Ahad, 28 Februari 2016

Percutian ke Korea (5)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Korea (4)

Hari terakhir di Korea. Selepas breakfast di hotel, kami di bawa ke kedai duty free di Cheongha, terletak berdekatan dengan Incheon Airport. So... bolehlah menambah2 souvenir jika tak cukup.

Hari terakhir, tour agent belanja makan mee udon di Cheongha

Tak ingat nama restoran ni, tapi nearby airport
Lepas kenyang makan, kami bergerak ke airport

Banyaknya beg... maklumlah 5 orang

TQ Mr. Hong for your hospitality and kindness

Ouchhh... salji turun lagi

Alhamdulillah

Seronok anak2 saya

Rasa nak keluar semula pun ada

Ruang solat di Incheon Airport






Disebabkan snow turun dengan lebatnya, kami stranded dalam flight for almost 2 hours. Ini disebabkan flight kena melalui proses `deicing' sebelum dibenarkan terbang. Deicing ni macam removal of snow dari flight tu la supaya ia tak mengganggu apa2 yang tak sepatutnya diganggu. Tapi... kami tak perasan pun 2 jam yang terperap tu sebabnya masing2 lena dibuai mimpi disebabkan kepenatan setelah beberapa hari yang penuh dengan aktiviti travel.


Total hours in flight = 2 jam (deicing) + 7 jam (journey)


Akhirnya, senja pun berlabuh dan perjalanan diteruskan...

Keseluruhannya... puas hati dengan pakej yang diambil ni... value for money... Hotel selesa, makan best2, tour leader baik, bas selesa dan lain2. Cuma, yang tak berapa nak best ada 3 je...
  1. Waktu shopping di Namdaemun sekejap sangat... walhal ada dimasukkan dalam itinerary. Sepatutnya tak perlu pergi ke Dongwha Duty Free tu (sebab tu semua barang2 mahal). 
  2. Tempat2 ginseng, amethyst tu semua pun tak perlu... tapi mungkin ini requirement dari government sana untuk tour package kottt... macam China.. dan
  3. Masa di Everland - separuh hari siang je was not enough... hehe. Kesian anak-anak tak dapat nak naik ride macam-macam. Anyway... memang sedia maklum pun, beginilah kaeadaannya kalau ikut tour. 

Alhamdulillah.... TQ Allah

Sabtu, 27 Februari 2016

Percutian ke Korea (4)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Korea (3)

Aktiviti hari ke 4 adalah shopping, shopping and shopping. Saya? Yang sebenarnya lebih kepada window shopping je... sebabnya budget untuk shopping tak de... hahhahaa... Lagi satu, saya rasa mahal dan saya pun tak minat... Okay, ini juga salah satu yang tak berapa nak best kalau kita ikut tour... kita kena ikut arrangement dorang lah kan.

Hari ini, kami di bawa ke
  1. Pine Tree Shop (kedai ginseng)
  2. Amethyst Factory
  3. Cosmetic Store
  4. Trick Eye Museum (sama je macam kat Penang)
  5. Hongdae Shopping Street (memang ramai sungguh manusia kat sini)
  6. Dongwha Duty Free (banyak branded item kat sini)
  7. Namdaemun Market
Yang no 8 tu... punyalah saya looking forward untuk pergi... tapi masa yang diperuntukkan untuk shopping souvenirs kat sini hanya setengah jam sahaja sebab market dah nak tutup.... seddiihhhh.

1st destination - Jeil Amethyst
Bergambar kat luar je... kat dalam tak boleh bergambar

Cuci mata je... tapi ada je pembeli

Kawasan sekitar

Di luar bangunan, ada van kecil yang menjual souvenirs....
Haaa... yang ni lebih menarik




2nd destination - Kedai ginseng
Juga tak beli apa2... tapi ramai je pembeli




Selesai melawat 2 kedai, kami ke restoran Marrakech untuk lunch

Restoran Morocco ni

As usual, makanan sedap2. Alhamdulillah.




Ahjusshi driver sedang membersihkan bus nya.
Saya pelik - Mr Hong selalu refer `bus' as a `car'





Sambung shopping di kedai barangan mekap
As usual, saya hanya tengok2 je... Kat sini dorang borong paling banyak

Oh ye... saya beli benda ni satu...
Senang nak mintak anak cabut uban... hahaha

On the way ke Trick Eye Museum, melalui Hongdae Shopping Street

Memang padat dengan manusia... sampai kat `atas' pun ada orang jalan.. heh


Okay. Layan gambar2 di Trick Eye Museum, Korea... bukan di Penang ye... hihi. 







Suka tengok gambar ni






Dania tidur di `ice-bed'


Ice-slide



Sambung cuci mata di Hongdae Shopping Street





Dongwha Duty Free... banyak famous boutique di sini
Basikal pun ada GPS

Besar sungguh anjing tu

Otw ke Namdaemun

Di sini... baru la seronok nak shopping

Tapi masa terhad

Kedai pun dah nak tutup... beli je mana yang sempat


Kakak terserempak dengan kawan-kawannya lagi



Aktiviti penutup pada hari ni... dinner di Ankara Palace Turkish Restaurant

Buffet style

Semuanya sedap-sedap. Alhamdulillah....


Naan pun ado...

Sekian cerita untuk hari ni... bersambung di Percutian ke Korea (5)