Rabu, 24 Februari 2016

Percutian ke Korea (1)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berpeluang juga anak-anak menjejakkan kaki di bumi Korea (ibu pun samo lahhhh). Kami sekeluarga pergi melalui pakej percutian daripada MyCentrio Holidays (saya tak pasti company ni masih wujud atau tidak). Harga pakej sangat2 reasonable iaitu RM2699 (tak ingat la pulak). Semua inclusive... kiranya hanya perlu bawa duit untuk shopping je jika mahu. Tak nak bawa pun tak apa.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, nice trip. Makan pun sodap2. Yang tak begitu puas hati, hanyalah masa untuk shopping souvenirs sangat-sangat limited (katanya ada miss communication antara travel agent dari Msia dan Korea, wallahualam). 

Memang sengaja pergi melalui travel agent sebabnya kami sekeluarga pergi masa winter... Saya nak semuanya ready, especially bab2 makan dan transport. Tak kuasalah saya time2 sejuk beku ni nak study map, mencari-cari tempat, mencari-cari makanan halal dan sebagainya. Lagi satu, daripada pembacaan saya melalui blog walking, macam penat je nak menapak mencari sesuatu lokasi kan... huhu. 

Bertolak dari KLIA jam 1 am @ 24 Februari 2016

Sampai Incheon dalam 7 jam yang berikutnya

Waktu Korea dan Malaysia berbeza 1 jam

Punyalah panjang beratur
Imegresen mogok ke apa... kaunter tak bukak2

Jumlah ahli rombongan 34 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak

Bas dah sedia tunggu... suhu -6
Anak-anak seronok tengok mulut sendiri berasap bila bercakap

Mr. Hong - tour guide kami sepanjang tenpoh percutian ini
Terus dibawa bersantap di Itaewon


Makanan halal banyak di Itaewon


Kami lunch di Turkish Restaurant, Itaewon

Selepas lunch, kami dibawa menunaikan solat jamak dan qasar di Masjid Itaewon... berdekatan dengan restoran tadi

Ruang solat lelaki

Ruang solat wanita - kena naik tangga... tingggiiiiiii wooooo

Muka depan masjid


Kemudian, kami dibawa ke Cheonggyecheon Stream. Menurut Mr. Hong, ini adalah sungai asal yang mengalir melalui tengah2 bandar Seoul, dari barat ke timur. Dulu2, sungai ni tempat para housewives berkumpul untuk membasuh dan mengambil bekalan air dan juga tempat kanak-kanak bermain. Kerajaan sekarang, mengambil inisiatif untuk preserved dan restoration sungai ni. 



Laluan sebenar sungai Cheonggyecheon


Destinasi seterusnya, ke National Folk Museum. Muzium ini merupakan muzium nasional Korea Selatan yang menyimpan artifak2 sejarah yang digunakan dalam kehidupan harian masyarakat Korea.  



National Folk Museum

Ada fun class untuk anak-anak kecil belajar Bahasa Malaysia

Pukul berapa datuk harimau???

Mungkin ini selipar tradisional kot


Destinasi seterusnya adalah ke Gyeongbokgung Palace - iaitu istana Kerajaan yang utama semasa Dinasti Joseon. Istana ini didirikan pada tahun 1935

Admission tix was included in the package









Mr Hong bercerita itu ini begitu begini
Ahli group dah bertebaran merata2 untuk bergambar







Destinasi terakhir untuk hari ini adalah Namsangol Hanok Village. Di sini terdapat koleksi 5 buah rumah tradisional Korea daripada Dinasti Joseon (1392 - 1910). Interior dalaman setiap buah rumah mencerminkan pemilik dari lapisan masyarakat yang berbeza dari kelas bawahan sehingga bangsawan.


Carrier zaman dulu











Tiba masa mencari sesuap nasi

Buffet dinner @ Itaewon juga, tetapi di restoran yang berbeza  


Sejuk2 pun nak makan aiskrim... memang kena main2kan dek Turkiye ni

Akhirnya, dibawa ke tempat istirehat
Kami menginap di Grand City Hotel, Seoul


Sekian untuk hari ini. Bersambung di Percutian ke Korea (2)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan