Isnin, 2 Mei 2016

Percutian ke New Zealand (4)

Assalamualaikum...

Sambungan daripada Percutian ke New Zealand (3)

4th day – Lake Tekapo – Lake Pukaki – Twizel – Omarama – Wanaka - Queenstown

Di selatan New Zealand, kesemua motel yang saya menginap… reception tak bukak 24 jam. Errr… paham ke… Macam ni, kalau kita sampai lewat (contohnya, jam 9 malam), reception dah tutup tapi dia akan tinggalkan kunci bilik kita di `luar’ reception area. Mungkin dimasukkan dalam envelope yang tertera nama kita… tapi dengan syarat kita dah booking dulu la… Dan kalau kita nak check out pagi2 sebelum kaunter reception dibuka, kita just drop kan kunci pada box yang disediakan.

Kaunter reception di Lake Tekapo Motels and Holiday Park beroperasi mulai jam 8.30 am ke 8.30 pm sahaja. Check in jam 2 pm manakala check out jam 10 am. Senang je dorang ni kan… tak perlu kerja siang malam. Untunglah kat Msia yang mostly check out jam 12pm.

Harga petrol tak standard. Harga di town besar (macam Chc dan Auckland) lebih murah berbanding di Twizel, Te Anau dan tempat2 ceruk yg lain. Harganya, NZD 1.789 di town, manakala di ceruk rantau NZD 1.899 kott… (hahaha… tak ingat dah). Memang ceruk wooo… nak sampai dari satu town kecik ke town kecik yang lain boleh makan masa 3 jam. Town kecik tau, bukan town besar. So… isilah petrol penuh2 dekat town besar ye…. dan of course la petrol tu tak cukup untuk cover keseluruhan journey… hahahah… memang kena isi jugak kat town2 kecik ni… hehehe… Hmm, sebenarnya nak cerita pasal perbezaan harga petrol je… 

Pagi-pagi bukak tingkap.... Subhanallah...
View Lake Tekapo yang super duper ohsem
Malam tadi sampai sini, dah gelap gelita... Tak nampak apa2, cuma nampak bintang yang bertebaran di langit... juga merupakan view yang sungguh menakjubkan. Tak dapat nak capture gambar2 bintang tu sebab saya hanya menggunakan camera handphone Samsung S6 edge+. Dalam gambar, nampak gelap gelita je...hahahaha. Lainlah kalau bawa camera canggih yang muncungnya panjang sedepa tu kan....

Subhanallah


Cepat2 keluar untuk menghirup udara pagi yang sejuk, nyaman dan segar
Kalau summer, penuh bunga lupin di sini

Air tasik yang membiru

Matahari baru menjengah... Selamat pagi dunia...
Segarnya udara...

Air tasik yang membiru
Daunnya kelihatan seperti daun bunga lupin

Seperti lukisan yang hidup


Di sinilah tempat penginapan kami... satu malam sahaja

Reception area

Ada kemudahan mendobi di sini
Coin operated self service laundry

Saya basuh baju di sini

BBQ facilities pun ada

Kalau nak murah, boleh sewa cabin

Kemudahan parking untuk caravan

Subhanallah cantiknya... tak jemu2 nak capture keindahan alam ciptaan Ilahi


Tak jauh dari penginapan kami tadi, ada gereja lama - Church of the Good Shepherd. Kami singgah juga kat sini sebab pemandangan sekitarnya sangat indah. Di sini juga lokasi yang sesuai jika nak tengok stargazing. Tapi malam tadi kami tak tengok pun, sebab dah penat. 




Kami gerak dari Lake Tekapo menuju ke Lake Pukaki, yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan.



Macam ni je jalannya - satu lane je dan tak busy langsung
Tak ada pun kereta pecut memecut, semuanya berhemah dan relax. Drive slow n steady je. Maximum speed is 100 km/h. Kat town je yang busy sikit.



Dari jauh dah kelihatan air tasik berwarna turqoise... Dah nak sampai ke Lake Pukaki ni. Ya Allah, cantiknya... macam mana la air tasik tu kelihatan begitu cantik? Mungkin disebabkan kandungan garam dan mineralnya yang mungkin berbeza dari yang biasa... Agaknya la... Saya memandai2 je ni. 

Subhanallah...



Jalan depan sikit, akan berjumpa dengan Lake Pukaki Information Centre

Boleh berhenti di sini untuk mengopi, menunaikan hajat dan juga menikmati keindahan alam semulajadi

Allahuakhbar... cantiknya

Nangis!
Kenapa hati rasa tenang je bila melihat keindahan alam ciptaan Allah ni... sebab alam sekitar ini sentiasa BERZIKIR mengingati Allah.

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun"

(Surah Al Isra 17:44)


Terusan yang dibina menghubungkan Lake Pukaki ke tasik yang lain untuk generate power
Jom sambung lagi perjalanan, tak lama lagi akan sampai di Twizel

Pokok kering yang kuning keemasan... cantik!

Kami singgah isi petrol di pekan kecil Twizel


Minta maaf sebab tak dapat nak tumpangkan

Pit Stop

kawasan ternakan salmon


Makanan ikan salmon dibekalkan secara percuma

Ikan salmon yang berenang2 kegembiraan... hehe

Sekitar salmon farm


3 dara pingitan

Tester or tasters
Seterusnya , dari Twizel kami menuju ke Wanaka. Jaraknya lebih kurang 140km yang mengambil masa selama 1 jam 40 min. Kali ni, hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami.... sejukkk...

Pelangi muncul menyerikan suasana 


Kiri kanan disajikan pemandangan alam yang mengasyikkan



pelangi nan indah selepas hujan

Besi tuuuu... penyembur air
En Moo Moo sejuk tak agaknya?



Merata-rata ada makhluk ni
Bridge tu ada satu je laluannya.... kena lalu bergilir2. 
Ada certain tempat, ada traffic light... dan ada yang tak de. 
Tapi ni NZ lah, semuanya considerate.

Kat bawah tu ada sungai yang mengalir... airnya hijauuuu

Hijau ke biru ke turqoise

Terasa-rasa kedinginannya

Dah sampai parking Puzzling World, Wanaka

Dari parking menuju ke main entrance
The Puzzling World - Ada Maze, Illusion Room, Cafe, Souvenirs' shop
Website: The Puzzlingworld


Cafe
Illusion Room

Souvenir Shop
Kawasan sekitar tandas

Tandas orang Roman





Seberang jalan ada banyak pokok2 cantik yang berdaun kuning, oren, merah dsb


Lepas tu, perut pun dah berkeroncong minta diisi...
Kami makan di Wanaka Lake.... masa tu, sejuk sampai ke tulang rasanya...

Saya tak jumpa pokok yg femes kat Wanaka tu
Tapi pokok cam ni memang banyak di Wanaka
Wanaka Lake


Sambung perjalanan menuju ke Queenstown

Dari Wanaka ke Queenstown lebih kurang 70km lagi... dalam sejam lebih sikit

Waze suruh ikut jalan lain, tapi kami ikut google maps sebab kelihatannya lebih cepat sampai. Beza dalam 10 minit

Ikut google - melalui Cardrona Valley dan Crown Range Rd.


Laluan di sini agak mencabar - melalui lereng2 bukit/gunung

Tetapi pemandangannya... MasyaaAllah

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar
Allah SWT berfirman,
"Bukankah telah Kami jadikan bumi sebagai hamparan. Dan Kami jadikan gunung-gunung sebagai pasak?"


(Surah An Naba ayat 6-7) 

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu lalang supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

(Surah Al Anbiya 21:31)

Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakhbar


Nampak jalan turun kat bawah tu? Zig-zag sungguh.
Tapi ok je sebenarnya... Alhamdulillah kami tak rasa pening pun

Hampir sampai
Alhamdulillah... dah sampai bawah



Baru la nampak jalan sibuk sikit

Kami bermalam di Colonial Village Motel
Harga yang dibayar: NZD240 (for 5 pax)
Website: Colonial Village Motel
Mohon pada Allah agar kami tak ditempatkan di tingkat yang atas-atas sebabnya tak larat nak naik tangga tinggi-tinggi nuuun... dengan beg baju dan beg makanan yang berat ni... 

Alhamdulillah, bilik kami se-level dengan reception. Sekali je la naik tangga... hehehe
  
2nd bedroom - Biliknya ok la... Agak2 kolonial sikit tapi selesa
Dah namanya pun Colonial Village Motel

Bilik Air

Dapur

Master bedroom

View dari tingkap bilik utama...
Ya Allah... syukur alhamdulillah... cantiknya pemandangan

Ya Allah... tenang dan aman dunia ku rasakan

Kenyang dengan pemandangan
Inilah yang dinamakan makan angin
Malamnya, memang kami rancang nak jalan2 kat pekan Queenstown yang comel ni, nak makan kebab dan juga shopping di DF Souvenirs. Harga souvenir kat kedai ni memang berbaloi2... murah... Memang tak dapat harga yang sama di tempat lain, especially di pekan2 besar seperti di Auckland.
  
Kedai2 di Queenstown Mall bukak sampai malam... yesss!

Wajib posing di sini

Ni la kedainya

Memang saya recommend kedai ni. Di Christchurch pun ada branch dia.
Lama juga saya memerap dalam kedai ni. Abang Aji dah habis jalan merata, merayau satu pekan dan saya masih khusyuk menelaah souvenir2 di sini. Tak rasa lapar pun... hahahah. Tapi Abg Aji dah lapar. Jom cari kebab... kat kedai sebelah2 ni je.

Makan kat Turkish kebab ni.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan