Rabu, 27 April 2016

Persediaan Percutian ke New Zealand

Assalamualaikum…

Alhamdulillah… Allah tunaikan impian saya 13 tahun yang lalu. Lama sungguh berangan2 nak jejakkan kaki ke New Zealand (NZ). Ada 2-3 kali hampir jadi…. tapi tak jadi juga. Salah satu faktornya, tak tergamak nak bayar tambang flight…. Maklumlah, semuanya kena kali 5 (sekeluarga). Tapi bila AA dah buka semula laluan ke NZ, saya terus book tanpa fikir musim apa, hari apa, cuti ke tak, sekolah ke tak, busy ke tak… semuanya tolak tepi. Kalau pikir macam2 lagi, mungkin tak tercapai juga hajatnya. 

Cuba tarikh itu dan ini (sebab nak cari yang murah), akhirnya booked 28 Apr – 7 Mei 2016. Sampai M’sia – 8 Mei sebelum subuh. Sejak itu, saya mula buat persiapan, especially mengenai itinerary. Itinerary ni paling penting dan kena buat dulu, sebab dari situ baru boleh anggar masa perjalanan, mana nak bermalam, berapa lama nak booking transport dan paling kritikal sekali adalah anggaran budget.


Musim Apa?

Ada yang bertanya, kenapa tak pergi hujung tahun… masa tu summer (nama je summer, tapi sejuk jugak), view pun lagi cantik… ada saki baki snow, snow capped mountains, bunga lupin…… These are the reasons…

1.  Kami nak pergi sebelum kakak masuk U. Bila masuk U nanti, cutinya tak tau bila dan tak sama jugak dengan cuti sekolah. Baik la booking pada tarikh2 yang tak berapa nak jauh dan kakak belum sambung study.
2. Musim autumn pun cantik jugak. Pergilah apa musim pun, saya rasa semuanya cantik. Suhupun just nice… belas2. 
3. Musim ni, bukan peak season. Maknanya, harga motel or transport is cheaper... dan banyak pilihan juga sebab tak penuh sebab tak ramai sangat tourist. Kalau hujung tahun - peak season…. Tourist ramai… harga slightly higher… motel kena book awal2 sebab takut penuh… kalau penuh, tak dapeklah nak stay kat budget motel, kena la spend banyk sikit.

Cumanya, kalau pergi time summer… waktu siang lebih panjang… so boleh panjangkan lagi langkah untuk ke mana-mana. Waktu autumn ni, jam 5.30 dah gelap. Kalau drive time gelap ni, tak dapatlah nak menikmati pemandangan kiri kanan yg tak jemu2 mata memandang.

Selesai bab itinerary, baru boleh nak book penginapan dan kereta. Di Auckland, kami berkereta sahaja sebab luggage semua tinggal di hotel (tak angkut sekali berjalan2). Tapi di south, kami sewa mpv sebab sentiasa moving from one place to another dengan luggage2 skali.

Nak sewa motorhome / caravan ataupun kereta/mpv?

Kebiasaannya, mereka yang berhajat ke NZ pasti teruja nak tour menggunakan motorhome @ caravan, kannnn... Saya pun macam tu juga. Mulanya nak sewa caravan sebab ingat nak jimat masa…. Saya bayangkan, (konon2nya) bangun tidur boleh terus start enjin dan terus jalan… hahahah… Sambil jalan tu, bolehlah mandi ke, masak ke, makan ke kan…. Tapi, tak boleh buat macam yang saya bayangkan tu. Masa atas jalan, semua kena tutup. Tidur, masak, mandi semua kena dekat campsites. Di campsites jugak la kalau nak buang bahan buangan, isi watertank dan charge power. Some more, nak kena cari juga di mana lokasi campsites tu kan. Which is saya fikir sama je kalau menginap di motel (motel pun nak kena cari juga mana tempatnya). Hmm... kalau di motel, lebih selesa untuk tidur, mandi dan masak. Setelah timbang punya timbang, eloklah kami sewa mpv je. Kalau sewa mpv, senang nak park mana2 especially kalau masuk town, luas sikit view passengger blkg (boleh tengok kiri kanan) dan yang paling penting, pergerakan lebih mudah (boleh laju sikit). Maklumlah, masa tak banyak… tapi macam nak pergi semua tempat… erkkk. 

Kami sewa kereta dan mpv dari JUCY, tapi last day sewa dengan AVIS. Booking dengan JUCY dibuat dari Msia. Ada kerugian sikit di situ… huhu. Saya dah pernah terbaca, blogger ni nasihatkan sewa dengan Shoestring sebab katanya Shoestring ni murah dan semuanya bagus lah (contohnya, kenderaan tip top, no hidden cost, boleh pick up dan hantar bila2 masa, customer service bagus), tapi saya boleh terlupa pulak apa yang saya dah baca ni… dan pi booking dengan JUCY yang gambar pompuan sexy tu… huhu. 

JUCY ni, memanglah harga yang dipapar jauh lebih murah dari Shoestring, tapi tak masuk tok mak nenek cucu cicit semua. Pendek kata, hampir NZD80 jugak bezanya…. Cuba kali pulak dengan 2.76 (exchange rate pada masa kejadian). Sebenarnya saya mintak quotation dengan JUCY, Shoestring dan few other companies…. cuma saya terima reply Shoestring agak lewat masa tu… Tu yg dah ter book JUCY. 

Kalau korang nak pergi, book dengan Shoestring ye. Murah and no hidden cost. Bila2 masa boleh ambik dan hantar. Shoestring ni ada dekat south je. North tak de.

Perlu domestic flight tak?

Lepas selesai book tiket, mulalah plan nak buat macam ni – tour bermula dari Auckland, turun ke bawah ke Waitomo, Rotorua sampai Wellington, lepas tu naik ferry sampai Picton, turun lagi ke  Christchurch – Tekapo – Mt Cook – Wanaka – Queenstown – Te Anau – Milford Sound – Dunedin – Oamaru – Christchurch dan naik flight balik ke Auckland. Maknanya nak cover north dulu, turun ke bawah terus sampai menyeberangi Cook Strait then baru cover south. Tapi… disebabkan saya main booking je tanpa ada plan apa2, rupa2nya masa tak cukup untuk tour secara macam tu. Unless nak tambah hari… Hmmm, kalau tambah hari bermakna tambah ongkos dan juga tambah ponteng cuti sekolah.

Jadinya…. Kat north kami jalan2 sampai Rotorua je dan patah balik naik Auckland. Untuk jimat masa, kami naik flight Jetstar ke Christchurch, dan mula jalan2 south. Selesai south, naik Jetstar balik ke Auckland dan kemudiannya jalan2 sekitar Auckland je. Jetstar ni macam Air Asia gak. So… kalau book awal, dapat harga murah. Nak booking seat or luggage or meal… kena up lagi harga. So, saya just beli tiket dan luggage 30kg je. Web check in hanya boleh dibuat 48 jam b4 departure…


Tempahan Penginapan

Tempahan penginapan juga semua dah dibuat awal. Sebolehnya, saya buat tempahan direct melalui website motel tersebut sebab nak mengelakkan timbulnya masalah di sana. (Pssssstt… saya pernah buat booking melalui Agoda dan kawan2nya, bila sampai hotel dorang kata dorang tak terima booking… nasib le masa tu kat Msia je. Pernah juga masa di Vietnam, dorang kata hotel dah penuh… padahal tempahan dah dibuat). 

Normally harga bilik yang dipaparkan hanyalah untuk bilangan orang yang tertentu... so bila kita tambah bilangan orang, harga akan meningkat dan meningkat. Dipaparkan juga max no of occupancy. Ada penginapan yang lebih murah (berkonsepkan kabin @ dorm), tapi bilik air/shower dan kitchen kena share dan terletak di luar. Lecehlah untuk kita yang semuanya anak perempuan yang perlu dijaga aurat ni. Biarlah bayar lebih asal selesa.


Penginapan yang saya tempah, semuanya berkonsepkan apartment 2 bilik untuk 5 orang, yang dilengkapi dengan kitchen facilities dan bilik air.

Stok Makanan?

Kami bawa stok makanan dari Msia… beras 4kg, bihun 2 bungkus, sardin, Brahims, kicap dll. Banyak dapat berjimat bab makanan ni. Saya tak la standby stok makanan utk sepanjang berada di sana, sbb nak jugak makan kebab dan fish n chips kan…. Oh ye... senaraikan semua barang makanan yang dibawa ye... untuk memudahkan kerja imegresen. Boleh google senarai makanan yang tak boleh dibawa masuk ke NZ.

Saya senaraikan barang yang nak dibawa, mudah2an tiada yg tercicir…. Dari periuk nasi (comel je periuknya) sampai la ke rubber band, plastik sampah dan kain buruk sekali… hehehe…. Tapi di sana saya beli jugak kitchen towel dan setiap hotel mmg sediakan kain lap. Cuma kain buruk saya ni (actually, sapu tangan lama) untuk buat lap2 semasa makan di park atau mana2 yang perlu. Baby wipes pun saya bawak, apatah lagi kicap.

Kat sana senang nak dapat ayam/daging halal dan harganya murah je. Kalau makanan yang dah dimasak, memang mahal. Bayangkan, sekali makan (tanpa minuman) utk kami sekeluarga je dah NZD60-70… itu sekali makan tu… tak de air lak tu…. Kali la dengan 2.76. Kalau dah berpuluh2 kali makan????
   

Semua dah siap dalam folder - itinerary, boarding pass, info pasal motels, transport dan semua yang berkaitan.
Inilah makanan yang kami bawa. Sangat mudah memasak dengan menggunakan bantuan Brahims dan yang sewaktu dengannya.
Yang berbungkus tu... rice cooker. 
Barang makanan semua saya letak dalam satu beg, senang kastam nak check


Oh ye… kalau nak disc tix, korang boleh survey harga kat website ni - Bookme.co.nzGrouponnz.co.nz dan GrabOne.co.nz. Website ni popular di New Zealand yang jual on discounted rate. Bookme jual tix utk aktiviti berbayar… disc rate dia tinggi gak… mmg berbaloi. Groupon dan GrabOne pulak, offer disc untuk hotel dan pakej tour. Cumanya kena rajin la survey. 

Tapi, saya tak guna pun sebab bila saya campur tolak, lebih kurang je harga dengan yang saya dapat, sebab saya kan ambik family package + 1 adult. Kalau saya ambik untuk 1 adult je, risau lak kot2 nanti tak dapat hadir on time atau tak jadi nak buat aktiviti tu… kan dah rugi. So, tak pe la bayar harga standard untuk yang 1 adult tu daripada kerugian akibat uncertainty matters. Lagipun, bila saya tengok jadual, mostly tiket yang awal2 pagi yang ada diskaun… tu yang takut tak dapat tiba on time.

Bersambung di Percutian ke New Zealand (1)

5 ulasan:

  1. slm sis.. blh x email iti new zealand ni ke wanie_wn@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Boleh tak bg contoh senarai makanan yg nak ditunjukkan kat kastam NZ tu? hehe..
    alonajalil@gmail.com

    BalasPadam
  3. AsSalam makcik. boleh emelkan itinerari ke najwacres_wawacr91@yahoo.com mcm best tgk makcik punya trip hehe terima kasih makcik ~

    BalasPadam
  4. Salam sis. Boleh kongsi dengan saya x contoh itinerary, list makanan dan lain2 yg sis buat dlm fail tu please. Saya nak pergi tgh bulan ni. Email saya elledasalleh@yahoo.com. TQ sis.

    BalasPadam
  5. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    BalasPadam