Assalamualaikum...
Kali ni saya nak cerita pasal jalan2 di Kelantan pada 16 hingga 18 Mac 2015 yang lepas.
Hari Pertama (16 Mac 2015)
Dari KL, kami ikut cadangan En Waze... lalu LPT. Sampai KB agak lambat... dlm jam 4.30pm sebab jalan sungguh bersantai... berhenti breakfast... berhenti lunch dan nature call. Sesampai je kat KB, terus cari roti titap kat Kopitiam Kita tapi kedainya dah tutup... hahahaha. Waktu urusniaga sampai jam 1.30pm jek. Maka, haluan pun diubah... misi mencari megi ketam.
Ada banyak tempat yang jual megi ketam. Kami pi kat Indra Tomyam, Kampung Pasir Pekan. Mula2 sampai, nampak cam kedai chayanunalif.... sebab semuanya kelihatan merah... alas meja... dinding... Hihi..
Hmmm... Sedapnya... Kecur air liur nengoknya
Gemuk betul ketamnya
Puas hati la makan kat sini sebab isi ketamnya banyak... ketamnya sihat2 belaka. Tapi biasalah... nak makan ketam ni, tahap kesabaran haruslah tinggi. Kami order 4 megi ketam, 1 megi tomyam dan air2... total semua RM95.
Lepas makan, baru check in hotel. Saya booking Tune Hotel di Kota Bharu. Saya suka dok kat Tune sebab hotelnya murah dan kebersihannya memuaskan. Harga semalam untuk satu bilik biasa boleh cover harga semalam untuk 2 bilik di Tune... hehehe. So... jumlah yg dibayar untuk 2 bilik, 3 hari 2 malam adalah RM304. Ok, kan??
Hihi... kosong jek... mana orgnya
Tune hotel ni terletak bersebelahan dengan KB Mall. Kami jalan-jalan juga kat KB Mall... best jugak. Saya nampak ada bbrp gerai yg jual baaaanyaaakkkk jubah2 yang cantik2. Gerammm je nak beli tapi tahan nafsu sebab tak lama lagi nak jln2 Bandung dengan kwn2... hihi... (Ooops.. citer pasal Bandung dah published dulu). Dah penat jalan2 cuci mata kat sini, kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)... saje jalan pusing2...
Pegi PCB dah malam, kan... of course la tak nampak apa2... gelap gelita... Nampak laut yang samar2 di sinari cahaya bulan. Tapi angin.... kemain best lagi... sejuk rasanya. Kat sini, kami makan ice cream pasu (hahaha.. jakun plus pelik sat) dan ABC kelapa... total cost RM31 utk 5 orang.
Senarai harga
Aiskrim Pasu in real life
ABC kelapa
Hmmm... cenggitu rupanya. Tak de apa yang istimewa pun, cuma airkrim tu diletakkan dalam bekas plastik dan dimasukkan dalam pasu bunga... pas tu dicucukkan sanggul eh bunga plastik. Saya belek2 bunga plastik tu.... kelihatan habuk2 halus di situ...huhu. ABC kelapa pun sama... aiskrim dimasukkan dalam buah kelapa... cuma tak dicucuk bunga plastik je. Kedua2nya... ada pulut didasarnya.
Hari Kedua (17 Mac 2015)
Nasib sempat masuk coin pepagi sebelum staf Majlis Perbandaran saman kereta kami... dia ada je selang beberapa. Oh ye, kat sini parking berbayar... tapi murah je la... MPK punya.
So, misi hari ni nak pegi Kopitiam Kita, menyambung misi yang terbantut semalam. Punyalah ramai orang... tapi seperti biasa, mulakan apa2 sahaja dengan Bismillahirrahmanirrahim... insyaaAllah Allah permudahkan urusan kita. Alhamdulillah dapat parking kat port yang paling strategik.
Masuk2 je... umangaiiii.... penuh sesak... Tetiba ada somebody yg tolong sua kan tempat. Saya agak, dia tokey kedai sebab gambar dia terpampang di dinding kedai bersama-sama dengan orang2 kenamaan dan juga artis2 yg dtg ke Kopitiam Kita.
Suasana hingar-bingar dan servis pantas. Tapi, kalau nak tambah2.... haaaa.... lambaaattt ya amat. Rupanya memang gitu kekdahnya. Kami order 5 roti titap, 3 makaroni bakar, 2 nasi bungkus dan 5 milo ais jumlahnya RM53. Ada juga atuk hensem jual tudung naelofar kat tepi pintu masuk kdai... hikhik..
Lepas tu, kami pergi ke Pengkalan Kubor... cuci mata. Kat sana saya beli coklat2, kuali tefal, mainan adik, baju2, drone, tempat pinggan stainless steel. Murah2 coklat kat sini, agaknya harga lebih kurang sama dengan Langkawi. Saya beli pepero, bueno, daim, ferrero, cadbury. Saya dah beli 2 kotak pepero kat SLM Niaga dengan harga RM45.80. Bila jalan2 lagi, jumpa pulak tempat yang jual pepero lagi murah... Pepero yang sama dijual dengan harga RM39.90... beli lagi.
Bila nak keluar dari kawasan shopping, saya declare semua barangan yang dah dibeli... siap tunjuk semuanya dekat kastam.. tunjuk resit sekali... hahahaha... kena cukai RM20. Saya tengok, kereta lain main lalu je.... cakap2 ngan kastam, tak keluar pun dari kereta... tak tunjuk2 pun barang...hahaha.
Perut pun lapar. Ngada-ngada lak nak makan kat tepi pantai. Makanya, kami pi ke Pantai Sri Tujuh. Tak ramai orang pun... mungkin sebab hari bekerja. Tapi pantainya cantik. Nak try drone yang dibeli tadi tapi angin kuat sangat.
Next destinasi ke Pasar Siti Khadijah. Sampai pun dah lewat. Pasar tutup dalam jam 7pm. Kain baju dijual di Tingkat 3. Kain cantik2 belaka tapi tahan tak nak beli sebab nak pi Bandung... hahaha... Tapi akhirnya tewas juga... Beli gak 2 pasang.
Malamnya, lepas bersihkan diri dan solat, kami keluar balik pi dinner kat Wakaf Bharu.... then sambung ke Wakaf Che Yeh. Jalan-jalan saja nak exercise kaki dan mata. Kat sini, saya beli dodol, serunding, mkn2 ice cream... Nampak byk tudung neelopar celup... hrg jual RM25 je... Kawan kat KL jual RM35.
Hari ni terlewat turun utk bayar parking. Akhirnya merasa juga kena saman... hihi. Berpusing keliling kawasan mencari tempat untuk bayar saman.
Aktiviti hari ni hanyalah untuk menikmati roti cotek. Tak boleh nak merayau2 banyak tempat sebab nak kena hantar kakak balik asrama... kena sampai sebelum jam 6. Cuti sekolah belum habis tapi kakak kena balik awal sebab ada aktiviti tambahan untuk pelajar2 SPM.
Kami makan kat stadium. Roti cotek ni, roti canai yang ditampal dengan telur. Gayanya adalah ditampal.. bukan mcm roti telur tu. Alhamdulillah sedappppp.
Kami makan 5 roti cotek, 4 set roti bakar dan air2 jumlah semuaRM24.
Sekian cerita pasal percutian singkat dan tergesa2 di Kelantan. Rasanya kena ulang semula sbb tak puas hati sbb tak cukup masa sbb nak htr kakak balik asrama sbb...... hihi.... kalau rajin sambunglah sendiri.

Parking Fennuhhh

Penuh dinding dgn gambar
Suasana hingar-bingar dan servis pantas. Tapi, kalau nak tambah2.... haaaa.... lambaaattt ya amat. Rupanya memang gitu kekdahnya. Kami order 5 roti titap, 3 makaroni bakar, 2 nasi bungkus dan 5 milo ais jumlahnya RM53. Ada juga atuk hensem jual tudung naelofar kat tepi pintu masuk kdai... hikhik..
Dlm gambar... tak dengar bunyi hingar bingar
Sedapnyaaaaa.... Roti bakar, diletakkan telur separuh masak...
Dan dihiasi dengan kaya
Lepas tu, kami pergi ke Pengkalan Kubor... cuci mata. Kat sana saya beli coklat2, kuali tefal, mainan adik, baju2, drone, tempat pinggan stainless steel. Murah2 coklat kat sini, agaknya harga lebih kurang sama dengan Langkawi. Saya beli pepero, bueno, daim, ferrero, cadbury. Saya dah beli 2 kotak pepero kat SLM Niaga dengan harga RM45.80. Bila jalan2 lagi, jumpa pulak tempat yang jual pepero lagi murah... Pepero yang sama dijual dengan harga RM39.90... beli lagi.
Bila nak keluar dari kawasan shopping, saya declare semua barangan yang dah dibeli... siap tunjuk semuanya dekat kastam.. tunjuk resit sekali... hahahaha... kena cukai RM20. Saya tengok, kereta lain main lalu je.... cakap2 ngan kastam, tak keluar pun dari kereta... tak tunjuk2 pun barang...hahaha.
Perut pun lapar. Ngada-ngada lak nak makan kat tepi pantai. Makanya, kami pi ke Pantai Sri Tujuh. Tak ramai orang pun... mungkin sebab hari bekerja. Tapi pantainya cantik. Nak try drone yang dibeli tadi tapi angin kuat sangat.
Next destinasi ke Pasar Siti Khadijah. Sampai pun dah lewat. Pasar tutup dalam jam 7pm. Kain baju dijual di Tingkat 3. Kain cantik2 belaka tapi tahan tak nak beli sebab nak pi Bandung... hahaha... Tapi akhirnya tewas juga... Beli gak 2 pasang.
Malamnya, lepas bersihkan diri dan solat, kami keluar balik pi dinner kat Wakaf Bharu.... then sambung ke Wakaf Che Yeh. Jalan-jalan saja nak exercise kaki dan mata. Kat sini, saya beli dodol, serunding, mkn2 ice cream... Nampak byk tudung neelopar celup... hrg jual RM25 je... Kawan kat KL jual RM35.
Nampak tak pasu2 tu... Sedia untuk diisi aiskrim |
Hari Ketiga (18 Mac 2015)