Assalamualaikum...
|
Morning from Gold Coast |
Hari ke 3 kami di GC, masih menaiki bas. Hari ni, kami ke Paradise Country sebab nak tengok koala dan kangaroo (aktiviti wajib jika ke Ausie). Paradise Country (PC) ni, bersebelahan dengan Wet n Wild dan Movie World. Ni... kiranya menggantikan Currumbin Sanctuary lah. Entrance fee Currumbin after disc adalah Aud33 tapi kat PC ni hanyalah Aud15 (A) dan Aud10 (C).
|
Otw ke bus-stop, nampak kenderaan ni. Bestnya! |
Faizal kata, boleh juga beli tiket yang bersekali dengan set lunch yang halal. Tapi kami dah siap bawa bekalan. Kat sini pun boleh bergambar dengan koala, kangaroo, sheep shearing shows... Ni semua based on finding Ekyn. Good job, dear. Saya ni, tak de masa nak buat kajian tu semua... Homework pun ada yang tak siap lagi.
Tapiiiiii... dalam banyk-banyak survey yang Ekyn buat, none of them mention yang nak ke PC tu kena menapak jauh ke dalam. Rombongan kami ni kan, meliputi semua peringkat umur... tapi alhamdulillah syukur sebab semuanya sihat dan cergas meneruskan `penapakan' sejauh 1.1 km dari perhentian bas.
|
Agaknya dorang semua masuk dengan kenderaan kot Kami menaiki bas. |
Fuhhh... kagum dengan mak Ekyn yang steady je berjalan sejauh itu. Yang kanak-kanak... sekejap berjalan, sekejap berlari. On the way ke main entrance, jamu mata dengan view farm yang luas terbentang.
|
Dah sampai |
|
Disambut oleh Ilama |
|
Ada show |
|
Sheep shearing |
|
AUD 22 untuk bergambar dengan koala |
|
Ngantuk je kamu |
|
Semuanya bermalas-malasan. Kenyang agaknya. |
|
Gold Mine |
Selesai di PC, kami ke Harbour Town..... yeayyyyy.... yeay....... Kali ni kami dah tak larat nak menapak keluar dah. Sewa 2 cab (van) ke Harbour Town. Satu van boleh memuatkan 12 orang dan harganya Aud45 ke Harbour Town.
|
Van yang disewa untuk ke Harbour Town |
Bestnya.... bestnya kat Harbour Town. Ada sale pulak tu. Tapi tak cukup masa la... huhuhu. Tutup jam 5 pm gak. Kat sini ada tempat solat yang selesa.
|
Disebabkan masa limited... perlu fokus kedai mana nak dituju |
|
Muka happy... Alhamdulillah |
|
Ada surau yang dijaga bersih. Berkunci lagi. Kalau nak guna, kena request kat onfo counter. |
|
Masa untuk balik... |
|
Harap dapat datang lagi... |
|
Sampai hotel, kami sambung jalan-jalan kawasan sekitar Makan churros panas-panas di kala angin sejuk menyapa... fuhhh
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan