Sabtu, 30 April 2016

Percutian ke New Zealand (2)

Assalamualaikum...


2nd day - Agrodome - Government Garden - Te Puia - Centennial Park



Pengembaraan di NZ akan bermula hari ni. Saya bangun seawal 4.30am untuk menyediakan bekalan dan juga mengejutkan yang lain2 untuk mandi bergilir2. Pukul 4.30am di NZ bersamaan dengan pukul 12.30am di Malaysia. Kalau di Malaysia, kami baru nak tidur. Tapi sekarang, di sini dan di waktu yang sama kami dah bangun, bersiap sedia untuk ke Agrodome.

Selesai bersarapan di hotel (sendiri masak), kami bertolak ke destinasi yang pertama pukul 6.50 am. Perjalanan ke Agrodome, sejauh 212km dan mengambil masa selama 2.5 jam. Kena sampai Agrodome sebelum 9.30am sebab show bermula 9.30am.

Bismillahirrohmaanirrohiim. 
Destinasi yang dituju adalah Agrodome dan Te Puia.


Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pemandangan yang tak jemu-jemu mata memandang
Lembu2 ni pun kelihatan menarik



Rasa macam nak berhenti semua tempat untuk bergambar... huhu
Dah sampai pekan Matamata.
Dari sini boleh melencong ke Hobbiton Movie Set, tapi kami tak pergi pun. Memang tak berniat nak pergi pun atas sebab-sebab berikut;
  1. Tak follow pun cerita tu.
  2. Kalau pergi pun, just untuk tengok kawasan luar rumah2 yang comel tu je... kat dalam kosong, tak de apa2pun melainkan ada sebuah rumah yang dijadikan sebagai cafe,
  3. Kalau nak pergi, kena ikut tour agent, naik bas dorang. Harga pakej sangat mahal iaitu NZD114 (dewasa) dan NZC74.50 (kanak-kanak).
Macam saya, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak... kena kali dengan 2.76... Uiii tak sanggup mak, nak.... Orang kata, kalau melancong ke negara luar, tak adillah kalau nak compare dengan duit RM kita kan. Tapi nak buat macam mana, kita ni bukannya dapat gaji in NZD... kita tetap digajikan dalam matawang RM.

Apa-apapun, kalau budget korang besar dan peminat cerita LOTR, maka Hobbiton Movie Set ini adalah salah satu lokasi yang wajib korang pegi.



Lalu je la


Perjalanan diteruskan lagi. Jauh lagi ni.
Dah nak sampai dah ni
Alhamdulillah dah sampai... lagi 5 minit je show nak bermula.
Ni entrance dari car park. Kena naik atas lagi.


Cantik pokok ni kan. Musim luruh di NZ.


Main entrance. Alhamdulillah sampai tepat pada masanya.
Terus beli tiket untuk 1 family + 1 adult. Kami kan ber5.
Harga yang kami bayar: NZD218.50 (1 hour show + 1 hour farm tour)
Website : Agrodome


Menunggu waktu show bermula.


Ngantuk dah pakcik tu. Agaknya dia bangun pagi2 untuk masak... macam saya... hehehe
Show pun bermula. Satu per satu biri2 dilepaskan.


The bireeesss (biri2) yang glamourous dan ramai peminat


Pakcik ni pun memperkenalkan the birreesss satu per satu


Redho je rupanya


Dah togel


Tengok kantung susu lembu tu.... loaded with milk. Kelihatan berat gitu.


Kakak dari Malaysia berpeluang untuk perah susu lembu.
Kat Malaysia tak dapat buat macam tu.


Dan pengunjung bertuah yang lain juga berpeluang menyusukan anak birreeesss



Kalau tak silap pendengaran saya, dia kata NZ ni ada 4 mil penduduk tapi kambing dan seangkatannya ada 40 mil. Hmm... macam mana dorang nak jaga semua tu ye?



Dijaga dengan bantuan anjing pengembala ni.


Tengok la bulunya tu.... berjuraian. Susah nak sikat ni.
Ready for guided farm tour.


Pakcik ni la tour guide kami.
Dia akan bawak pusing keliling farm.


Mula-mula nampak sekawan lembu. Masa kat sini, tour guide tak bagi turun.
Bahaya kot... takut kena tanduk dengan en. moomoo


Nampak macam ada lesung pipit pulak en. lembu ni



Lepas tu ada berkawan2 biri2 - spesis Romney


Geramnya... jinak2 sungguh, sopan2 belaka.


Tour guide bagi makanan untuk diberi kepada si comel ni


Lembutttt sangat... gebu gebas.


Seronok anak2 saya... Alhamdulillah.
Eh, mak nya pun seronok gak.
Besar sungguh farm ni. Mengikut katanya 350 ekar.


Singgah ke tempat seterusnya... ada Ilama dan Alpacas


Merata-rata ada


Gemuk2


Boleh buat bungee jumping jugak kat sini


Rusa pun ado... tepat2 tiang tu menutup muka rusa ni.
Ni je la gambar rusa yang saya ada. Gambar lain, en rusa berada pada jarak jauh.


Setelah penat melawat ladang, kami disajikan dengan jus kiwi... yeayyy


Pure n fresh




Then sambung perjalanan melawat ladang tanaman zaitun....


Ladang kiwi... 
harus berposing begitu begini dengan buah kiwi yang terjuntai2


Ladang feijoa... haaaa... pernah makan feijoa? Rasa cam buah jambu sket.


Boleh petik buah2an untuk dibawa balik... yg hijau tu feijoa
Tapi bukanlah dalam kuantiti yang banyak... agak2 la
Ni seladang ke


Ostrich pun ado
Dan akhirnya, selesai lah sudah... dalam sejam lebih sikit
Best experience ni, especially bab feeding the animals dan meramas2 bulu biri2
Mesin proses bulu biri2
Bulu yang telah diproses



Lavender pun ada


Foot bath - tempat untuk cuci kasut yang kotor setelah berhempas pulas di ladang tadi... kekekeke


Sebijik dgn biri2 yang kat atas pentas tadi.


Next destination - Rotorua Islamic Centre


Alhamdulillah... mudah jumpa dengan bantuan Waze


Syukur dapat menunaikan kewajipan dalam keadaan yang sungguh selesa


Keadaan dalam masjid. Sini juga dijadikan tempat solat Jumaat. 
Salah seorang penjaganya bernama Mursyid - student U di Rotorua. Berasal dari Bangladesh, ambil jurusan Project Management.


Mursyid - bermurah hati menyajikan buah epal kepada kami.


Seterusnya, jalan2 mencari lokasi yang sesuai untuk bukak bekal... perut pun dah lapar. Mursyid kata... kat depan sana ada tasik cantik... maka kami pun mencarinya. Termasuk pulak ke kawasan perumahan ni... Yang saya perasan, rumah2 di sini semuanya bersaiz sederhana je. Tak nampak pun rumah agam or rumah double/triple storey.
Comel2 je rumahnya... senang nak kemas.




Akhirnya, jumpa la tasik ni - The Government Gardens




Bekalan yang dibawa
Sambal sardin yang teramatlah enaknya. Makan dalam keadaan yang tenang, aman damai... burung2 berkicau, tasik yang luas saujana mata memandang... Udara pulak sungguh nyaman. Sekali sekala angin bertiup, terasa kedinginannya. Alhamdulillah.







Selesai makan, kami ke destinasi seterusnya - Te Puia. Te Puia tak jauh dar Agrodome tadi, lebih kurang 15 min drive, di Whakarewarewa Geothermal Valley.



On the way ke Te Puia.


Dah sampai - kaunter tiket.
Harga yang dibayar: NZD173 (Pakej Te Ra + Haka)
Website: Te Puia - The Maori Village
Bila saya nak beli tiket, saya nyatakan - untuk satu family dan seorang dewasa (sebab kami ber5). Dia tanya... how many children do you have? Saya jawab la 3, tapi seorang dah nak masuk 18 tahun. Lepas tu dia kata, tak pe... dia kira satu family je lah. Alhamdulillah.... jimat di situ.


Tak lengkap percutian ke NZ kalau tak tengok Haka Dance, Maori Cultural Show performance


Lepas performers menari, diajaknya pengunjung menari sama.


Termasuklah abg aji saya... yg pandai menyorok di beakang sana... hehe
Boleh release tension kan...


Gambaran keseluruhan geyser terrace
Whakarewara Geyser Terrace


Meletus2 keluar memancar ke bumi










Luas kawasan ni


Mud Pool
Cooking Pool


Lumpur yang menggelegak


Earth Oven


Te Arawai war canoe


Boleh tengok burung kiwi kat dalam tu.
Burung ni rupanya tinggal di kawasan yang gelap dan sunyi.


Di sini juga ada NZ Maori Arts and Crafts Institute














Kalau agak2 tak larat, boleh naik buggy ni... sebab kawasan ni memang luas


Seperti biasa - mesti ada kedai cenderamata
Masa nak balik, kami terjumpa satu taman yang sangat cantik. Ada banyak pokok berwarna-warni di sini. Sekarang kan autumn... warna-warna daun pokok sangat cantik.


Nama tempat ni -  Centennial Park


































Matahari pun dah hampir berlabuh
  






Waktu untuk pulang


Another 2.5 hrs driving to Auckland


Singgah di Turkish Restaurant untuk isi perut.
lokasi dikesan dengan bantuan Zabihah.






Sampai hotel, potong buah feijoa. Gini lah rupanya yang telah dipotong.
Bersambung di Percutian ke New Zealand (3)...

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak,
    Bestlah entri ni, sangat berinfomasi untuk semua.
    Thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Farel... Alhamdulillah, TQ....

      Padam
  2. info yg sgt berguna n menarik.saya mencari sungguh blog yang ke NZ semasa autumnz,alhamdulillah akhirnya jumpa juga.tq

    BalasPadam
  3. hye nak tanya bole tak kite bawak sambal atau cili boh dlam packet ke nz?rasa nye lepas tak tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bawa cili boh puteri tu dan declared dlm list

      Padam