Khamis, 5 Mei 2016

Percutian ke New Zealand (7)


Assalamualaikum...


7th day – Motel – Sightseeing Dunedin – Moeraki Boulders – Christchurch – Auckland

Hampir jam 9 am, kami check out dari motel. Plannya nak jalan2 sekitar Dunedin, bermula dari Univ of Otago, ke Dunedin Railway Station, terus ke Cadbury World, sambung ke Otago Peninsula dan melawat Lanarch Castle, kemudian mendaki jalan yang paling curam di dunia dan akhirnya bergerak ke Moeraki Boulders sebelum menaiki flight ke Auckland dari Christchurch.

Ikut itinerary nak check out 7am tapi disebabkan sibuk packing barang siap2 nak naik flight semula ke Auckland, maka terlewat lah keluar 2 jam. Akibatnya, tak sempat nak pusing2 Otago Peninsula dan visit Lanarch Castle iaitu satu-satunya istana yg ada di New Zealand. Istana ini terletak di atas bukit dan pastinya menyajikan pemandangan kota Dunedin yang indah. Pssttt… istana ni ada kisah silam yang mengerikan…

Di Dunedin juga, boleh melawat tempat pemeliharaan dan pembiakan penguin. Hmmm… banyak juga sebenarnya aktiviti yang boleh dibuat di Dunedin, cuma kami mengejar masa….

Bilik kecil sebelah kereta tu adalah motel office
Comel je... and sempoi

Motel yang kami bermalam di Dunedin

Sejukkkk


Otago University - hanya walking distance dari motel


Saja bawa anak2 tengok Uni. Tak de pagar mahupun guard.
Bebas je keluar masuk.
Kemudian, kami ke stesen keretapi Dunedin. Kalau ada budget dan extra time, boleh join train trip Taieri Gorge Railway kat sini. Returned tix NZD89 p/person. Huiii... idok le saya nak ambik. Kena kali lima tu... then kali lagi 2.75. Journey nya pulak dalam 4 jam. Memandangkan budget tak de dan masa pun tak cukup, so tak yah lah naik.

Ada taman bunga depan stesen.... cantik!




Macam binaan bangunan Sultan Abdul Samad pun ada... hihihi

Ambil peluang bergambar dalam stesen


Keretapi lama tapi well-maintained


Sesuai juga untuk wedding photography

Cadbury World, terletak di hadapan railway station
Harga yang dibayar: NZD70
Website: Cadbury World 
Kami park kereta berhampiran Railway Station, harganya NZD1 p/hour. Tapi kalau park dekat2 area sini, harganya NZD2 p/hour.


Melawat Cadbury World, seolah2 berada dalam filem Willy Wonka dan Charlie and The Choclate Factory.
Saya ambik pakej yang ada guided choc tour... tapi tak boleh bawak camera masuk... Whoaa, sedeyyy... Lebih kurang sejam jugak tour tu. Masuk2 je bau coklat sungguh semerbak dan sangat2 wangi (wangi coklat la).

Pada pandangan saya, tour tu biasa-biasa je... tak de la best sangat2... tak ambik pakej tu pun tak pe. Tapi bila saya tanya anak2 - seronok ke tour ni? Anak2 kata - SERONOKKKKK!!! Hmm... alhamdulillah. Barulah rasa berbaloi ikut tour ni. Dapat rasa macam2 coklat, dapat choc free.. dan yang paling seronok bila tengok choc fall.... teruja sungguh mereka.

Hanya 2 group je masa tu... family saya dan family dari Korea ni. Anak2 saya ni penggemar cerita Korea... bolehlah berborak sepatah dua dengan family ni...


Then... shopping activity. Macam2 ada...
Saya pilih coklat yang tiada dijual di Malaysia 

Saya ambik semua yang saya nak... 
petugas kaunter bantu semak status halal.
Yang tak halal, dia asingkan.
Kena semak status halalnya sebab ada di antaranya mengandungi non-halal gelatine. Petugas kaunter akan bantu untuk semak status halal (sampai Malaysia saya semak semula). Kebanyakan produk menggunakan `halal certified gelatine' tapi ada jugak yang tidak. Petugas kaunter sedia maklum mengenainya. Sebut perkataan `halal' pun fasih. 


Next destination - Baldwin Street
Recognised by Guiness Book of Records as the steepest street in the world

Memang curam betul.
Boleh je bawa kereta naik, tapi abih la minyak... hehe

Kedai souvenir

Kedai sijil. Hahahaha.
Berjaya atau tidak mendaki ke puncak, boleh beli sijil sendiri kat sini


Kalau tak nak ikut jalan raya, boleh naik ikut tangga


Atok baju merah tu dah 3-4 kali pusingan berjogging turun naik jalan ni

Akhirnya, kami semua berjaya tertonggek2 sampai ke puncak.
Cuma abg aji je tak naik... dia kata, nanti dia penat, siapa nak drive?

Perjalanan diteruskan ke Moeraki Boulders

Dari Baldwin St. ke Moeraki Boulders mengambil masa dalam 1 jam @ 75km

Seperti biasa - pemandangan indah menemani sepanjang perjalanan



Nampak cheese factory - nak singgah ke tak... nak ke tak...

Lalu je la... takut terlepas flight ke Chc
Perjalanan masih jauh

Berkenan pulak saya tengok bunga liar ni...
Lembut je... melambai2 ditiup angin





Ha... dah nak sampai



Dah sampai. Ada restoran dan kedai souvenir di sini.


Sangat sejuk di sini... menggigil2 Dania kesejukan.
Angin pantai bertiup punyalah kuat.

Air pasang... so tak kelihatan sangat batu2 bulat tu sebab ditenggelami air.

Batu-batu di pantai ni yang unik - bulat dan bersaiz besar (seperti peluru)
di sepanjang pantai yang terbentang di pantai Koekohe

Banyak dah batu-batu yang pecah akibat hakisan

Perjalanan diteruskan ke Christchurch (Chc)
Dari Moeraki ke Chc mengambil masa dalam 3.5 jam @ 282km
Sampai di Chc dah gelap, perut pun dah lapar... Kami bukak bekal dan makan di tepian Avon River disuluhi cahaya lampu yang samar2 dan cuaca yang dingin...  

Selesai makan, terus ke airport Chc. 
Abg aji dropped kami, kemudian pulangkan mpv ke branch Jucy. 
Dari situ, abg aji jln kaki ke airport... dalam 10 minit gak la.

Fight ke Auckland jam 8.50pm, menaiki Jetstar Airways.


Sampai Auckland, jam 10.10pm. Memang kali ni saya tak booking kereta awal2 sebab tak pasti nak sewa kereta atau menggunakan public transport je. Niat asal nak naik bas sebab nak experience kenderaan awam di sini, tapi bila fikir2 balik, kalau naik shuttle (sky bus) returned dlm NZD100 (sefamily) dengan luggage2 berat ni... Pas tu nanti payah pulak nak jalan2 kat sini. Kena jugak ambik transport lain kalau nak jalan2 keesokan harinya. Nak tengok map lagi... 

Setelah ditimbang tara... keputusannya, sewa je la kereta. Ingat! Berjalan tak mo stress2.

Tak banyak pilihan sebab dah malam. Ada yang kereta dah habis, yang tinggal kereta mewah je. Ada yg office nya dah tutup sebab dah malam. Hanya ada tinggal 3-4 agent car rental je yang masih beroperasi. Akhirnya, kami sewa kereta dari Avis.

Ni la keretanya

Check in semula di Kiwi International Hotel.
Hotel yang sama mcm hari tu, tapi bilik berlainan.

Harga yang dibayar: NZD368 untuk 3D2N


Bila bukak luggage... alamak! Terbawa pulak remote tv Cumberland Motel, Dunedin. Haiyooo... siapa punya kerja lah ni... yang termasukkan remote ni dalam beg besar ni. Kan dah jadi satu kerja pulak nak kena poskan balik ke Dunedin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan