Khamis, 25 Februari 2016

Percutian ke Korea (2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Korea (1)

Hari ini, kami akan dibawa melawat ke lokasi penggambaran Winter Sonata yang famous tu... Nami Island. Nak masuk Nami Island kena ada visa sebab kawasan ni milik orang persendirian, tapi tu semua dah termasuk dalam pakej. Ala... ala-ala macam bayar tiket masuk la. 

2nd day - breakfast di hotel



Ferry yang akan membawa kami ke Nami Island
Jauh jugak perjalanan dari Seoul ke sini

Berpusu-pusu nak naik ferry
Anak-anak merayu nak naik flying fox ke Nami, tapi cam no...
Lainlah kalau ni trip sendiri

Banyak je feri yang berulang-alik... tak perlu tunggu lama pun

Dah hampir sampai Pulau Nami

Sudah melepasi imegresen Pulau Nami
Marilah kita mendengar taklimat Mr Hong


Dalam ramai2, mesti ada yang lain... hahahaha









Berlatar belakang kan tasik yang membeku







Boleh panaskan badan di sini




Lunch di sini juga



Ruang solat lelaki

Ruang solat wanita






Dah tiba waktu untuk balik

Babai Nami... 


Kat sini la flying fox nya

Jumpa pulak schoolmate kat sini

Bergambar dengan Mr Hong

Destinasi seterusnya adalah yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak iaitu bermain ski di ski resort. Ini adalah optional tour dan sesiapa yang tidak mahu main ski, boleh jalan2 or minum2 di sekitar resort. 



Saya pun dah lupa apa nama ski resort ni (ada banyak ski resort yang lain juga). Peralatan ski tidak termasuk dalam harga pakej dan perlu disewa berasingan. Agak mahal juga harga yang perlu dibayar iaitu USD40.... Untuk saya sekeluarga, kena lah kali dengan 5 bersamaan USD USD200... huhu. Tak pe la, bila lagi nak merasa main ski.  
Di tempat sewaan peralatan ski


Ready dengan ski suit



  Mr Hong ajar kami macam mana nak guna semua2 tu

dan macam mana nak bangun jika terjatuh


Dania pandai guna alatan ski tu dan berani meluncur laju

Saya? Asyik terjelepuk jatuh.... dan bila nak bangun, amatlah payahhhh

 Tengah syiok2 main, salji turun.... Alhamdulillah
Merasa jugak pengalaman macam ni
   
Untuk yg amatur, main kat bawah2 je la

Kalau profesional, bolehlah main turun dari atas ke bawah...
So, kami berada di situ sehingga ski resort tutup
Puas hati anak-anak

Bila nak balik, dihujani salji yang semakin lebat.... bestnya

Dinner hari ni, main masak-masak di restoran Nami-ok

Sup sea weed

Ala-ala buat nasi goreng... masukkan bahan satu persatu
Mula2 masukkan cabbage, daging ayam, sauce dll

Nasi, salad dan seaweed

Campurkan dengan bahan2 tadi

Dan gorengggggg...

Kacau kacau kacau

Sampai jadi cam ni.... nampak menyelerakan sungguh kan
Kami panggil nasi goreng je.... dalam bahasa Korea, ntah apakah namanya

Sambil makan, kami lihat salji semakin lebat di luar. Kami lihat menerusi tingkap, subhanallah.... cantiknya suasana dan pemandangan tu... menyebabkan kami tak sabar2 nak keluar untuk merasai sendiri salji yang lebat jatuh ke atas diri sendiri dan of course untuk bergambar! 



Inilah restorannya



Alhamdulillah, perjalanan hari ini semuanya berjalan lancar dan Allah beri kami peluang untuk merasa pengalaman `bersalji'. Seronok saya lihat anak-anak seronok.

Bersambung di Percutian ke Korea (3)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan