Sabtu, 31 Mei 2014

Percutian ke Gold Coast (2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Percutian ke Gold Coast (1)

Pengangkutan kami sepanjang di GC adalah melalui bas awam sahaja. Guna Go Card, deposit Aud10 for adult dan Aud5 for child. Kami beli di Seven E sahaja. Kalau tak cukup, boleh top up lagi. Jika guna kad ni, dapat diskaun (tak ingat berapa %) daripada normal price. Deposit dan baki boleh claim balik.


Go Card
Oh ye, lupa nak cerita. Saya bayar visa dalam RM32 per person tapi Ekyn dapat RM10 per person je. Rezeki....

Hari ke2 di GC, kami ke Sea World. Bekalan makanan dah siap2 di masak di apartment... dimasak oleh chef Ekyn dan maknya. Saya tolong sikit2 je. Kat sini, tak de restriction untuk bawa masuk own food dalam theme parks... tak macam Disneyland, USS... even di Sunway Lagoon pun tak boleh. Bestkan!

Tiket theme parks pun dah beli siap2 dari Malaysia, through online. Ada disc 50% youuuuu... dapat dalam Aud50 per person. Tix ni for unlimited entry pulak tu.... sampai 30 June 2015 tau. Harga asal Aud100. Tix ni cover Sea World, Wet n Wild dan Movie World. 

Kami tak pergi pun Wet n Wild sebab tak cukup masa. Dreamworld pun tak pergi sebab reason yang sama. Rides dekat park, lebih kurang je mana-mana pun. Oh ye... semua parks tutup pukul 5. Bila masuk parks, kena tengok waktu-waktu show. Kalau melepas, rugi la... Jangan lupa bawa raincoat ye!

Parents Ekyn.... (missing my parents)

Bus stop ni tak jauh dari Moorings

Dalam bas... tak ramai orang

Dah sampai Sea World... yeehaa

Faizal sedang berurusan di kaunter

Alhamdulillah, kami dapat beli yang murah
VIP pass ready... sebelum tu kena tangkap gambar dulu
Then dorang buatkan pass ni

Homework Ekyn

Penguin yang comel2

Dolphin


Tunggu Imagine Dolphin show

Erin terjumpa ex-classmate kat sini pulak... kecilnya dunia

Ada aksi berenang dengan dolphin, tapi laju sangat... tak sempat nak capture






Naik ride ni, kena pakai raincoat

Kalau tak bawa raincoat, ada je jual kat sini
Saya tak teringat nak bawa, alhamdulillah Farina (adik Ekyn) ada extra

Kalau tak pakai raincoat, memang kuyup la

Seronoknyaaaa


Tunggu Fish Detectives Sea Lion Show



Dalam kantung hitam tu, ada ikan untuk singa laut

Bagi upah makan ikan

Bijak dia... mendengar kata





Dora's Adventure Show










Geramnya tengok pola bear ni

Melepakkk je... nampak malas naw


Cafe dah tutup - sebab masa ni dah petang




Recycle park maps
Sebenarnya, macam-macam aktiviti ada kat sini dan anak-anak enjoy sangat. Seharian di sini, memang puas hati.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan