Ahad, 28 Februari 2016

Percutian ke Korea (5)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Korea (4)

Hari terakhir di Korea. Selepas breakfast di hotel, kami di bawa ke kedai duty free di Cheongha, terletak berdekatan dengan Incheon Airport. So... bolehlah menambah2 souvenir jika tak cukup.

Hari terakhir, tour agent belanja makan mee udon di Cheongha

Tak ingat nama restoran ni, tapi nearby airport
Lepas kenyang makan, kami bergerak ke airport

Banyaknya beg... maklumlah 5 orang

TQ Mr. Hong for your hospitality and kindness

Ouchhh... salji turun lagi

Alhamdulillah

Seronok anak2 saya

Rasa nak keluar semula pun ada

Ruang solat di Incheon Airport






Disebabkan snow turun dengan lebatnya, kami stranded dalam flight for almost 2 hours. Ini disebabkan flight kena melalui proses `deicing' sebelum dibenarkan terbang. Deicing ni macam removal of snow dari flight tu la supaya ia tak mengganggu apa2 yang tak sepatutnya diganggu. Tapi... kami tak perasan pun 2 jam yang terperap tu sebabnya masing2 lena dibuai mimpi disebabkan kepenatan setelah beberapa hari yang penuh dengan aktiviti travel.


Total hours in flight = 2 jam (deicing) + 7 jam (journey)


Akhirnya, senja pun berlabuh dan perjalanan diteruskan...

Keseluruhannya... puas hati dengan pakej yang diambil ni... value for money... Hotel selesa, makan best2, tour leader baik, bas selesa dan lain2. Cuma, yang tak berapa nak best ada 3 je...
  1. Waktu shopping di Namdaemun sekejap sangat... walhal ada dimasukkan dalam itinerary. Sepatutnya tak perlu pergi ke Dongwha Duty Free tu (sebab tu semua barang2 mahal). 
  2. Tempat2 ginseng, amethyst tu semua pun tak perlu... tapi mungkin ini requirement dari government sana untuk tour package kottt... macam China.. dan
  3. Masa di Everland - separuh hari siang je was not enough... hehe. Kesian anak-anak tak dapat nak naik ride macam-macam. Anyway... memang sedia maklum pun, beginilah kaeadaannya kalau ikut tour. 

Alhamdulillah.... TQ Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan