, memang mahal... tapi kalau nak repeat for the next round, hanya bayar NZD19.
Harga yang dibayar: NZD480
Website: Shotover Jet |
|
Dalam toilet ni, ada hair dryer untuk keringkan rambut. Ready to get wet while riding shotover. |
|
Jeti |
|
Specialnya boat ni boleh bergerak atas permukaan sungai yg cetek |
|
Teruja melihatnya |
|
Berdesup laju |
|
Dan kadang2 berpusing 360 degree |
|
Ini boat yg kami naiki |
|
Seterusnya kami ke Lake Wakatipu... cadangnya nak makan fish n chips kat situ |
|
Agak sukar mencari parking... berapa kali dah pusing keliling |
|
Bandar Queenstown yang comel je... Malam tadi dah pusing2, tapi sebab gelap... tak nampak la view cam ni |
|
Subhanallah.... |
Banyak betul kebesaran Allah di sekeliling kita kan... tak kisah la di mana2. Jika dilihat dengan mata hati, terasa kerdilnya diri ini... terasa sayu rasa hati. Indah dan sempurnanya ciptaan Ilahi.
... (iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka"
(Surah Ali Imran : Ayat 191)
|
Cik kak bersuara saprano ni tengah nyanyi |
Saya tercari-cari gerai fish n chips yang disebut oleh blogger2 ni, tapi tak jumpa. Macam mustahil pulak tak jumpa sebab mereka kata senang je nak cari. Kena la gugel semula, then terjumpa ada blogger ni kata kedai tu dah tutup... Maka kami pun mencari fish n chips yang lain.
|
Sedapnya... nyum2. Tambah sedap sebab makan mengadap tasik Wakatipu |
|
Datanglah 3 ekor itik ni mengendeng2 makanan kami |
|
Dan bilangan itik yang mengendeng2 pun makin bertambah |
|
Malahan semakin berani merapati... sehingga akhirnya harus berkongsi dengan mereka. |
"Dan tidak ada satu pun binatang yang melata dibumi (yang tidak dapat rezeki) melainkan Allah yang memberi rezekinya"
(Surah Hud : Ayat 6)
|
Dan akhirnya, bukan itik2 sahaja yang datang.... malahan orang2 juga datang untuk bergambar dengan itik2 semua |
|
Daun2 kering ni pun cantik |
Aplikasi zabihah tidak menunjukkan Islamic Centre atau masjid di Queenstown... mungkin tak ada kot. Tapi bumi Allah maha luas, di mana-mana sahaja boleh menunaikan kewajipan.
Next destination adalah Te Anau. Sebelum bertolak ke Te Anau, kami singgah dulu ke pasaraya 4 Square nak beli bahan mentah untuk masak dinner nanti. Alhamdulillah, ada ayam Brinks di sini.
|
Otw ke Te Anau |
|
Nampak traffic light merah tu? Macam bentuk <3 kan... |
|
Melalui jambatan sempit |
|
Lalu ikut giliran |
|
Anywhere |
Perjalanan hari ni, tamat di Te Anau Lake Lakeview Kiwi Holiday Park n Motels. Jarak dari Queenstown ke Te Anau lebih kurang 173km melalui State Highway 6 dan 94... dalam 2 jam perjalanan jugak la. Bila sampai motel @ Te Anau Lake View Kiwi, hari pun dah gelap (6.30 pm)... tak nampak apa-apa dah.
Saya bertanya kepada cik receptionist mengenai cuaca keesokan harinya. Kata beliau, esoknya dijangka hujan. Hujannn??? Sedih pulak rasanya sebab plan esok nak ke Milford Sound. Kalau hujan, macam mana…. Huhu…
Kalau nak ke Milford Sound (MS), seeloknya kita check dulu whether boleh proceed ke sana atau tidak. Sebab kalau cuaca buruk, jalan ke MS akan tutup…. Kalau tutup, tak dapatlah nak ke sana. Kalau tak ke sana, tak lengkaplah percutian ke NZ. Pada siapa lagi tempat untuk meminta? Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami.
|
Alhamdulillah... dah sampai... bilik pun selesa
Harga yang dibayar: NZD176(5 pax)
Website: Te Anau Holiday Park |
|
Heater kat katil... Kalau tak de ni, menggigil2 tido |
|
Dinner kami mlm ni, ayam goreng yang dicarik2 agar cepat sejuk (dah lapoooo) dan juga sambal salmon... |
Bersambung di Percutian ke New Zealand (6)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan